Monday, August 18, 2008

Setahun berlalu..Menuju Halatuju


Alhamdulillah.. hampir genap setahun saya meniti sebuah perjalanan kehidupan di bumi Jordan, yang tidak pernah dibayangkan dalam kamus hidup saya tatkala meniti alam persekolahan. Namun, inilah bumi yang akan saya pijak untuk terus meniti alam ilmu kedoktoran.

Peguam, engineer..itulah antara pilihan hati untuk membawa diri meniti usia sebelum bertemu Tuhan. Namun, Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya-Nya. Jordan University of Science dan Technology, universiti yang kini bertapak di hati. Setahun sudah berlalu.

Hijrah

31 ogos 2007, tanggal yang cukup bermakna apabila saya dan rakan-rakan berlepas dari KLIA menuju ke Amman dengan menaiki charter flight, sejarah baru buat kami. Saya teringat lagi bahang kehangatan yang dirasai tatkala menjejakkan kaki di lapangan terbang Jordan. Di sambut oleh senior-senior yang banyak membantu sepanjang keberadaaan di sini. Hidup di dalam ruang lingkup PERMAI yang banyak mengajar erti hidup bermasyarakat. Terima kasih khusus buat semua senior.

Halatuju

Aku bakal bergelar doktor! Hati saya berbicara tatkala melewati pintu gerbang JUST. Fatrah semester pertama membawa seribu kenangan kerana proses asimilasi budaya berlaku tatkala ini. Budaya masyarakat Arab di sini banyak berbeza ditambah dengan bahasa ammiyah yang tidak dapat tidak perlu dikuasai bagi penuntut ilmu sini. Teringat saya apabila mendapat seorang kawan baru, pelajar Arab Jordan. Pada mulanya, saya cuba berbahasa Arab ammiyah dengannya, namun dia lebih cenderung berbahasa Inggeris. Sedar. Penguasaan bahasa saya lemah. Perlu ditingkatkan.

Mengenali gerak kerja persatuan

Saya akui saya seorang yang banyak berbicara. Zaman sekolah saya dipenuhi dengan kenangan di atas pentas, pidato dan debat satu perkara yang sukar dipisahkan dalam hidup ini hatta telah berada di sini. Alhamdulillah, di sini saya berpeluang menceburi gerak kerja persatuan. Teringat saya sewaktu pertama kali menjadi pengerusi majlis secara formal di sini, saya jadi gemuruh dan kelam kabut walaupun saya sudah biasa berbicara secara secara spontan . Tersasul. Setelah dikaji, saya lemah dalam aspek formaliti. Perlu dibaiki. Kini saya diamanahkan menjadi pimpinan PERMAI, saya merasai gerak kerja sebuah persatuan yang menguruskan sejumlah besar pelajar Malaysia di bumi Jordan. Diri kerdil ini cuba melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

Pulang..datang

InsyaAllah.dua hari lagi saya akan pulang ke pangkuan keluarga selama sebulan. Rutin? Ada yang menjadikannya sebagai rutin tahunan.Pada saya ianya tidak salah seandainya masa keberadaan di Malaysia digunakan sebaik mungkin. 26 ogos ini, warga PERMAI bakal menerima kehadiran ahli keluarga yang baru. Moga kualiti ahli mampu ditingkatkan selaras dengan peningkatan kuantiti. Moga sama-sama kita menghidupkan Ramadhan yang bakal tiba walau kita berada di mana jua.


-sekadar berkongsi sedikit catatan perjalanan di sini..

Friday, August 8, 2008

MPPM Jordan














Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan atau ringkasnya MPPMJ ditubuhkan pada bulan Oktober tahun 2000 bersamaan 1421H dan telah dirasmikan oleh Dato’ Hishamudin Tun Hussein yang merupakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada ketika itu. MPPMJ ditubuhkan atas kesedaran bersama persatuan-persatuan mahasiswa Malaysia yang berada di Jordan untuk berada di bawah satu majlis perwakilan yang menyelaras, menyatu dan mmewakili suara semua pelajar Malaysia di Jordan. MPPMJ dianggotai oleh 4 Persatuan Zon (PZ) dan 11 Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dengan bermotokan “Kepimpinan Bestari Kombinasi Kualiti”.

Alhamdulillah, sempena Mesyuarat Agung Tahunan MPPM kali ke-8 yang baru selesai tadi, pelancaran laman web rasmi MPPM telah selamat dirasmikan oleh En. Azmir Suzli bin Ibrahim, Penolong Atase Pendidikan, Jabatan Penuntut Malaysia, Jordan.

Lawan web MPPM: http://www.mppmjordan.com/

Moga MPPM terus melangkah menuju kecemerlangan.