Penulis mapan.
Saya ada menyimpan cita-cita itu.
Untuk duduk sebaris dengan mereka yang berjuang dengan mata pena.
Yang menikam jahiliyah dengan sentuhan bahasa berisi fikrah.
Menulis dengan penuh jiwa dan tanpa putus asa.
Hilal.
Saya kagum dengan sahabat saya yang semakin laju dia mengorak langkah.
Saya?
Masih tersangkut dengan perancangan.
Penulisan yang semakin malap, tangan sudah kendur untuk menulis dengan jiwa bahasa.
Ah!
Saya tidak boleh tewas dengan perasaan mengalah.
Hilal pernah berbicara menyusup semangatnya.
" Orang yang hebat adalah oleh yang boleh berpersatuan, menulis, seimbang akademik. Orang yang hebat adalah orang yang bijak mengurus masa. "
Ya. Betul kata Hilal.
Saya mahu jadi begitu.
Yang hidupnya tersusun dan berhala tuju.
Dan fatrah ini memerlukan saya bermujahadah dan menumpukan mana yang lebih perlu.
Dan saya juga akan terus menulis, mungkin tidak sekerapa dahulu di halaman yang semakin lesu, saya akan terus menulis di jalan yang bakal saya dalam tahun yang satu.
Saya akan menulis jalur hidup yang saya impikan dalam sebuah persatuan.
Dan akan saya cuba terjemahkan kepada realiti kehidupan.
Kini, saya akan cuba ubah rasa kegembiraan.
Gembira apabila ada yang menawarkan diri bersama-sama menulis karya ini.
Teruja apabila ada yang sudi berkorban demi mencantikkan karya ini.
Bersedia untuk dikritik agar penulisan saya tidak tersasar dari jalan yang sepatutnya.
Akan saya dan rakan-rakan "penulis " yang lain cuba untuk memasukkan roh dalam karya ini agar mampu bangkit mengejutkan jiwa-jiwa yang alpa.
Doakan karya " PERMAI 09/10 " mencapai matlamatnya.
- menulis dengan jiwa memang berbeza dengan akal kepala
- tak sabar nak beraya di Jordan walau semua pakat nak balik M'sia ( baca dengan nada gembira ;)
7 comments:
naqeb, aku masih menunggu keindahan pelangi tercatat pada hujung penamu. jangan lupa ya presiden :) haha...xdela kidding2. sian ko ye mesti sibuk. jgn makan pakai xterurus suda...takpe, asalkan impian tu tak hancur lebur macam tu je...
anyways, aku membaca ayat akhir berulang kali dgn senyuman ke telinga(bygkanlah...kih3..ampunn)
raya kat mana2 pun sama je...kan? :)
bro..
permai 2 apa ek..???
naqeb,ak teringin nk jadi penulis yg hebat berkarya mcm ko...teringin je la..hehe..tp malas nk berkarya..sedap je ayat2 org berkarya ni klu menulis..pdhal hanya dlm entry biasa..
semoga karya 'PERMAI 09/10'dapat dihasilkan dengan jayanya...
ooo..mahu membuat karya permai 09/10 ya...mcm ceritera permai dihati 08/09 ka??....
semoga permai itu terus maju...mulia bersama islam....jaga awlawiyat segala...team anda sesi ini mantap2 blakoooo....
nk juga tgok pengakhiran cerita permai ko ni naqeb(mesti best).....tp bulan 6 tuh ..masih adakah ak disini??..huahauahua
dan,
akan ku alkarkan pelangi seindah namamu yang terpahat di hujung rindu.. jiwang pulak.
ye, raye2 di mane2 same je. betulke?
ko mcm mane? raye di mane nnti?
maigeta,
permai itu 4 Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid. Nak tahu lanjut, jom ziarah irbid. ;)
anonymous,
belakng parang diasah lagikan tajam.
jom. :)
Amin.
permai dihati,
ceritera permai di hati sudah jadi sejarah untuk dipelajari,
karya yang baru harus dihasili,
insyaAllah Islam akan terus memuliakan setiap karya yang ingin diangkat,
kalau tak sempat, blog ini boelh dilawat. :)
aku raya mana? xtau lagi...kalau fly, rasanya mmg x raya msia...sbb biasanye paling lmbt departure 20/9. time tu sama ada sempat atau x, bergantung pada uni..tapi semua tu jugak bergantung pd cutoff point!
*presiden tubuhkan jwtnkuasa sambut hr raya la pulak.
Post a Comment