Thursday, July 31, 2008


Gambar mata..

Key chain yang baru diperolehi menarik perhatian saya. Ia diberi oleh seorang senior Arab tatkala baru memasuki science hall 2 untuk menghadiri kuliah Biochemistry.

Merenung sepotong ayat Al-Quran yang tertera pada key chain tersebut:

"Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka( daripada memandang yang haram ), dan memelihara kehormatan mereka. " (An-Nur:30)

KEMPEN

Alhamduillah, dalam kalangan masyarakat mahasiswa yang hanyut dibuai trend hedonisme, masih ada lagi pihak yang sedar akan tanggungjawab melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Mungkin usaha sebegitu dipandang ganjil oleh sesetengah pihak, namun nilainya besar dan makruf di sisi Islam.

Kita??

Ya, memang di sekolah dulu adanya badan dakwah dan persatuan-persatuan agama yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dakwah ini. Namun kita perlu sedar, tanggungjawab ini bukan digalas apabila kita memiliki pangkat. Sekali dilafaz kalimah syahadah, amanah Allah ini wajib dilaksana walau di mana kita berada.

PEMAKAIAN

Trend masa kini. Semua nak didedahi. Itulah realiti kini.
Teringat saya akan isu etika pemakaian pelajar islam di Malaysia yang dibangkitkan di Malaysia oleh PKPIM. Sepi..

Andai di zaman sekolah dulu, kita ada etika pemakaian, yang perempuan Islam kena bertudung, kalau di sekolah agama perlu tudung labuh. Berbaju kurung. Bagi yang lelaki pula, berbaju kemeja dan berseluar slack, perlu kemas, rambut tidak boleh panjang dan lain-lain lagi. Tetapi sejauh mana perkara ini dipraktikkan setelah masuk ke alam mahasiswa.

Tidak dinafikan, alam universiti memang tidak sama seperti alam sekolah. Kita kurang terikat dengan etika pemakaian, malaha ada universiti seolah-olah memberi kebebasan sepenuhnya buat pelajar untuk berpakaian mengikut citarasa. Kesannya, maksiat mata berleluasa bagi yang tidak menjaga pandangannya.

Kita perlu sedar, sejauh mana pun kita perolehi kebebasan, kita masih lagi dibawah ajaran Islam. Syariat pemakaian telah ditunjukkan oleh Allah kepada kaum adam dan hawa. Kenapa masih memilih trend yang menjerumuskan diri kepada kemudharatan.

Sama-sama kita mengikut syariat Allah dan menjaga penglihatan kita.

Wednesday, July 30, 2008

Pemimpin politik boleh masuk IPTA

Pemimpin politik boleh masuk IPTA
Oleh Mohamed Farid Noh

mfarid@bharian.com.my


Ceramah berkaitan pengajian, akademik


"BANGI: Pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang dalam proses bacaan kali kedua di Dewan Rakyat Ogos ini, diluluskan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata mereka dibenarkan berbuat demikian dengan syarat memberi ceramah mengenai isu yang ada kaitan dengan pengajian dan akademik mahasiswa.

Beliau berkata, pindaan yang sudah diluluskan Kabinet itu, masih tidak membenarkan mahasiswa menganggotai atau terbabit dengan mana-mana organisasi atau parti politik, tetapi mereka boleh menganggotai persatuan atau pertubuhan tidak bertunjangkan politik. Katanya, pindaan itu dibuat bagi memberi mahasiswa dan universiti persekitaran lebih kondusif dan kebebasan dalam mencapai tahap kecemerlangan. "Terserah kepada mahasiswa atau pihak universiti jika hendak menjemput pemimpin pembangkang. Apakah maknanya seorang pelajar universiti jika mereka hanya dibenarkan jemput satu pihak saja.

"Kalau tidak dibenarkan pun mahasiswa boleh mengakses laman web, jadi lebih baik kerajaan benarkan dalam keadaan terpelihara, terkawal. Kita berada dalam dunia maklumat, setakat penguasaan ilmu saja tidak cukup kerana mahasiswa mesti ada 'talent' serta pemikiran yang tajam. "Soalnya bukan hendak jemput parti politik kerajaan saja. Misalnya, jika mahasiswa mahu mendapatkan pandangan mengenai krisis minyak dunia dan kebetulan penceramah yang dijemput adalah daripada parti politik termasuk pembangkang, pindaan AUKU itu akan membenarkannya," katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2008 serta pelancaran buku Majlis Kepimpinan Latihan Universiti-Universiti Malaysia (Maklum), dekat sini, semalam. Minggu lalu, beliau dilaporkan berkata, pindaan AUKU itu dibuat bagi membolehkan mahasiswa membuat keputusan dan menentukan sendiri perkara yang baik dan buruk untuk mereka.

Mohamed Khaled berkata, melalui pindaan AUKU itu juga, mahasiswa yang melakukan kesalahan mengikut AUKU tidak lagi akan dihadapkan ke mahkamah. "Jika dulu kesalahan mengikut AUKU boleh diambil tindakan mahkamah tetapi dengan pindaan ini semua penguatkuasaan kesalahan mahasiswa akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada universiti. "Tetapi tidak bermakna seseorang pelajar itu tidak tertakluk pada undang-undang negara. Jika mereka buat kesalahan mengikut Kanun Keseksaan mereka masih lagi tertakluk di bawah undang-undang negara. Contohnya, jika seseorang mahasiswa terbabit dalam demonstrasi tanpa permit, maknanya tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata, pindaan baru AUKU juga membolehkan pelajar yang dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung oleh pihak universiti untuk mengambil peperiksaan. "

-mungkin pindaan itu tidak seberapa, namun sejauh manakah mahasiswa kita bersedia..

-masih banyak yang perlu diperjuangkan, namun masih ramai yang terkorban di luar medan perjuangan..

Tuesday, July 15, 2008

“Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”,














"Minyak." nama yang kini sinonim dengan perkataan "Naik".

Minyak naik dan naik minyak, dua istilah yang berbeza, namun boleh mencetus jalinan yang mampu membahangkan iklim kondusi dunia.

Meninjau senario di Malaysia, bahang udara hasil letupan isu minyak ia semakin terasa apatah lagi sejurus tamatnya debat bertajuk “Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”, antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Di Jordan sendiri, negara timur tengah ini tidak terkecuali dilanda krisis kenaikan harga minyak hasil kelangsungan harga minyak dunia. Malah kenaikan harga minyak semakin memuncak dan boleh dikira sebagai lumrah di sini apabila kenaikan terbaru diumumkan baru-baru ini. Membaca blog seorang sahabat, saya agak terkejut dengan analisis kenaikan harga minyak yang dibuat. Kini harga petrol tanpa plumbum di Jordan sudah mencecah 840 Fils dan harga diesel meningkat ke 770 Fils . (1000 Fils bersamaan RM 4.56) Kenaikan terbaru ini merupakan kenaikan ke-10 dalam tempoh dua tahun dan kali ke-6 dalam sepanjang perjalanan tahun 2008 setakat ini. Runsing..

PEKA atau PEKAK

Tidak dinafikan, kesan kenaikan minyak mencetus fenomena kenaikan harga pelbagai barang dan perkhidmatan. Semuanya NAIK!!

Namun, ada suatu aspek yang kita jarang nilai dan intabih sama ada ia naik atau statik. KEPEKAAN kita tentang isu ini dan usaha kita dalam meneruskan kelangsungan perjuangan di bumi anbiya' ini , adakah sifat peka kita meningkat, ataupun sifat pekak kita tentang isu ini semakin melarat.

Ya, tidak dinafikan kenaikan biasiswa bagi pelajar tajaan MARA dan JPA baru-baru ini sedikit sebanyak menimbulkan kelegaan buat yang ditaja. Namun bagaimana pula dengan yang lain, terpaksa meneruskan kehidupan dalam keadaan yang semakin menyempitkan.

Output

Output tidak akan terhasil seandainya tiada input. Seandainya input yang digunakan adalah tinggi, amatlah rugi sekiranya input yang terhasil adalah tidak memadai. Sekadar ada, cukup..

Perjalanan ulang-alik dari syari' jamiah ke JUST yang memakan masa lebih kurang 30 minit setelah bertukar bas sebanyak dua kali memberi ruang untuk saya berfikir dan memuhasabah diri. Tambang semakin naik dan tidak turun. Saya sudah menikmati kenaikan tambang sebanyak tiga kali walau masih di tahun satu. Kini, saya perlu membayar 1.1o JD setiap hari untuk ke jamiah, nilainya semakin meningkat. Timbul di benak fikiran saya, " kenapa outputku tidak setimpal dengan input yang terpaksa dibayar tinggi dengan wang yang diamanahkan kepada aku?".

Begitu juga dengan kehidupan seharian kita selaku mahasiswa. Kenaikan harga minyak juga turut memberi impak kepada kehidupan berpersatuan kita. Kini, kos untuk melaksanakan sesuatu program juga akan bertambah terutama dari aspek pengangkutan dan makanan. Alangkah ruginya seandainya output dari program tidak setimpal dengan input yang dikorbankan. Program yang bermanfaat tidak mendapat sambutan, kalau adapun tatkala waktu santapan. Di sinilah pimpinan dan ahli perlu memainkan peranan, menghargai peluang dan ruang yang masih wujud dan diberikan dalam keadaan semakin kesempitan.

Ingatlah, pepatah ada menyebut, sediakan payung sebelum hujan. Renung-renungkan.


Wednesday, July 9, 2008

PILIHANRAYA PERMAI 2008

Assalamualaikum. Sekadar ingin memeriahkan musim berkempen bagi piliharaya PERMAI yang akan berlangsung pada 11 Julai 2008. Berikut merupakan calon-calon yang bertanding untuk kerusi MT PERMAI kali ini:



Yarmouk :








AHMAD FAIZ BIN HAMZAH @ BAHA
" Kelihatan tekun dan fokus dengan tugasannya "













MOHD SHIHABUDIN BIN AHMAD

( yang sedang mendongak dagu, sambil memikir
masa hadapan )











UMEIR BIN SHAHRUM

"Seorang yang segak dan bersemangat apabila microphone di tangannya."












JUST:




NURSYAFIQ BIN ALI SHIBRAMULISI

" Seeorang pemikir yang mampu mengeluarkan idea-idea bernas dalam menuju kegemilangan mahasiswa ".











MUHAMMAD ARIFF BIN NOORDIN

" yang memakai kaca mata, pandangan berfokus melihat perancangan yang bakal dilaksanakannya".








MUHAMMAD ASMI SYABIL BIN AHMAD SUKRI

" Gaya seorang pemimpin menyampaikan hujahnya, walau dalam loghat Kedah. :)"









MUHAMMAD AL-'ATHIQ BIN MARZUKI

" senyuman yang tenang, fikiran yang mampu merangsang menuju cemerlang".














MUHAMMAD NAQEB BIN SULAIMAN

( seorang mahasiswa kerdil, dengan mata penanya, berusaha menuju aspirasi mahasiswa )








Semoga kita sama-sama berusaha untuk meningkatkan kesatuan dan perpaduan dalam PERMAI bagi meneruskan mata rantai perjuangan Islam di muka bumi Allah ini. InsyaALLAH.

' Bersatu Ke Arah Kecemerlangan '

Monday, July 7, 2008

Kambing bertubuh singa....


Alhamdulillah..

Sekadar ingin menyambung artikel yang lalu, agar fikiran tidak kaku dan lesu. Bagi yang belum membacanya, silalah membacanya terlebih dahulu. Cerita itu..

"Kambing bertubuh singa, atau yang tepatnya singa berminda kambing."
Sekadar mengajak kita merenung kembali diri kita selaku manusia, sebaik-baik mahluk ciptaan Allah. Apa kaitan cerita tersebut dengan realiti semasa, realti yang melemaskan jiwa, menenggelamkan kekuatan yang sewajarnya dipusatkan dalam memperjuangkan yang hak!

SELESA
Si singa dijaga dan dibela oleh si ibu kambing. Hidupnya selesa, selesa dengan cara hidup kambing, bahkan auman yang menjadi simbol gah seekor singa telah hilang. "Embekkk..". itu yang menjadi pilihan dalam diam dan sedar.
Renung.. Senario peradaban dunia semakin berubah." Ubah gaya hidup." Slogan yang kian popular. Manusia semakin larut dalam lautan yang penuh dengan kebatilan dan kekhilafan.

Tidak perlu merenung jauh, kita nilai balik cara hidup kita. Keadaan senang ditambah dengan kenaikan biasiswa takut-takut menjadikan kita hanyut.
Bicara kita lebih soal hiburan, perempuan, dan lain-lain perkara yang sia-sia. Ramai yang selesa memilih membesar dalam ruang lingkup begitu. Soal agama,pelajaran, erti kehidupan, kepentingan berpersatuan,semuanya diletakkan di tempat kedua, malah ada yang sudah melupakannya.

Tidak Mustahil..

Tidak mustahil apabila kita dipaksa untuk keluar dari kepompong yang menjadi sarang kita bertapak selama ini, kita akan celaru dan keliru. Tahu dan tidak mahu. Akhirnya, kita tidak mampu. Seandainya alam mahasiswa kita lalui dengan perkara yang melalaikan, sudah pasti alam perkerjaan juga dihiasi perkara yang sama. Juga dengan alam kehidupan realiti di Malaysia sana. Kita tinjau senario semasa di Malaysia, fitnah semakin berleluasa. Jika kita bersifat mudah mengikut, ibarat lembu dicucuk hidung, pasti kita turut terjerumus dalam kancah yang dimurkai Allah. Na’udzubillah.

Teringat saya akan teori Erik Erikson ( 1968 ) , krisis identiti yang melibatkan kumpulan remaja ialah identity versus role confusion. Jati diri kita akan hilang andai dari sekarang kita mudah membiarkan diri dibuai arus hedonisme, sekularisme dan bermacam-macam isme lagi. Ia sama ibarat singa tadi, yang akhirnya mengembek tatkala berhadapan dengan musuh, dan akhirnya, dengan mudah musuh menumpaskannya. Tumpas!!

-Ayuh, kita keluar dari zon selesa, menuju ke aspirasi mahasiswa.










Thursday, July 3, 2008

Cerita itu..


Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi sebuah cerita, mungkin sudah lama kita tidak membaca cerita-cerita haiwan yang sering menghiasi zaman kanak-kanak kita. Jom rehatkan minda kita seketika mendengar cerita ini..

Bermula sebuah cerita..

Pada suatu hari, seekor ibu singa telah selamat melahirkan seekor anak singa. Malangya, nyawanya menjadi gadaian bagi melahirkan kandungannya. Tinggallah si anak keseorangan, menangis kesejukan dan kelaparan. Maka, selang beberapa jam, sekawan kambing melintas di kawasan itu. Seekor ibu kambing bersimpati dengan nasib si anak singa itu. Sifat keibuan mendorongnya mengambil anak singa itu lalu menyusukan dan menjaganya.

Maka,tinggallah anak singa tersebut dengan kawanan kambing. Cara hidup seperti kambing, bukan auman yang kedengaran, tapi..embekkkkk. Satu hari seekor serigala menyerang kumpulan kambing tersebut, suasana menjadi tegang. Seekor anak kambing telah dicengkam dek serigala. Si ibu meminta , " Wahai anakku, kau seekor singa, raja segala haiwan, tolonglah saudaramu itu." Si anak singa itu ketakutan, ia takut dengan serigala. Takut akan menjadi mangsa. Akhirnya ia mengalah setelah si ibu merayu bersungguh-sungguh dengan linangan air mata.

Dia tampil dengan tubuh singanya. Serigala tadi berasa kaget dan membayangkan ajalnya sudah tiba apabila melihat seekor singa di hadapannya.

"Embekkkkk...". singa itu mengaum sekuat hati.

"Lek eleh,,".dalam hati serigala. Dia yakin di hadapannya bukan seekor singa, tetapi hanya seekor kambing bertubuh singa. Atau yang tepatnya, singa berminda kambing. Akhirnya, sang serigala menyergah si singa dan dan singa berlari ketakutan semula ke arah ibunya. Seekor anak kambing menjadi mangsa pada hari itu. Semua kambing marah dan kecewa dengan sikap si singa.KECEWA!!

- Saya menyerahkan kepada anda untuk membuat tafsiran daripada cerita ini. Cuba kaitkan dengan kehidupan selaku manusia, agar kita mampu memanusiakan diri kita. InsyaAllah,saya akan menyambung artikel bila tiba masanya.