Thursday, January 1, 2009

2009: Akhir di hujung belasan

2009.

Dua hari sudah berlalu. 2008 sudah jadi catatan lalu dalam hidup kita sama ada kita sedar ataupun tidak.

Saya hampir tidak merasakan bahawa 2009 sembilan sudah menjelma.
Hijrah lebih signifikan di saat ini berseli dengan peristiwa duka yang menimpa saudara kita yang begitu dekat dengan tempat mastautin saya tatkala ini.

Namun begitu, 2009 tetap perlu saya hadapi berbekalkan muhasabah diri sepanjang tahun-tahun yang sudah berlalu pergi.


Keluarga



Alhamdulillah, inilah keluarga saya yang terkini. Tiga hari kami bertarung, akhirnya piala dijunjung. Namun itu bukan tujuan kami.
Kami cuba mencari sedikit bekalan pengalaman sebagai aset untuk meneruskan sebuah kehidupan.

Tahniah saya ucapkan buat ahli PERMAI yang memeriahkan Debat Piala Presiden PERMAI kali ke-3. Semoga budaya perbincangan ilmiah sebegini dapat diteruskan agar kita tidak lesu apatah lagi tatkala suhu kini berlegar di tahap beku.

Debat VS Hebat

Ya, ramai dalam kalangan kita yang hebat bercakap terutamanya apabila di belakang orang ramai. Isi dan idea memang berjuta-juta, namun apabila minta disalurkan, masing-masing malu dan membisu.

Hebat pada hujah tatkala pendengar tiada, tetapi akhirnya menikus apabila ruang sudah dibuka. Alangkah bagusnya seandainya idea dan pendapat yang ada disalurkan dengan jalan yang sewajarnya dan berhemah agar segala manfaat dapat dikongsi bersama.

Berbicara tanpa ilmu ibarat tin kosong,manakala berilmu tetapi tidak disampaikan dengan baik ibarat tin susu penuh yang belubang- lubang, akhirnya susu terbuang tanpa sesiapa dapat manfaatnya.

Ilmu sahaja belum cukup menjadikan kita seorang yang bermanfaat andai wadah dan wasilah untuk menyampaikan ilmu tidak kita miliki.

Penulisan, pengucapan awam, hubungan baik dalam komuniti, segala-galanya tidak akan terbentuk dengan semula jadi, semua itu memerlukan usaha mencari dan memurni dari semasa ke semasa.

Kembali berfungsi

Pada saat ini, akal saya kembali kepada posisi asal yang sewajarnya diletakkan.
Berfikir sebelum berkata-kata, bukan berbicara baru menilai natijahnya.

Tahniah saya ucapkan kepada Suruhanjaya Khas Debat kerana mencabar mahasiswa lesu kita dengan isu-isu yang sudah pasti tidak pernah difikir secara timbang tara.

PPSMI Membantu.
Kebebasan Media.
Lagu-lagu Seberang Lebih Berkualiti.
Pengurusan Sumber Tenaga Manusia di Negara Kita Lemah
Mahasiswa Tidak Perlu Terlalu Lantang

Ini antara usul-usul yang diperdebatkan, dan turut sama diangkat dalam timbunan kelekaan dan kelesuan mahasiswa.

" PERMAI Masih di Takuk Lama, Salah Pimpinan "

Usul pertandingan akhir yang dekat di hati warga PERMAI. Usul ini saya kira sesuai untuk dijadikan muhasabah bukan sekadar pimpinan tetapi juga muhasabah buat ahli.

Jangan kita dengan mudah menuding jari, hingga kita lupa untuk mencerminkan diri.
Gerak kerja persatuan bukan terletak di pundak pimpinan, ia merupakan kombinasi dan sinergi antara yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin dan juga yang memberi tanggungjawab untuk dipimpin.

Sama-sama kita mewujudkan kesatuan, agar persatuan kita tidak menjadi badan yang hanya berlegar di takuk yang sama, sedang dunia pada hari ini memerlukan gerakan jemaah yang melahirkan produk yang turu bergerak dengan dunia semasa.

Mohon maaf andai ada yang terguris rasa tatkala penghujahan yang disampaikan berkaitan usul yang perlu diambil perhatian.

