Sunday, April 4, 2010

Exam.. oh Exam


Ada dua orang pelajar, A dan B.

Dua-dua akan hadapi exam.

Maka,mereka pun study. Buat Qiam, solat hajat, rajin baca Al-Quran, doa pada Allah .

Akhirnya, bila dapat result , dua-dua cemerlang.

Yang B sujud syukur, dan semakin berusaha perbaiki diri, jaga ibadah, tekun study walaupun final exam 2 bulan lagi.

Yang A, gembira tak terkira, malamnya disambut merdeka dengan movie marathon, sampai subuh gajah.

Apa beza mereka berdua ni???

Dua-dua bagus, nak dekat exam, dekat diri pada Allah.

Sebelum exam, nampak sama, abis exam ternyata berbeza.

Si A, menjadikan exam sebagai matlamatnya, dia jadikan Allah tempat dimohon untuk dapatkan apa yang dia mahu, dan akhirnya bila dapat apa yang dihajati, Allah diletak tepi. Dengan erti kata, seolah-olah dia mempergunakan Allah untuk mencapai hajatnya di dunia. Bila tak dapat, dia menyalahkan Allah, aku dah solat, dah qiam, tapi Allah tak bagi apa yang aku pinta. Dia putus asa!

Si B pula, ASAS dia mendekatkan diri pada Allah di saat menghadapi kesusahan adalah kesedaran, SEDAR bahawa dia adalah hamba yang tiada upaya, yang hanya mampu merancang dan berusaha, dan Allah jua penentu segalanya. Dan exam itu adalah wasilah, bukat matlamat. Exam itu wasilah untuk proses pembelajaran, bukan matlamat yang akan menghentikan dia dari matlamat hakiki penciptaan manusia, kembali pada Allah. Bila berjaya, syukur bertambah. Bila diuji gagal, die yakin Allah sedang berbicara dengannya erti sebuah kesabaran dan dia anggap itu juga sebagai sebuah rezeki dari Allah. Dia akan terus berusaha.


Kita ni manusia bagaimana?

Yang A, atau yang B????

Atau yang C, apa pula yang C ni??

Lupa Allah tak kira masa, sebelum diuji dia lupa, selepas diuji, jika berjaya dia menganggap itu adalah kerana dia hebat, jika gagal dia hilang punca, putus asa.


Oleh itu, sama-sama kita muhasabah diri.

Fikirkan sejenak, liku-liku kita sebagai pelajar yang memegang amanah besar dalam menggali ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk ummat sejagat.

Sejauh manakah jiwa hamba itu kite letakkan sepanjang kembara kita di bumi Allah ini.

Atau kah kesombongan Firaun yang mengaku tuhan itu yang kita semat dilubuk jiwa.

Adakah kita bertuhankan Allah semasa menempuh susah sahaja, hilang jiwa hamba di saat kejayaan dunia di genggaman kita??

Sama-sama kita ingatkan sesama kita.

Moga Allah permudahkan urusan kita.

Bittaufiq.

Salam perjuangan buat sahabat2 sekalian.

No comments: