Friday, April 10, 2009

April

Jumaat yang damai.

Menerima mesej dari cikgu di KISAS yang sudah menimang cahaya mata ketiga, sedang anak keduanya belum sempat saya cubit pipinya.

Kata cikgu, cepat sungguh masa berlalu.
Ya, memang pantas dan cepat.
Kalau dua, tiga tahun lepas, bulan April adalah bulan saya berkampung bersama-sama keluarga debat semasa bergelar pelajar KISAS.

April

2005.

saya baru mula mengenal dunia debat dan menyertai buat kali pertama Pertandingan Debat UIAM. Tewas di octo-final, namun cukup memberi pengalaman. Team kami dibarisi oleh saya, kak Syafaf Jumiran ( Mesir ) , abg Faris Husaini ( United Kidgdom ) dan Radin Rahmah ( Mesir ). Kami menggalas cabaran team kedua, melengkapkan barisan perjuang abang Aiman Roslim( Indonesia ), abang Amir Najmi ( Mesir ), Nuratiqah Nazeri ( Jordan ) dan Umair ( UTP ). Mereka tewas di tangan juara , SAS pada suku akhir, namun yang membanggakan abang Aiman mendapat tempat kedua dan abang Amir Najmi ketiga bagi kategori pendebatt terbaik keseluruhan pertandingan yang bagi saya cukup mencabar. Saya rindui saat tergagap-gagap sewaktu ucap utama selaku Perdana Menteri.

2006.

Tahun ini saya menggalas tugas pendebat ketiga. Mungkin kerana mulut agak laser dan tidak mahu beralah. Sejujurnya, itu bukan saya. Hehe.
Hanya satu team yang berjuang kali ini, dibarisi Radin, Umair, Azam( Jordan ) dan saya. Setelah bertungkus lumus, nasib tidak menyebelahi dek tumpasnya kami di octo-final. Memang kekalahan suatu perkara yang menyedihkan. Apatah lagi, saya baru sahaja berdukacita atas kekalahan Pidato Piala Di-Raja peringkat negeri Selangor, tumpas di tangan wanita. Impian beraksi di peringkat kebangsaan punah, saya redha.
Alhamdulillah, meski hanya menduduki tangga keenam pendebat terbaik keseluruhan bagi kejohanan kali ini, ia cukup memberi inspirasi buat saya untuk terus mengorak langkah ke PPM 2006. Alkisah, kami tewas di peringkat suku akhir kedua di tangan naib johan tahun itu, Shah Pekan. Cerita perjalanan debat dan pidato saya di zaman sekolah menengah sekadar itu sahaja.
Cukup mengajar pelbagai erti yang akan saya ungkai dalam perjalanan saya yang akan datang.

PPM 2006. Bersama Abg Nizam ( trainer ), Ustaz Abdullah ( Pengetua Kisas ketika itu ) dan
Cikgu Norisah dan Cikgu Rosnita.

2007.

Cerita debat saya bertukar sedikit warna, dari duduk di meja perdebatan, saya menjadi rakan pembimbing buat adik-adik tersayang. Habis SPM, saya bekerja sebulan menimba pengalaman meski hanya di kilang membuat biskut. Duit gaji yang diterima jadi modal buat saya turun padang menyelinap ke KISAS, menginap di bilik junior yang bermacam ragam di floor yang saya pernah bertugas sebagai KP di sana. Kalau dihitung, lebih sebulan juga saya berumahkan KISAS meski sudah bergelar ex. Cikgu-cikgu yang sporting dan caring membuat saya seolah-olah mahu menyambung pelajaran di situ semula.

Team debat tahun itu berjaya dibentuk selepas ada pasang surut dalam usaha memilih yang terbaik. Rekod baru berjaya dicipta dengan membariskan semua teruna. Gabungan Azam, Azim, Hamizi dan Irham meski ada sedikit masalah pada awalnya berjaya menguasai perdebatan dengan baik dan bersahaja. Mereka memang barisan pelakon yang baik. Sayangnya mereka tumpas di double octo. Namun, saya cukup bangga dengan mereka.

Dari kiri, Hamizi yang tengah sakit kaki, Azam yang menggelikan hati dan Azim pencetus kontroversi.


Bulan April ini banyak kenangan yang tercipta, yang mendewasakan dalam menuju sebuah perjalanan.

Mesej Cikgu yang selalu bertanya khabar dan perihal pelajaran yang diterima usai solat Jumaat cukup mengimbau nostalgia lama.
Akan saya kenang kalian semua.
Saya doakan KISAS akan berjaya menggilap kembali namanya di persada debat sekolah se-Malaysia.

Ada masa? Jom lihat video pidato di bawah ini, moga-moga boleh dijadikan contoh dalam memberi ucapan di khalayak ramai dengan jayanya.

- esok Hari Sukan PERMAI, selamat memburu kejuaraan di samping mengerat persaudaraan.
target esok: 2 emas. :)

4 comments:

c's said...

salam.. skg patut peak uia kan? act mmg nk post gambar2 nih.. tp tenet x brp ok bru2 nih, bru upload pgi tdi..

masa mmg cpt berlalu, banyak konflik pernah berlaku dulu, masalah2 yang sangat mengajar erti kematangan, menjadikan kita hari ini.. n kini, kita menghadapi cabaran baru untuk mencipta kemenangan seterusnya..

gud luck =)

Naqeb Sulaiman said...

wasalam.
uia tahun ni start 24 april, lewat dari biase.

memang masa berlalu cepat.

mencipta kemenangan di dunia nyata,
tak semudah berlakon di meja debat dahulu kala.
ayuh.

Anonymous said...

Yes indeed, in some moments I can bruit about that I approve of with you, but you may be inasmuch as other options.
to the article there is quiet a question as you did in the go over like a lead balloon a fall in love with publication of this request www.google.com/ie?as_q=vuescan professional edition 8.4.63 ?
I noticed the catch-phrase you have not used. Or you partake of the dark methods of development of the resource. I have a week and do necheg

Unknown said...

Naqeb, akak baru jumpa entri ni selepas 2 tahun ditulis.

Barakallahu fiik, semoga pengalaman debat mengajar sesuatu dalam diri setiap daripada kita. Akak sendiri banyak yang akak belajar, ada yang baik ada yang buruk. Buruknya, orang debat ni susah nak mengaku kalah kan? Walau kadang2 rasa macam menegakkan benang yang basah. Tapi, by years kita belajar dan menjadi lebih matang.

Semoga terus cemerlang, menjadi pemimpin yang dalam masa yang sama akhlaknya menjadi qudwah buat yang dipimpin.