Sunday, May 18, 2008

Toleh Kanan, Toleh Kiri..



" Nak buat macam mana, dunia sudah berubah...". jawapan ringkas seandainya ditanya kenapa kelakuan manusia kini semakin pelik dan stereotaip.

Mari kita toleh ke kanan dan kiri, semua kelihatan sama. Sama pattern...
Sama pattern dalam banyak aspek. Hiburan, hidup bersosial, semuanya sama pattern.. dan yang paling menyedihkan adalah dari sudut SIKAP.

"Salahkah jika wujud persamaan?? " timbul persoalan di benak pemikiran sesetengah individu terutamanya yang suka menjadi pengikut dan penurut.
Hakikatnya, tidak salah apabila wujudnya persamaan seandainya persamaan yang terbentuk adalah positif. Positif?? Saya yakin tidak perlu diulas apa itu positif..

Namun, kita perlu menelan hakikat pahit ( ramai yang masih menganggapnya manis ) bahawa realiti sekarang, ramai dalam kalangan kita gemar dan ketagih untuk mengikut arus, sama ada tahu ke mana halatuju arus tersebut atau tidak. Kenapa ramai orang yang celik bersifat membuta tuli dalam mengikut sedangkan orang buta akan bertanya arah dan berusaha mencari laluan yang benar walaupun dalam keadaan gelap gelita. Malangnya, senario kini menyaksikan terdapat orang sengaja menghumbankan diri dalam lembah kebinasaan. Nampak jalan tetapi tidak nampak tujuan. Buta!!!..buta hati.

Saya tidak berminat untuk mengaitkan senario ini dengan situasi negara dan masyarakat sedunia mahupun di Malaysia, bukan bermakna ia tidak perlukan difikirkan. Namun adalah lebih berfokus seandainya kita merenung sejenak kehidupan di sekeliling kita selaku mahasiswa. Kita renung diri dan sekililing kondusi, moga kita menemui resolusi dan bukannya ilusi.

Sesungguhnya,kewujudan SIKAP negatif yang dikhuatiri menjadi sel kanser dalam kelompok masyarakat mahasiswa amat membimbangkan. Ramai yang mudah mengikut dan tidak kurang juga yang terikut-ikut akan arus budaya negatif yang sentiasa mengalir untuk menghanyutkan manusia dari landasan kebenaran dan kejayaan. Gejala ponteng kuliah, pembaziran wang biasiswa, hiburan yang keterlaluan yang menjurus kapada hedonisme, bersifat ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, dan bermacam-macam lagi budaya negatif telah menjadi 'tautan' dan pattern dalam kalangan masyarakat mahasiswa kita.

Begitu ramai yang mengikuti perkembangan hiburan yang mengasyikkan, namun ramaikah yang mengikuti perkembangan penderitaan rakyat Palestin sebermulanya peristiwa An-Nakbah 60 tahun yang lalu (15 Mei 1948-15 Mei 2008) .
Begitu ramai yang mudah mengikut kawan apabila diajak untuk menonton movie secara marathon, namun berat sekali apabila diajak menghadiri kelas tafaquh dan tazkirah.

" Ke mana aku sebenarnya???? " tanya diri anda segera...




No comments: