Friday, May 8, 2009

Ali

Jumaat.

Pagi yang nyaman, ada bunyi-bunyi burung berkicauan dari jendela bilik sahabat saya.
Dihidangkan dengan secawan teh susu terasa segar.

Sahabat itu adalah insan yang selalu mengukir senyum saat gundah melanda.
Yang mengusik di kala muram durjana.
Menasihat dalam diam seribu bahasa.

Jumaat ini saya peruntukkan sedikit masa untuk menulis tentang sahabat saya.
Saya pilih seorang dahulu untuk dijadikan bahan eksperimen dalam penulisan ini.

Boleh kan, Amirulfadhli ? :)


Gambar setelah diedit warna beg..hehe. :)

Kali pertama saya melihat raut wajahnya ketika dia datang ke bilik saya di Intec sekitar Jun 2006.

" Poyo gile mamat ni ". bisik hati saya melihat gayanya yang seperti otai juga lah. ( haha..jangan marah )

Don't judge a book by its cover.

Hampir dua tahun mengenali Ali ini, baru saya tahu siapa Ali di dalam tubuh yang agak fit ini.
Ali, anak jati Terengganu dibawah pentadbiran MB Ahmad Said ini dilahirkan pada 3 November 1989 kini merupakan pelajar tahun kedua perubatan di JUST.

Hatinya yang lembut, ambil berat masalah kawan-kawan dan juga keselamatan rakan akhawat, kental dalam menghadapi ujian, itulah Ali yang menjadi salah satu nama manusia yang mewarnai kehidupan manusia di bumi Irbid.

Lagi satu yang menjadi inspirasi saya adalah komitmen Ali dalam memacu aktiviti pergerakkan persatuan dan badan kebajikan.

Rasanya ada formula untuk mengenal Ali:

Ali = Pengarah
Pengarah = Ali

Kami ada empat tahun lagi untuk bersama di bumi Irbid ini. InsyaAllah.
Saya akan terus mengkaguminya sebagai sahabat yang memotivasi dan memberi inspirasi.

Buat sahabat-sahabat lain, lain kali saya akan jadikan kalian subjek dalam entri mendatang.
Jangan cemburu ya. hehe

Menulis di pagi hari cukup dijadikan sebagai terapi.
Menyedut udara pagi sambil mengintai memori bersama-sama sahabat yang disayangi.
Mengemas rumah sambil mengurus fikiran.

Jumaat sebagai pengecas diri, untuk terus menyambung tugas sebagai manusia untuk seminggu mendatang.

-kawan-kawan yang nak komen, jaga sikit etika ye.hehe
-tulisan ini sudah mendapat keizinan pemilik jiwa dan raga

4 comments:

Asmie said...

Hidup Ali sbg YDP PUTRA.....3aisy ALI!!!....

Dah la comel (cam lam gambar di atas)...
utk pengetahuan smua,asalnya beg tersevut berwarna PINK,disebabkan terlampau jambu,pemilik blog terpaksa meng'edit' sedikit gambar tersebut...jambu la Ali nie....:)

Gud Luck tuk RS n Final...jgn mara ye Abg Ali...

syah said...

Hatinya yang lembut, ambil berat masalah kawan-kawan dan juga keselamatan rakan akhawat, kental dalam menghadapi ujian..

haha..
ali juga sgt suke meeting ( hoho )
.....

Anonymous said...

nape ali suke meeting?

Naqeb Sulaiman said...

Ali suke meeting sebab meeting itu sebahagiand dari hidup mahasiswa yang bernama Ali. :)