Monday, May 4, 2009

Kenyangkan Perut Rakyat


Hari ini cuaca tidak menentu, angin bertiup kencang dengan debu pasir yang berterbangan memenuhi ruang udara. Pintu kaca bersebelahan dewan kuliah pecah dek hembusan angin yang menggila. Saya terasa seperti berada di medan perang di tanah arab sambil mengangkat senjata dan berkuda saat merentas jalan sambil dipukul angin kencang sahara.

Saya ingin kongsikan sebuah buku yang membuatkan saya kenyang menghadam butir kalimah isinya.

Belajar Dari Dua Umar : Kenyangkan Perut Rakyat

Buku karya penulis Indonesia, Hepi Andi Bastoni ini membawa pembaca menghayati jalur kisah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat serta penyambung rantaian perjuangan Islam.
Peristiwa yang dirakamkan dalam buku ini menceritakan liku tikungan yang pernah dihadapi mereka dalam menegakkan Islam yang kini berulang kembali dalam situasi perjalanan pendokong dakwah masa kini.

Siapa Dua Umar?

Umar bin Khatab merupakan khalifah kedua dalam sejarah Islam manakala Umar bin Abdul Aziz pula merupakan khalifah ke-8 Bani Umayyah di Damaskus.

Antara aspek yang ditonjolkan oleh kedua Umar ini adalah kesederhanaan dan mendahulukan rakyat dalam kepimpinan.

Kata-kata Saidina Umar Al-Khatab pada suatu masa : " Kalau rakyat mengalami kekenyangan, akulah orang terakhir merasainya.Tapi jika mereka mengalami kelaparan, akulah orang pertama merasainya.

Kisah Umar bin Abdul Aziz memadamkan lampu ketika menerima kunjungan anaknya tercatat dalam lipatan sejarah, menggambarkan dia tidak mahu menggunakan kemudahan negara untuk kepentingan peribadi dan keluarga.

" Dua Umar ini adalah pemimpin yang mula-mula melaksanakan Negara Berkebajikan. Mereka mengajar rakyat bagaimana hidup dalam berkat kemiskinan atau kaya dalam petunjuk dan cahaya " ulasan dari Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Membaca kisah Umar ini mampu meniupkan api semangat untuk mencontohi sikap mereka tidak kira di mana posisi kita, sama ada barisan pemimpin atau kelompok yang dipimpin.

Membaca buku ini membakar semangat untuk membumikan cita-cita untuk menegakkan pemerintahan Islam yang pastinya tidak akan terdiri selagi mana jahiliyah masih menerajui.

Lalu, jika benar rakyat didahulukan, maka suara rakyat perlu diutamakan.
Demi menjadikan pentadbiran hebat, integriti seharusnya diangkat, bukan korupsi dijadikan syarat.

Kita mahu pemimpin yang kenyangkan perut rakyat, bukannya memboroikan perut sendiri dan konco-konconya.

Satukan Muslim Sedunia!

2 comments:

rasydan said...

wah, makin mantap blog ni. bolehlah naqeb, tulis reviu buku sekali lepas ni..(i dont want to write anymore) aku nak baca buku ni, belum berkesempatan. nantila..

..dah tengok gambar ko ngan sydi. kat bench tepi padang. takpela tak menang, taun dpn ade lagi..(aku lagila, kaki bangku, tak reti main..huhu)

Naqeb Sulaiman said...

sekarang ni tgah minta membaca dan menonton pulak. mahu mencari imaginasi dan aspirasi. :)

aku dah tengok filem perempuan berkalung serban tu kat youtube.
cerita mantap gak, cume kalau orang yang tak paham kedudukan wanita dalam Islam yang sebenar akan tersalah tafsir akan Islam.

gambar tu jelas gle jerawat aku kan.haha
bukan ko pernah main bola kat kisas ke dulu ptg2. :)

bittaufiq.