Friday, February 5, 2010

Belah angkasa

Bersama sahabat-sahabat medik mesir di Dumyat


Bebelas tahun lepas, melihat kapal terbang di udara buat hati saya berbunga-bunga.
Mahu ikut sama membelah langit angkasa dan memijak bumi di luar Malaysia.

Bagaimana agaknya merasa hidup di luar sana?
Sama kah dengan apa yang terpancar panorama di televisyen berkaca warna?

Kalau zaman-zaman kecil-kecil dahulu, rombongan sekolah yang selalu membawa saya ke dunia luar dari desa, melihat bangunan berceracakan dan mencucuk awan biru, menyusur lebuh raya yang memotong daratan semenanjung Malaysia.
Kuala Lumpur sudah saya rasakan seperti luar negara buat saya.
Mengikut lawatan ke pantai timur bagaikan satu nikmat perjalanan yang mengujakan.

Kita manusia, di setiap tempat ada cara yang berbeza, berbeda.
Di kampung desa, warna hidupnya tidak sama dengan tompokan corak hidup kota raya.
Dan setiap perjalanan yang kita langkahkan ke dunia baru harus diteroka.
Mungkin ada secebis rasa yang di luar sana harus kita resapkan ke rencah hidup di tempat kita.
Mungkin ada segulai manis yang boleh dikongsi buat teman di luar sana.

Sewaktu di tingkatan lima, ada rombongan ke Sabah, dan saya memang berniat untuk mengikutnya. Mahu merasai keluar dari semenanjung dan melihat bumi dari atas sana.
Apakan daya, waktu menuntut untuk saya menampung masa yang saya penuhkan sebelum itu dengan beberapa siri debat dan peringkat pidato piala di raja, tambahan pula wangnya belum mencukupi.
Saya pasangkan dalam hati, andai diizinkan Allah, akan ku terbang juga suatu masa,
bukan sekadar untuk berjaulah, lebih dari itu, untuk belajar menjadi manusia, mengejar cita-cita.

Alhamdulillah, kini Allah bagi secebis nikmat dari rahmat-Nya yang luas tidak terjangkau akal manusia.
Menjejakan kaki ke Jordan menjadi titik mula untuk berkelana.
Dipermudahkan Allah untuk menunaikan umrah di Mekah dan menziarahi maqam baginda Rasulullah di Madinah.
Dan hari ini berpagian di kota Kaherah yang menempatkan ribuan anak-anak Malaysia yang mengembara menadah curahan ilmu di pusat-pusat pengajian yang menapak kukuh dan ampuh di kota ini.

Dan peringatan buat diri dan sahabat yang diberi ruang untuk berkelana,
sememangnya hidup kita ini satu perjalanan, bukan destinasi,
dan perjalanan untuk harus disertai dengan langkah gagah yang tak mudah rebah,
dan rajinnya tangan untuk menggapai bekal-bekal ilmu dan pengalaman yang
membantu ke arah penambaikan amalan yang menjadi isi bekalan
untuk ke destinasi bertemu Tuhan.

~ke ARMA pagi ini bertemu teman-teman dan melihat suasana walimah di Cairo, mengambil berkat ;)
~saat seronok berjalan-jalan, bila tiba untuk solat, terasa diri kekuranga, belum mampu sujud dengan sempurna fizikal, apatah sujud hati yang hina

Thursday, February 4, 2010

Apa kata Cairo tentang aku?

Alhamdulillah.

Hari ini hari ketiga saya di bumi Mesir. 2 Februari lepas saya tiba di Kaherah dan terus menuju ke Mansurah, dan pagi ini saya di bumi Tanta.

Ada 17 hari lagi untuk saya terokai bumi Mesir.

Mencari spirit yang hilang.
Mengikat tali baru, dan mengetat tali yang berlalu.

Doakan saya.

Semoga bertemu lagi.

Monday, February 1, 2010

Sekalung Tahniah

Ex-pres yang sudah graduasi..aku 3 tahun lagi. iAllah


Minta maaf kepada pengunjung MRP ini kerana sudah lama tidak kemaskini walaupun cuti sudah dimulai.

Semalam adalah hari bersejarah buat sahabat/senior saya, Ahmad Faiz bin Ahmad Hamzah atau nama mahsyurnya di Jordan, BAHA. Baha merupakan mantan Presiden PERMAI sesi 08/09. Semalam majlis graduasinya dalam jurusan Bahasa Arab. Apa yang membanggakan, dia satu-satunya anak Melayu yang bergelar graduan pada majlis semalam.

Hari ini saya tayangkan gambar-gambar sahaja untuk ditonton.


Ini bukan jejaka-jejaka hawt :P

Pres.MMY dan mudir qisim arab ( macam die je grad. hehe )


2 graduan yang membanggakan
( sori rokers, tak sempat nak tengok hang pakai jubah )


Tahniah saya ucapkan buat graduan-graduan Yarmouk dan PERMAI.
Semoga dipermudahkan langkah seterusnya.

Kita yang masih berbaki lagi, teruskan usaha.
Cuti bukan masa rehat sepenuhnya,
tetapi masa untuk mengumpul tenaga.