Tuesday, April 29, 2008

Makan??


Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Jari jemari ini masih bisa menari di papan kekunci untuk berkongsi agar memberi erti pada diri dalam menuju aspirasi. Kesibukan jadual ditambah kepadatan waktu peperiksaan menghadkan saya untuk menulis, tetapi tidak pernah menghadkan diri saya dari makan. Kenapa? Adakah kerana makan itu satu keperluan? Ataupun ia satu rutin hidup yg tidak boleh dipisahkan dari kitaran hidup di bumi Tuhan?


Kita bicara soal MAKAN seketika..


Sarapan pagi

Makan tengah hari

Minum petang

Makan malam

Supper


Senarai di atas hanya masa utama untuk makan, tidak dicampur dengan waktu2 lain yang kita selalu makan seperti makan sambil menonton movie,dalam bas, bersembang dengan teman-teman dan makan sambil melayari internet.


Ramai dalam kalangan kita terpandang leka satu perkara. Ramai yang bersifat zalim pada diri sendiri. Kenapa ramai berbesar hati memberi makan kepada tubuh kita, malah ada yang makan kerana mengikut hawa nafsu hingga membawa kemudaratan, tetapi bersifat tangkai jering dalam memberi makan kepada rohani kita. Ada yang sanggup berjalan kaki sejauh hampir 1km semata-mata ingin mencari makanan yang sedap mengikut citarasa, tetapi tidak sanggup berjalan kurang dari 0.1 km untuk mendengar sedikit ilmu dan peringatan.


Allah berfirman yang bermaksud:

" Makanlah dan minumlah,tetapi jangan kamu berlebihan".

( Surah Al-A'raf : Ayat 31 )


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan".

( Hadis riwayat Ahmad )




Saya tinggalkan beberapa persoalan untuk dijawab sendiri oleh anda.


Kenapa timbul rasa malas untuk mencari ruang dan memberi ruang untuk diri menikmati makanan rohani ?


Kenapa tidak timbul soal malas apabila kawan berkata " Jom pegi mat3am Abu Mahmood, aku belanja syarwama "?


Kenapa timbul rasa berat apabila kawan berkata " Jom pegi introspeksi iman. "?


Kenapa kita makan nasi, roti, burger dan lain-lain2 lagi ? Adakah kerana kita lapar? Atau untuk memberi nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan ? Atau makan satu rutin?


Mengapakah ramai yang tidak mementingkan makanan rohani seperti majlis ilmu, tazkirah ( introspeksi iman ), bacaan al-Quran dan lain-lain lagi? Adakah kerana kita sudah cukup kuat??

Adakah iman kita bersifat statik atau meningkat? Adakah ia bukan satu keperluan?

Adakah ia hanya perkara picisan yang boleh dikemudiankan ataupun ditinggalkan?


Tepuk dada tanya selera..




No comments: