Wednesday, May 28, 2008

Ayamsiswa..apakah itu??

" Mak, nanti bila angah dah besar, angah nak belajar kat oversea. Angah nak jadi doktor..". Ramai ibu bapa pasti tersenyum apabila anak-anak mereka menyatakan hasrat untuk belajar hingga ke menara gading. Bagaimana agaknya riak wajah mereka seandainya anak mereka tidak berniat lansung untuk belajar..

Mari kita soroti sejenak perkembangan dunia pengajian tinggi di Malaysia. Baru-baru ini kerajaan mengumumkan peningkatan peluang melanjutkan pengajian di ipta bagi lepasan SPM di Malaysia dari 25,476 tempat kepada 30,757 tempat bagi sesi 2008/2009. Namun tidak dilupakan, kuota biasiswa JPA kepada pelajar bukan bumiputera ke luar negara juga telah dinaikkan dari 10% kepada 45%. Tambahan pula,tindakan pembatalan memorandum persefahaman (MoU) antara institut pengajian tinggi tempatan dengan Universiti Al-Azhar di Mesir bagi program-program Pengajian Islam di Malaysia pasti membawa kesan dalam corak sistem pendidikan di Malaysia. Hari demi hari, banyak perubahan berlaku dalam sistem pengajian tinggi di seluruh dunia. Ramai yang berlumba-lumba dan bersaing untuk menempatkan diri dalam bidang yang dicita-citakan. Kita sering mendengar, menuntut ilmu sampai ke menara gading..namun, takut-takut ramai yang kecundang dek tertusuk gading kerana terlalu leka dan alpa kerana belajar semata-mata untuk mengejar.



''Arghhh..exam nak dekat.. ".keluhan dari hati mahasiswa-mahasiswa sering timbul menjelang musim peperiksaan. Rasa terikat telah mengongkong kita daripada memandang konsep belajar dari sudut pelbagai hala. Adakah proses belajar cukup sekadar mendengar teori, praktik di makmal dan memuntahkan segala macam fakta semasa menjawab peperiksaan. Sesudah habis exam dan graduate , hari-hari dilalui ibarat ayam daging, walaupun dikeluarkan daripada sangkar, duduk termenung untuk disembelih walaupun matanya sedang menatap sendiri rakan-rakannya yang telah putus nyawanya seekor demi seekor.





Belajar untuk belajar


Satu soalan untuk ditanya. Wujudkah individu yang membelek akhbar setiap pagi hanya semata-mata untuk mengeja setiap huruf dalam akbar itu. Kalau adapun, mereka pasti tergolong dalam kalangan individu yang baru belajar membaca. Contoh :



Kerajaan tidak lagi diam diri
Oleh ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan berdiam diri lagi dalam menghadapi ledakan tohmahan di alam siber yang bertujuan meracuni pemikiran rakyat.

Mahukah kita menjadi pembaca yang hanya mengeja satu persatu huruf,,,..k..e..r..a. ..j..a..a..a..n...kerajaan..dan terus mengeja..?


Ataupun pembaca yang membaca untuk mendapatkan maklumat, tetapi menerima bulat-bulat maklumat tersebut tanpa membuat pertimbangan dan penilaian sendiri, ibarat lembu dicucuk hidung?


Tidak mahukah kita menjadi pembaca yang membaca untuk mengetahui dan menilai sebelum menerima lantas memberi untuk berkongsi?



Dalam bergelar status mahasiswa Muslim, langkahan kaki kita ke alam universiti bukan sekadar belajar bidang yang kita ceburi seperti perubatan, pergigian, syariah,ekonomi, kejuruteraan dan lain-lain. Sedar atau tidak, banyak perkara yang kita boleh pelajari sepanjang proses belajar.


Kesibukan itu satu pelajaran, untuk belajar mengurus masa sebaik mungkin.
Kegagalan itu satu pelajaran, untuk belajar memperbaiki kelemahan.
Kejayaan itu satu pelajaran, untuk belajar erti kesyukuran.



Belajar itu satu proses yang berpanjangan, bukannya tindakan yang hanya memakan masa seminit, sejam, sehari mahupun setahun. Oleh itu, wajarkah kita meletakkan segulung ijazah sebagai tanda akhir kita sudah tamat belajar. Menyorot senario yang telah berlaku, timbul gejala bunuh diri di kalangan pelajar disebabkan tidak berjaya memperoleh target peperiksaan.


Meninjau situasi di Jepun, sebanyak 242 kes pelajar bunuh diri telah dicatatkan sepanjang 2006. Bibit-bibit senario ini mula keliahatan di Malaysia. Pada 19 November 2007, akhbar melaporkan seorang pelajar Tahun Enam ditemui mati tergantung dengan sehelai selimut dalam bilik di rumahnya di Pulau Pinang. Murid itu dikatakan kecewa dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Md Zain, berkata kes seperti ini berpunca daripada tekanan keterlaluan. Terdapat juga kes malang seumpama ini melibatkan golongan mahasiswa.


Belajar untuk memandu, bukan dipandu


Salah satu sebab kenapa ramai dikalangan kita tidak peka atau bersifat 'pekak' terhadap keadaan sekeliling semasa belajar dan terutamanya apabila menjelang musim exam ialah timbul rasa terikat dengan pelajaran. Apabila diminta untuk berkorban masa dan tenaga ke arah dakwah, persatuan dan sekecil-kecil urusan rumah , timbullah pelbagai alasan.

