Thursday, April 15, 2010

Perhentian

iNTROSPEKSI iMAN--NAQEB from pR PERMAI on Vimeo.

Wednesday, April 14, 2010

Perhentian


Bicara soal perhentian segalanya ada kaitan dengan sebuah perjalanan, yang ada destinasi akhir, dan ada titik mula kaki menghala langkah.

Sedar atau tidak, kadang-kadang kerana terlau ghairah melangkah dan berlari, ada ketika kita akan hilang arah dan punca, tidak jelas apa yang dikejar di depan mata.

Manusia ramainya terpedaya dengan dunia, memandang dunia dengan kaca mata dunia, hingga mengkaburkan hati dan diri yang menuntut untuk mengejar akhirat sana.

Sedar atau tidak, dunia itu adalah alamat, dengan erti kata adalah petanda bahawa di hadapan sana ada destinasi, akhirat yang tiada hujungnya. Alamat bahawa dunia ini ada Maha Pencipta, lalu kenapa harus si hamba hina sujud kepada dunia, walhal ia hanya ciptaan yang akan musnah di hari yang telah dijanjikan Dia.

Dari Johor mahu ke Perak, singgah sebentar di restoran jejantas di Melaka, kagumnya pada persinggahan itu yang makanannya enak-enak, lazat, di situ bertemunya teman lama, cinta lama berputik kembali, di situ adanya rumah rehat yang katilnya empuk, jumpa kawan seperniagaan lalu bersembang bagaimana mahu untung niaga dengan jalan mudah sambil mengunyah makanan segera, sudah letih dan ngantuk, tidur dan terus tidur, hingga lupa destinasi ke Perak yang sepatutnya dia usaha untuk tiba.

Begitu juga dunia dan seisinya, ia adalah ladang akhirat, tempat kita menanam dan berusaha,
tuaian hasil di sana.

Ambilah masa untuk berhenti seketika, untuk memuhasabah langkah, mencerahkan jalan yang di hala, meskipun masih punya kudrat dan tenaga, merenung diri dan apa yang telah dilalui dengan kaca mata hati adalah suatu keperluan, seperti berhati-hatinya kita ketika melangkah di jalan berduri.

Jangan kita berhenti berlari dan memilih untuk putus asa dek kerana hilangnya kudrat upaya dan kaburnya matlamat jalan yang dilangkah, atas sebuah sebab KESOMBONGAN untuk memuhasabah.


Bersabarlah, dan terus melangkah.

Sunday, April 4, 2010

Exam.. oh Exam


Ada dua orang pelajar, A dan B.

Dua-dua akan hadapi exam.

Maka,mereka pun study. Buat Qiam, solat hajat, rajin baca Al-Quran, doa pada Allah .

Akhirnya, bila dapat result , dua-dua cemerlang.

Yang B sujud syukur, dan semakin berusaha perbaiki diri, jaga ibadah, tekun study walaupun final exam 2 bulan lagi.

Yang A, gembira tak terkira, malamnya disambut merdeka dengan movie marathon, sampai subuh gajah.

Apa beza mereka berdua ni???

Dua-dua bagus, nak dekat exam, dekat diri pada Allah.

Sebelum exam, nampak sama, abis exam ternyata berbeza.

Si A, menjadikan exam sebagai matlamatnya, dia jadikan Allah tempat dimohon untuk dapatkan apa yang dia mahu, dan akhirnya bila dapat apa yang dihajati, Allah diletak tepi. Dengan erti kata, seolah-olah dia mempergunakan Allah untuk mencapai hajatnya di dunia. Bila tak dapat, dia menyalahkan Allah, aku dah solat, dah qiam, tapi Allah tak bagi apa yang aku pinta. Dia putus asa!

Si B pula, ASAS dia mendekatkan diri pada Allah di saat menghadapi kesusahan adalah kesedaran, SEDAR bahawa dia adalah hamba yang tiada upaya, yang hanya mampu merancang dan berusaha, dan Allah jua penentu segalanya. Dan exam itu adalah wasilah, bukat matlamat. Exam itu wasilah untuk proses pembelajaran, bukan matlamat yang akan menghentikan dia dari matlamat hakiki penciptaan manusia, kembali pada Allah. Bila berjaya, syukur bertambah. Bila diuji gagal, die yakin Allah sedang berbicara dengannya erti sebuah kesabaran dan dia anggap itu juga sebagai sebuah rezeki dari Allah. Dia akan terus berusaha.


Kita ni manusia bagaimana?

Yang A, atau yang B????

Atau yang C, apa pula yang C ni??

Lupa Allah tak kira masa, sebelum diuji dia lupa, selepas diuji, jika berjaya dia menganggap itu adalah kerana dia hebat, jika gagal dia hilang punca, putus asa.


Oleh itu, sama-sama kita muhasabah diri.

Fikirkan sejenak, liku-liku kita sebagai pelajar yang memegang amanah besar dalam menggali ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk ummat sejagat.

Sejauh manakah jiwa hamba itu kite letakkan sepanjang kembara kita di bumi Allah ini.

Atau kah kesombongan Firaun yang mengaku tuhan itu yang kita semat dilubuk jiwa.

Adakah kita bertuhankan Allah semasa menempuh susah sahaja, hilang jiwa hamba di saat kejayaan dunia di genggaman kita??

Sama-sama kita ingatkan sesama kita.

Moga Allah permudahkan urusan kita.

Bittaufiq.

Salam perjuangan buat sahabat2 sekalian.

Friday, April 2, 2010

Pause


Di saat anda sedang fokus menonton Ketika Cinta Bertasbih 2 ataupun Ninja Assasin, loceng rumah berbunyi mengegak gempita, penghantar taqwim solat barangkali berkunjung ke rumah anda . Butang apa jadi pilihan anda? Stop atau pause? Ataupun tidak berbuat apa-apa, terus melayan apa yang di depan mata.

' Pause ' bukan bermaksud berhenti, 'stop'.

Kalau tekan butang 'stop', everyting yang berjalan dan belum tiba ke destinasinya akan terpadam, hilang dari pandangan mata, kalau mahu semula, mulakan dari awalnya.

' Pause ' pula sifatnya sementara, yang bertujuan untuk mencari senggang masa untuk menunaikan tuntutan lain yang lebih utama. Mungkin muhasabah, mungkin mengumpul upaya.
Dan 'pause' itu ikatannya adalah menyambung semula, ke destinasinya yang telah kita letakkan seawalnya bermula langkah kita.

Tapi?
Berapa ramai manusia yang dengan mudah menekan butang 'stop' bila sudah rasa letih, penat, jemu dan hilang upaya. Melangkah menjauh dari jalan yang telah dipilih dan ditempuh.
Akhirnya, dia juga yang rugi di saat terbalasnya segala usaha-usaha orang yang tidak memilih untuk menekan butang ' stop' , tetapi butang ' pause' jadi pilihan mereka.

Apa butang anda ?