Thursday, May 8, 2008

Menuju Puncak




Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sedar atau tidak kita telah memasuki bulan Mei 2008, semester kedua bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi sesudah berakhirnya final exam yang bakal menjelma dua minggu lagi. Masa terus berlalu dan tidak akan kembali, tetapi mahukah kita terus menjadi kaku dan lesu ibarat denyutan nadi telah terhenti??

Kali ini saya ingin menulis tentang perkara yang kita sering lalui dalam sehari-hari, sekadar untuk peringatan buat diri dan anda semua.




Saya pasti anda mengetahui apakah nama menara tersebut. Menara Kuala Lumpur yang terletak 515 meter dari aras laut dan berketinggian 421 meter merupakan salah satu mercu tanda kemajuan lahiriah bandaraya Kuala Lumpur.

Kali ini, saya tidak berhasrat menceritakan tentang menara ini, tetapi menara ini cuma menjadi gambaran tentang topik kali ini, Ketinggian Dan Pandangan.

Dua situasi berbeza :

1. Kita berada di bahagian bawah menara :
ketinggian = 94 meter dari aras laut
Kapasiti pandangan : Terhad - sekitar kawasan bawah menara dan Bukit Nanas

2. Kita berada di puncak menara tersebut :
ketinggian = 515 meter dari ars laut
Kapasiti pandangan : Luas : Sekitar bandaraya Kuala Lumpur

Apakah kaitan dengan situasi kita selaku mahasiswa??

1. Ketinggian kedudukan kita boleh diterjemah sebagai ilmu dan pengalaman.

2. Pandangan kita boleh diertikan sebagai bagaimana kita menilai dan memahami sesuatu sesuatu perkara.

Sedar atau tidak , banyak perkara gagal untuk kita fahami kerana kegagalan kita bermula seawal kita memilih untuk berada di bawah dan malas berusaha untuk menaiki ke puncak. Ramai yang rasa selesa berada di bawah, kerana merasakan untuk naik ke puncak memerlukan tenaga dan masa. Walhal mereka tidak cuba mencari ruang dan peluang yang tersedia bagaimana untuk sampai ke atas dengan mudah dan menjimatkan masa. Bukankah lif sudah tersedia?

Kita terjemahkan dalam kehidupan kita, ramai di kalangan manusia gagal memahami sesuatu perkara disebabkan mereka tidak berilmu dan berpengalaman. Sedangkan peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman terbentang luas di depan mata. Kebanyakan mereka ada kemampuan tetapi yang menjadi penentu adalah kemahuan.

TETAPI..

Sekiranya kita telah berada di puncak, kita mampu melihat pemandangan yang luas dan indah di sekitar kota raya Kuala Lumpur. Namun tidak bermakna kita mampu menilai dan membuat analisa di sebalik pandangan tersebut. Bagaimanakah corak kehidupan warga kota, kadar jenayah, keruntuhan ahlak dalam kalangan remaja dan lain-lain lagi.

Ilmu sahaja tidak mencukupi untuk memahami sesuatu perkara. Pegangan aqidah dan agama yang kukuh amat penting dalam menjadi necara penilaian dan perlaksanaan kita.

Orang yang bersungguh-sungguh dengan pegangan agamanya, semakin bertambah ilmunya semakin ingat akan Penciptanya.
Orang yang lalai dengan pegangan agamanya, semakin bertambah ilmunya semakin lupa dari Penciptanya.

Sama-sama menuju puncak...

No comments: