Saturday, July 25, 2009

Julai

Bulan 7 yang banyak jalur warna dan sendu lagu.

Pilihan raya dan AGM telah berlalu.

3 orang ahli PERMAI telah kehilangan ayah atau ibu.

Seorang ahli kebakaran rumahnya di Malaysia minggu lalu.

Hari ini kepulangan sahabat-sahabat Iqtisod IKIP dan Abang Sipu.

Lorong tikungan yang kami tapak dalam bulan yang satu.



Ya Allah, kau kuatkan kami hamba-MU,

Tabah dan redha dengan ujian yang bertamu,

Perpisahan sementara yang diimpi kembali bertemu,

Di dalam syurga rahmat-Mu.


~muhasabah~

3 comments:

rasydan said...

moga dikuatkan semuanya..

..dan emm, semenjak beli antologi dari suatu tikungan lorong tu, suka benar guna perkataan tikungan tu kan. ku perasan sgt2..:)

ibnsoleh said...

"sebulan tercoret suka dan duka,
apatah lagi setahun lamanya,
cabaran itu ujian semata,
menjadikan kita semakin bersedia"

"marilah kita bergandingan tangan,
hanya padaNya kita meminta,
bersatu teguh bercerai jangan,
moga mendapat keredhaan dariNya"

"Amanah Allah jangan dipermainkan,
mesti bijak mengharungi rintangan,
walau apa jua onak dan cabaran,
bersatu kita mencari penyelesaian"

i.allah khair pimpinan permai sesi 09/10...TAKBIR!!

Naqeb Sulaiman said...

dan,
syukran.
haha..memang seorang yang teliti.
ok, lepas ni gune yg lain. :)

ibsoleh,
inshaAllah.
sama-sama kita buat yg terbaik.