Thursday, April 10, 2008

Antara Menara dan Penjara....

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Allah masih bagi membuka ruang dan memberi peluang buat saya menulis dan anda membaca pandangan ini. Moga kita tergolong dalam hamba yg bersyukur.

Jom kita berimaginasi seketika.. Cuba anda bayangkan..

" Dalam sekumpulan kanak-kanak yg terdiri daripada 10 0rang..semua menceritakan tentang kehebatan dan kecantikan rumah masing-masing. Ada dikalangan mereka yg dgn bangga berkata rumahnya bertingkat2..mewah..tak kurang juga yg bangga bercerita tentang sejarah rumah tersebut..NAMUN..terdapat seorang dalam kalangan mereka bercerita tentang rumahnya dengan penuh kecintaan dan 1001 harapan..rumah kecil yg mjadi tempat berteduh dirampas dek org asing..ramai2 adik2nya dan saudara-mara menjadi perlarian di rumah jiran mahupun di rumah sendiri..........................."

Sekadar ingin berkongsi...

Ini adalah gambaran yg terlintas di minda saye ketika bertugas dan berkunjung ke pameran kebudayaan di universiti saye.Kemeriahan terase apabila mula memasuki ruang masuk pameran..di kiri pintu masuk..kelihatan replika piramid Mesir tersergam megah..petugas2 sibuk melayan kunjungan di kaunter pameran negara2 masing2. Seni dan kebudayaan ditonjolkan dalam pameran tersebut. Ada negara yg terkenal dengan menara yg setinggi 452 meter,.ada yg terkenal sebagai pusat pelancongan dan sebagainya...Meriah...

Namun..apabila melangkah ke ruang pameran Palestin..pameran disitu bertukar kepada pameran perjuangan....pameran harapan dan sensitiviti umat Islam..pameran yg mnguji kepekaan dan rase persaudaraan.


Jika ada negara memiliki menara tersergam indah yg mnjadi kebanggaan..tetapi mereka memiliki kem perlarian yg serba kekurangn..

Jika ada negara yg mmbina masjid yg menelan jutaan ringgit.. tetapi mereka berjuang mempertahankan masjid Al-Aqsa walaupun bgitu perit..

Jika ada negara yang memiliki binaan yg teguh dan indah..tetapi mereka dipenjara dengan tembok pemisah..

Jika ada negara menyambut hari raya hingga sebulan lamanya dengan rumah terbuka..mereka mnyambut dalam gelita....

Semuanya jauh berbeza dengan kehidupan kita di Malaysia. Alhamdulillah..kita bersyukur kerana kita masih punya rumah dan juga negara. Namun segalanya tidak bermakna jika hati ini tidak merasa kesusahan mereka. Ramai manusia terlalu mengejar kemewahan dan pembangunan lahiriah..hingga lupa saudara seaqidah yg menderita.

Moga kita semua sedar betapa perjuangan Palestin bukan perjuangan mereka sahaja..tetapi perjuangan kita semua. Sama-sama kita gunakan masa yg ada dengan sebaiknya..hidup ini bukan untuk mengisi perut kita sendiri..sedangkan saudara kita kebuluran..bukan untuk mengejar kemewahan dunia..sedangkan saudara kita diancam bedilan senjata.. Hidup ini perlu ada sensitiviti terhadap saudara kita..sama2 renungkan.

Dari Anas bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yg bermaksud:

"Demi diriku di tangan-Nya, sesungguhnya seseorang tidak dikatakan beriman , sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana cintanya kepada dirinya sendiri. "
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Sama2 kita doakan kejayaan umat Islam di seluruh dunia.


-Sekadar cetusan rasa hamba yg hina.

No comments: