Friday, May 6, 2011

Secebis kehidupan


Bicara soal persatuan, banyak yang terkumpul di kepala, terpendam di jiwa.
3 tahun ditaklifkan sebagai pimpinan persatuan mengajar 1001 perkara, memberi 1001 makna.

Ada perkara yang harus direnungkan dan dimuhasabahkan.
3 tahun lepas akan jadi cebisan dalam hidup saya yang menjadi bekal untuk masa mendatang.
Terima kasih buat yang memberi kepercayaan dan peluang untuk merasai tarbiyah melalui kepimpinan.
Maaf atas silap dan khilaf yang telah saya lakukan.

InsyaAllah selagi berdenyut nyawa, akan ku tuai kudrat dan tenaga.


~ AGM MPPMJ, 7 Mei 2011 di Mu'tah
~ salam imtihan buat semua sahabat-sahabat walau di mana anda berada
~
Kata-kata Saidina Umar Al-Khatab pada suatu masa : " Kalau rakyat mengalami kekenyangan, akulah orang terakhir merasainya.Tapi jika mereka mengalami kelaparan, akulah orang pertama merasainya. ~ mampukah kita??

Saturday, April 16, 2011

Tanpa syarat


Masuk minggu ke 5 pediatrics, baru hati ini terusik jiwa. Keras hati barangkali, lambat menangkap dan merasa, apatah lagi menjiwai.

Pagi itu melihat seorang ibu mengalir air matanya, sambil memangku si bayi yang menghidap jangkitan pada sistem pernafasan. Seusai itu, melewati pula si ibu yang menemani bayinya selama enam minggu menjalani rawatan, dek diserang jangkitan berulang kali sejak lahir dan pertumbuhannya statik, ukuran head circumference hanya bertambah 1 cm sejak lahir hinggalah berusia 6 bulan.

Sejam kemudian, dibawa oleh doktor bertemu pasangan suami isteri yang menemani anaknya yang dikatakan demam selama beberapa hari. Itu yang dimaklumkan kepada kami. Namun di sebalik itu ada kisah yang menyentuh hati, sebelum itu pasangan itu sudah kehilangan dua cahaya matanya sebelum ini, dan anaknya yang dihadapan ini sebenarnya turut menunjukkan simptom-simptom yang sama iaitu hypotonia.

Sudah beberapa langkah kaki menapak di segenap ruang kanak-kanak, pasti ditemani ibu atau ummi yang bersengkang mata siang dan malam, menjaga, menyusu dan mendodoi anak tercinta. Cinta mereka ikhlas dan suci, tanpa syarat sejak disahkan seawal kehamilan.

Tidak hairanlah kenapa si ibu sanggup bersusah payah, demi melihatnya anaknya membesar, sihat dan berjaya.
Tidak hairanlah kaum ibu yang akan menangis teresak-esak saat melepaskan anak lelakinya ke luar negara, dan ditemani curahan air mata saat anak perempuannya terijab kabulkan dinikahi suami tercinta.



~ ia bukan tahu, ia adalah soal rasa , kerana perasaan itu akan mengikat kita dengan mereka
~ People don't care how much you know , they know how much you care ~ itu kesimpulan yang saya dapat dalam round bersama Dr. yang mantap :)
~ Nikmat dan manisnya kesabaran tidak hanya terasa bila kita menggapai apa yang dicita dan dicinta, tapi juga sepanjang penantian yang menuntut tawakal dan harapan kepada-Nya.

Saturday, April 9, 2011

Suluh

Pesan aku untuk aku,
pesan aku untuk kamu,

Kehidupan,
Kita akan melangkah, bertemu sejuta warna,
Kadang mentari terang cahaya, kadang hujan menimpa,
kadang muncul pelangi ceria,
jangan dilupa
badai dan taufan boleh bila-bila menerpa.
Itulah liku tikungan kehidupan.
Soal kehidupan,
ia bicara soal perjalanan.

