Wednesday, April 1, 2009

Aku Baik. Pilih aku, ok?

Aku baik.
Pandai bermadah pujangga.
Rupa paras ada.
Walau ada sedikit malasnya, selalunya aku rajin.
Percaya tak?
Tolonglah percaya!!!
Pilihlah aku jadi temanmu.
Nescaya, aku akan bahagiakan kau sedaya upaya.

Haha..

Diam.

Jangan kau kata aku gila menulis sebegini rupa.
Kenapa?

Ini laman aku, aku sedang memegang kuasa untuk beritahu segalanya. Dari ceruk kota hingga ke istana desa.

Mana mungkin aku katakan begini kepada kau:

Aku tolol sikit.
Kadang-kadang bijak, tapi bijak temberang.
Aku hodoh, sekarang nampak cantik sebab aku sapu make-up tebal-tebal.
Apa, kau tahu aku kuat bohong??
Ok, aku salah dulu.
Sekarang aku janji tak buat lagi ( yang ini aku bohong juga rasanya )
Macam mana, nak pilih aku tak???
Pleaseeee.
Hoi!!! Pilihlah.

*********************************

Betul. Aku tidak akan tulis sebegini, hanya orang yang menjerut tali ke leher sendiri sahaja berbuat begini.

Apa???

Ada orang lain sumbat kau dengan cerita karut tentang busuknya aku yang sebenar.
Jangan risau, akan ku jahanamkan lamannya. Hahaha.

Ok, aku beransur dulu.

Ramai lagi yang menunggu untuk aku ulangi bait pertama di atas sana.
Banyak lagi skrip yang perlu ku hafal berjela.
Aku kan pelakon.

Senyum.

No comments: