Wednesday, November 26, 2008

Menjejak Roh Pengorbanan: Buat Warga PERMAI

Ayuh sahabatku,
Kita pusatkan tenaga yang satu,
Biar melonjak menjadi ribu,
Kita alirkan rasa dan jiwa,
Tertanam dalam tampang perwira,
Agar hati yang berkumpul tunduk,
Rela berkorban apa sahaja.

Ayuh sahabatku,
Kita renung kisah yang satu,
Terakam dalam lembaran lalu,
Pengorbanan agung yang wajar direnung,
Agar kita tak sombong,
Sejenak masa diluangkan,
Menjejak roh pengorbanan.

JOM KORBAN!



Bersama Ikhwan dan Sheikh Adnan
( pemilik kedai dan ladang ) di kedai dagingnya.









Pertamanya, blog ini bukanlah blog Program JOM KORBAN yang bakal diadakan pada Aidiladha akan datang, saya menulis cuma untuk berkongsi perkembangan terkini buat semua ahli PERMAI khasnya.

Alhamdulillah, setelah tempoh tamat tempahan buat semua warga PERMAI yang berniat untuk berkorban melalui program JOM KORBAN anjuran PERMAI, jumlah korban tahun ini ialah : Seekor unta, 6 ekor lembu dan 11 ekor kambing. Satu jumlah yang besar buat warga PERMAI yang hanya berjumlah 458 orang. Jumlah ini juga menunjukkan peningkatan lebih kurang lima kali ganda berbanding tahun lepas. Alhamdulillah, segala kesyukuran dan pujian hanya layak bagi Allah.

Cukupkah tenaga???

Hasil respons daripada ahli-ahli yang bertanyakan saya tentang perkembangan jumlah korban , rata-rata menganggap jumlah itu banyak dan bimbang tenaga kerja tidak mencukupi hasil perbandingan situasi tahun lepas.

Ya, bilangan korban memang meningkat, namun perlu diingat bilangan ahli juga meningkat. Kemasukan ahli baru sahaja sudah melebihi seratus orang pada penghujung Ogos lalu . Seharusnya bilangan tenaga tidak menjadi persoalan yang membimbangkan.

Tingkatkan kepekaan dan sensitiviti berpersatuan

Kita perlu akui dan berpijak pada bumi realiti, seandainya kualiti sahaja yang meningkat meloncat-loncat, tetapi kepekaan ahli dalam berpersatuan masih terencat, fenomena ini tidak mampu untuk membangunkan sebuah persatuan sekaligus merencatkan segala aktiviti yang dirancang.

Persatuan bukan milik Ahli Majlis Tertinggi, tetapi milik semua ahli,malah pemimpin juga merupakan ahli. Barisan kepimpinan ditaklifkan untuk memimpin ahli dalam persatuan, hakikatnya setiap ahli berperanan dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.

Firman Allah:












" Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah". Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur "

Aidiladha membawa seribu pengertian yang perlu direnung dan dihayati. Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sewajarnya dicontohi agar kita hidup dalam jiwa kehambaan yang menuntut ketaatan. Di samping itu, ayuh kita sama-sama menyematkan niat untuk menyahut seruan menyempurnakan rukun Islam kelima, menunaikan fardu haji di Mekah.

Moga sambutan yang dirancang pada kali ini bukan sekadar mengisi taqwim persatuan, tetapi seharusnya sambutan kali ini adalah untuk menjejak roh pengorbanan yang semakin ditinggalkan oleh manusia yang kelekaan di akhir zaman.

JOM KORBAN. MENJEJAK ROH PENGORBANAN!

2 comments:

Anonymous said...

salam alaik..
moga dlm naungan ALLAH..
kt sini,ana nk cdgkan satu prkara..
memandangkan penyertaan korban masyarakat PERMAI taon ni,boleh dikatakan sgt menggalakkan,maka adalah lebih baik jika program sambutan AidilAdha taon nih diraikan oleh semua lapisan masyarakat MALAYSIA di bumi jordan..dlm erti kata lain,jemput sahabat2 mantiqah lain utk sama2 menjejak ruh tadhiyah di irbid..sama2 kite merasai nikmat "senang" yg kite dpt nih dgn sahabat2 yg kurang berkemampuan..INSYAALLAH ada keberkatan di sebalik tiap korban yg dilakukan oleh warga irbid nih..
mungkin cadangan ni dh difikirkan oleh ajk pelaksana..sekadar cadangan..moga ditimbangtara oleh pelaksana..moga ALLAH berkati tiap usaha kalian..biar lelah didunia,jgn penat di akhirat sana..

Naqeb Sulaiman said...

wasalam.

terima kasih atas cadangan.
setakat ni perancangannya nak jmpu presiden dan timbalan presiden mantiqah luar je.
dan ade juga yang mencadangkan untuk jemput anak2 yatim di irbid untuk join program. insyaAllah akan dipertimbgkan semau cadangan.

syukran.