Yang memerlukan ilmu,
yang bukan sekadar terpahat di helaian buku,
bukan tersimpan pada hafalan.
hidup menagihkan
ilmu yang direalitikan.
Yang digabungjalinkan
dan dimesrakan dengan pengalaman.
Menjadi seorang pengumpul ilmu bukanlah sesuatu yang mudah,
menjadi orang yang menterjemahkan ilmu
dalam jalan dan liku kehidupan yang
dihadapi itu jauh lebih payah.

Manusia yang menapak di atasnya
perlu sentiasa hidup.
dengan jiwa yang bermekaran,
yang ditunjangi kepercayaan dan keyakinan,
akan hakikat keimanan
adalah bekal untuk menyuluh terang jalan kehidupan.

Meyakini setiap rencana Tuhan,
adalah yang terbaik untuk yang diciptakan.
Agar apa yang mendatang,
dianggap buah-buah cinta dari-Nya,
kepada kita hamba yang selalu medamba,
secebisan dari lautan kasih teragung dan tersanjung.


~ diuji tanda dikasihi, dibebani tanda diberi mampu dalam diri, akan tiba satu hari nanti, sabar dan terus menanti ~

Monday, March 21, 2011

Sinar



~ moga sinar pelangi kembali mencerah hati.. ~

Sunday, March 20, 2011

Dalam Sujud Cintaku

Friday, March 18, 2011

~ Sampai Syurga ~

Malam itu, hati terasa sangat hiba,
diimamkan oleh Along, abang ipar kami, sama-sama sujud menghadap Ilahi.
Usai berdoa, atas permintaan saya, kami duduk dalam bulatan.

Alhamdulillah, malam itu genap ahli keluarga saya menjadi 8 orang.
Separuh bersongkok dan berketayap, separuh bertelekung putih.

Malam itu, kami sambut kehadiran Along dengan sesi meluah rasa dan harapan.
Memandangkan saya akan berangkat pulang keesokan harinya, malam itu jadi peluang buat saya mengucap sepatah dua kata. Kemudian, saya bagi peluang Along pula berbicara sebagai pemula rasmi hadirnya dia sebagai abang kepada kami adik-beradik berenam kesemuanya diikuti akak, pasangan sehidup sematinya.

Entah kenapa malam itu sangat hiba, semua berair mata termasuk Ayuni yang masih di bangku tadika teresak-esak tangisnya. Emak meluah rasa, abah diam membawa seribu makna.

Malam itu terasa sangat dekat antara kami,
dalam hati saya berdoa, agar Allah kumpulkan kami seperti ini di syurga sana dengan redha-Nya.

Ketahuilah, sejauh mana kita melangkah, langkahan itu bermula dari pimpinan ibu dan ayah.
Sejauh mana kita kembara, rindu kita akan kembali kepada adik beradik, darah daging kita.

Sedarlah akan firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

" Hai orang-orang yang beriman, peliharalahdirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahanbakarnya adalah manusia dan batu; penjaganyamalaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidakmendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nyakepada mereka dan selalu mengerjakan apa yangdiperintahkan." ( At-Tahrim : 6 )


~ Ayuni , apa khabar ikan emas yang bang qeb belikan tu? :) ~



~ becinta sampai syurga ~ Amin..


~ Alhamduillah, sudah selesai rotation surgery dan result sudah diperolehi. Kini alam kanak-kanak pula menanti. Semalam tersekat amik history disebabkan kecomelan Natalie . moga cepat sihat :) ~
~ belajar bawak kete kat sini sangatlah mudah, tapi birokrasi nak amik exam sangatlah payah,
kena ulang alik ke university, siput bab*, mahkamah, lepas tu tunggu 10 hari T.T
~ " Anakku, apabila yang diingini dan dikejar itu sesuatu yg tinggi dan mulia, maka banyaklah akibatnya dan panjanglah jalannya menuju ke sana. " ~ Imam Ghazali

Wednesday, February 23, 2011

Barakah



~ kawan naik basikal, teman kena rotan, sama-sama pegi sekolah,
sama-sama sapu sampah, sama-sama belajar kat sekolah rendah, sama-sama degil dengan mak abah ~ barakallahu lakuma wa baraka 3alaikuma wajama3a bainakuma fi khair.
~ ku tinggalkan jordan sekelumit masa, panjang umur kembali semula