Sama-sama muhasabah diri sebelum kita di hisab nanti.

Di hujung belasan.

2009.

19 tahun.

Satu tahun lagi saya akan menjengah usia dua puluhan.

Namun, ajal maut di tangan Tuhan.

Gunakan setiap nafas pinjaman Tuhan untuk mencari keredhaan-Nya.

Menjejak roh kehidupan.


- Sama-sama doakan saudara kita yang dizalimi di Palestin. Moga Allah kuatkan mereka.

10 comments:

Ain Mardhiah said...

salam~

mabruk alaik.. terfikir tadi, bagus juga ada barisan MT yang berada di pihak pembangkang final tu. Sekurang-kurangnya boleh perjelas semua benda termasuklah subsidi makanan yang terbaru nih.. tahniah2!

Naqeb Sulaiman said...

wasalam.

syukran. moga ape yang diperdebatkan tidak berlegar sekadar pada pengucapan, namun disusulid dengan pemanbah baikan, tak kira ahli mahupun pimpinan.
Tahniah buat SKD. :)

final_fata said...

bimbit sejadah ke masjid Tengkera,
ketayap kemas dibalut serban
mungkin sudah darah dagingnya
hidup berdebat memberi pedoman

pucuk paku daun selasih
ulam-ulaman raja dahulu
kian berjauh kian mengasih
pada sejarah manis yang lalu

niqab disarung berwarna hitam
tampak ayu meski terlindung
membawa keluar dunia yang kelam
agar yang benar tiada penghujung

kodi kacang dimakan enak
jangan lupa pulut panggang
hidup berjuang meskipun senak
moga peroleh hati yang tenang

Anonymous said...

Assalamu3laikumwbt.

Tahniah atas kejayaan pasukan debat, dan seterusnya menjadi pembahas terbaik.KepadaNya dikembalikan atas setiap sesuatu.Moga apa yg diperdebatkan bukan sekadar 'debat',tapi ada implikasinya,insyaAllah.

oh,dah masuk 19 ke? ke belum?
ada 1 kata2 ni (tiba2 je rasa nak cakap) (:

cthla: kalau naqeb skrg dah 19 tahun,tempoh yang lama,agak2 apa yg kita dah sumbangkan utk agama Allah? (soalan ni pernah ditanya kpd saya).Sebabnya,kalau sesebuah negara,dlm tempoh 19 tahun,mcm2 yg boleh berlaku,dan kita?

alamak,dah terpanjang lagi..maaf2. (:

Jom sama2 do3 & boikot!! (GAZA)


Wslmwbt.

dan said...

tahniah menang debat~ masih berbisa cik abang kita ni ye. eh.. cik adik.

haha.

14/1 ni masuk la 19 tahun ye? mabruk alaik. sanah helwa. (waaa awalnya ucap)

sori lama tak komen. sibuk nak register balik ke intec.

my final sem is finally here~

cik santun said...

mantap!!

permaiku.. familyku..

Anonymous said...

salam..
congrats~
barula mahasiswa-debat^_^
btw,tgk tajuk2 tu mmg bole-tahan..
teruskn perdebatan dlm jalan juang kehidupan..
m0stly dlm tegakkn kalimah-Nya..
keep g0od w0rk~

p/s-ade x sesape rakam ntuk final antum??teringin gak nk tgk^_^

Naqeb Sulaiman said...

salam,

final fata,
anak kelisa di kail joran,
syukran. :)

khaulat_tsabit,
syukran.
belum lagi.
terima kasih atas soalan yng membuat diri berfikir.'
moga nafas kita diiringi bakti kepada agama Allah.

dan,
ayoo, awat publish tarikh lahir kat cni..:)
selamat kembali ke intec.
kalau ade rezeki, kite jumpe bulan satu ni.

Naqeb Sulaiman said...

cik santun,
permaimu, familymu. :)
( kan bagus kalau semua ahli PERMAI macam cik santun. )

al-huda,
syukran. InsyaAllah.
Teringat zaman family debat kite di kisas dulu.
ade yg rakam, nanti sy carikan.
moga akak cepat sihat dan kembali pulang ke bumi urdun.

Tinta MR said...

salam.

seronoknya ada debat di jordan =)