Monday, December 22, 2008

Aku Jatuh Cinta..

Aku jatuh cinta.
Bukan pandang kali pertama,
walhal sudah lebih setahun ku mengenalinya.
Sebelum ini setiap kali ke kuliah,
hati kosong tidak diisi cinta.
Baru sekarang mekar berbunga.
Memang cinta hadir tanpa dipaksa.
Tidak perlu ditanam dalam-dalam dan dikambus,
Ia bisa meresap ke dalam hati,
lantas menyusup ke jiwa.

Kini hati ku terpaut,
Jiwa kosong diragut,
Ku yakin ia anugerah Ilahi,
Moga dikekalkan rasa ini,
Kerana cinta ini terkandung amanah,
Cinta ini tersemat harapan manusia,
Ikhtiar penyembuh jasad dan jiwa,
Moga cinta ini dirahmati-Nya.

Cintaku mula berputik...

7 comments:

final_fata said...

Duduk bersimpuh si anak gadis,
datang jejaka membawa rombongan,
laksana madu pemberi manis,
bermain kata untuk pedoman.

lagak ayam tampak hebat,
namun hakikat tiada berani,
bukan hidup sekadar ubat,
tapi tawakkal pada Illahi.

ambil wudhu' berembun pagi
solat jemaah di atas masjid
hidup biar terus berbakti,
meski duka kadang terpalit.

bukan buah sebarang buah,
buah dari pantai Morib,
bukan tuah sebarang tuah,
tuah dunia lahirnya naqeb.

teruskan 'cinta' pada 'Empunya cinta'

Anonymous said...

salam alaik adik naqeb..
moga cinta anda pd bidang medik nih mnjadikan anda seorg yg dpt memberi manfaat pd lautan ummat yg menunggu kepulangan anda..
~cinta baru berputik pd biostat~

c's said...

mabrook.. tahniah..

(mengenang kisah cintaku yang seakan seperti sudah berputik, tapi byk pula bolak baliknya.. sdg sabar menanti hati yang sejati)

fi amanillah iA=)

Anonymous said...

salam

humm.
(tu je yang mampu diucap)

dan said...

emm...naqeb. siapa tu?

jangan sia-siakan cinta itu. susah nak dapat tu.

naqeb dah besar daaah...

merepek je aku.

Naqeb Sulaiman said...

wasalam.

final_fata,
Datang menyinggah sambil berpantun,
Adab Melayu warisan tersohor,
Izzul berkunjung buatku terpegun,
Marak cintaku ibarat obor.

Anonymous,
bittaufiq lil biostat. selamat bercinta. :)

c's radin,
moga kita ditetapkan hati.
InsyaAllah.

Naqeb Sulaiman said...

wasalam.

kawan istadit,
.emm..:)

dan,
memang suke merepek..hehe ;)
dan pun dah besar, mesti pahamkan erti cinta..:)