Thursday, August 27, 2009

Politik??


Politik.

Saya bukan ahli untuk berbicara soal ini. Saya masih belum layak mengundi dan diundi bagi pilihan raya di Malaysia. Mana tahu, lagi 10 tahun akan datang, saya sudah mengundi dan boleh diundi. :)

Orang kata, kerajaan kata, pelajar tidak boleh berpolitik. Masa belajar adalah untuk belajar. Ya. Saya angguk tanda setuju. Memang zaman belajar ini harusnya ditumpukan sepenuh masa untuk menelaah nota kuliah dan bergelumang dengan exam yang mendatang.

Mana mungkin kita boleh ke sana ke mari manjadi wakli rakyat yang hanya muncul di saat wartawan datang ke kawasannya sekali sekali. Mana kita ada masa untuk berdebat di dewan parlimen dengan kata-kata yang kurang mencambah minda.

Tapi, saya tidak bersetuju seandainya mentaliti pelajar berpolitik itu dihadkan tidak kira tempatnya. Saya bangkang seandainya ada yang mengatakan mahasiswa tidak boleh berpolitik, maka kita tidak boleh ambil tahu pasal politik yang semakin haru biru, tidak boleh berbicara dan berdiskusi tentang politik, tidak boleh menilai suasa politik semasa, tidak boleh menulis artikel tentang politik yang berlegar di akhbar sehari-hari.

Jika semua itu tidak boleh, maka seolah-olah menafikan kita adalah mahasiswa, yang merupakan fatrah masa yang penuh dengan idea, yang masih segar mindanya.

Saya ingin bertanya, kenapa politik itu nampak kurang sesuai dan merbahaya buat kita?

Adakah politik itu sudah sinonim dengan rasuah?
Salah guna kuasa?
Penyelewangan dan penipuan?
Serangan peribadi dan fitnah bermaharaja lela?
Penuh dengan isu liwat dan video seks lucah?
Soal masuk syurga atau tidak?
Soal hidup mati, bunuh diri?

Adakah kerana semua ini penyebab kita kurang sesuai untuk menceburinya?
Ya, memang sesiapa pun tidak mahu masuk ke lubang najis, menyapu ke badan sendiri.

Ya, mana mungkin negara mahu mewariskan semua daki-daki dan kotoran degil ini kepada mahasiswa seawal mungkin. Mungkin jangkaan saya, kalau hendak wariskan pun tunggu kita anak-anak muda tamat belajar, baru boleh merasa semua itu.
Adakah itu yang kita mahu?

Maka, seharusnya zaman mahasiswa ini adalah zaman itu kita memerhati dan meneliti. Zaman itu kita menimba ilmu untuk membanding beza. Antara yang kaca dan permata, antara pejuang sejati atau boneka fantasi. Semoga ilmu dan pengajaran yang dimiliki, jadi bekal apabila di kancah sebenar nanti. Atau sekurang-kurangnya mampu membuat pilihan tepat dalam memangkah kertas undi.

Saya menulis soal politik kali ini bukannya kerana ingin mengajak anda memasang impian untuk terjun ke lapangan ini, tetapi mengenangakn kebelakangan ini, suasana politik negara memeningkan kepala,terlalu banyak serangan peribadi, isu agama jadi kontroversi, saya tuliskan soal ini untuk kita buka minda bersama.

Dan yang paling memeningkan kepada apabila ada pemimpin yang berkata " Jangan campurkan agama dan politik, rakyat akan pening ", lebih kurang begitu maksudnya.
Saya ingin bertanya, adakah apabila agama dan politik terpisah, maka rakyat akan hilang kepeningannya, boleh banding beza. Itu politik, ini agama. Bukankan itu sekularisme namanya?

Adakah kita sedar bahawa politik bakal menentukan halatuju negara?
Perkembangan sistem pendidikan anak-anak kita?
Pembangunan media massa yang penting dalam mendidik jutaan rakyat jelata?
Bukan sekadar berdiri megahnya puluhan bangunan melangit tinggi?
Tetapi soal bangun lahir jiwa-jiwa manusia.

Cukup sekadar ini saya menulis kali ini. Saya menulis secara umum, tiada mana-mana parti yang saya nyatakan secara terbuka. Moga kita dapat nilai bersama.

Ini ada entri oleh dikongsi " Politik Hari Ini , tentang politik juga dari Langit Ilahi.

3 comments:

c's said...

ini belum balik msia lagi.. apatah kalau jadi rakyat selangor yang tak ubah macam cursed land nih.. lihatlah bagaimana cabaran kepada PR dlm menangani isu arak ug timbul di selangor.. itu baru sebuah negeri.. utk realisasikan hasrat memimpin negara ke arah dunia yang lebih indah dan sejahtera nyatanya tak semudah seperti mengutarakannya secara bahasa dan kata-kata

http://www.malaysiakini.com/news/111611

another one case.. pasal mengarak kepala lembu pula..

kalau balik malaysia, setiap saluran akan ada berita, dan berita itu punya banyak spekulasi, kontroversi, provokasi dan banyak barang lagi. cubalah~

kurangkan provakasi, tingkatkan prestasi.. kekalkan reputasi! should be highlighted to politicians too~

wallahua3lam

c's said...

p/s da lame x masuk blog hilal.. saya nih segan siket nak masuk blog crowded n byk pengomen.. kirim salam sajalah ye

:D

Naqeb Sulaiman said...

pening juga kalau pike pasal isu kat Malaysia.
sekecil2 perkara nak dipolitikkan.
nama si mati sama pun nak di highlight kan.

sama2 doa agar Malaysia akan terus bertahan hingga sampai suatu masa Islam kembali tertegak sebenar-benarnya.

ok, naseb baik blog ni tak crowded, kalau tak cik penyegan ni tak masuk juga kan. :)