" Sorry, luse aku exam. Ko cari orang lain jela ye.".

"Maaflah, ana nak tumpu study, usrah lain kali ana join. "


Sememangnya tidak salah untuk menumpukan perhatian terhadap study, namun kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab yang terpikul dalam setiap insan yang bergelar hamba Allah. Sewajarnya, kita bersifat sebagai pemandu, memandu cara kita belajar dengan merancang dan menggunakan masa dengan sebaiknya, bukannya sebaliknya..


-salam imtihan buat semua. :)





Sunday, May 18, 2008

Toleh Kanan, Toleh Kiri..



" Nak buat macam mana, dunia sudah berubah...". jawapan ringkas seandainya ditanya kenapa kelakuan manusia kini semakin pelik dan stereotaip.

Mari kita toleh ke kanan dan kiri, semua kelihatan sama. Sama pattern...
Sama pattern dalam banyak aspek. Hiburan, hidup bersosial, semuanya sama pattern.. dan yang paling menyedihkan adalah dari sudut SIKAP.

"Salahkah jika wujud persamaan?? " timbul persoalan di benak pemikiran sesetengah individu terutamanya yang suka menjadi pengikut dan penurut.
Hakikatnya, tidak salah apabila wujudnya persamaan seandainya persamaan yang terbentuk adalah positif. Positif?? Saya yakin tidak perlu diulas apa itu positif..

Namun, kita perlu menelan hakikat pahit ( ramai yang masih menganggapnya manis ) bahawa realiti sekarang, ramai dalam kalangan kita gemar dan ketagih untuk mengikut arus, sama ada tahu ke mana halatuju arus tersebut atau tidak. Kenapa ramai orang yang celik bersifat membuta tuli dalam mengikut sedangkan orang buta akan bertanya arah dan berusaha mencari laluan yang benar walaupun dalam keadaan gelap gelita. Malangnya, senario kini menyaksikan terdapat orang sengaja menghumbankan diri dalam lembah kebinasaan. Nampak jalan tetapi tidak nampak tujuan. Buta!!!..buta hati.

Saya tidak berminat untuk mengaitkan senario ini dengan situasi negara dan masyarakat sedunia mahupun di Malaysia, bukan bermakna ia tidak perlukan difikirkan. Namun adalah lebih berfokus seandainya kita merenung sejenak kehidupan di sekeliling kita selaku mahasiswa. Kita renung diri dan sekililing kondusi, moga kita menemui resolusi dan bukannya ilusi.

Sesungguhnya,kewujudan SIKAP negatif yang dikhuatiri menjadi sel kanser dalam kelompok masyarakat mahasiswa amat membimbangkan. Ramai yang mudah mengikut dan tidak kurang juga yang terikut-ikut akan arus budaya negatif yang sentiasa mengalir untuk menghanyutkan manusia dari landasan kebenaran dan kejayaan. Gejala ponteng kuliah, pembaziran wang biasiswa, hiburan yang keterlaluan yang menjurus kapada hedonisme, bersifat ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, dan bermacam-macam lagi budaya negatif telah menjadi 'tautan' dan pattern dalam kalangan masyarakat mahasiswa kita.

Begitu ramai yang mengikuti perkembangan hiburan yang mengasyikkan, namun ramaikah yang mengikuti perkembangan penderitaan rakyat Palestin sebermulanya peristiwa An-Nakbah 60 tahun yang lalu (15 Mei 1948-15 Mei 2008) .
Begitu ramai yang mudah mengikut kawan apabila diajak untuk menonton movie secara marathon, namun berat sekali apabila diajak menghadiri kelas tafaquh dan tazkirah.

" Ke mana aku sebenarnya???? " tanya diri anda segera...




Wednesday, May 14, 2008

Berfikir Sejenak..

Mahasiswa usia 19 tahun jadi Datuk Bandar Muskogee
- AP

MUSKOGEE, Oklahoma 14 Mei - Seorang mahasiswa berusia 19 tahun dipilih sebagai Datuk Bandar Muskogee, sebuah bandar kecil di timur laut negeri ini yang mempunyai penduduk seramai 38,000 orang.

John Tayler Hammons menerima 57 peratus undi menewaskan bekas Datuk Bandar, Hershel Ray McBride, kata Setiausaha Lembaga Pilihan Raya Perbandaran Muskogee, Bill Bull.
"Ini merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup saya apabila orang ramai memberi kepercayaan tinggi kepada saya," kata Hammons yang sedang mengikuti pengajian tahun pertama di universiti di Norman.

Dua calon itu bertarung pada pilihan raya tersebut bagi merebut jawatan bukan politik, dengan pusingan pertama menyaksikan tidak ada seorangpun berjaya memperolehi 50 peratus undi dalam pertandingan enam penjuru pada 1 April lalu.

Hammons yang akan mengangkat sumpah jawatan minggu depan berkata, beliau merancang untuk meneruskan pengajiannya dan bercadang untuk berpindah ke kolej yang berdekatan dengan Muskogee.

Hammons yang akan mengetuai sembilan anggota majlis perbandaran itu berjanji akan membentuk sebuah kerajaan yang telus dan terbuka dan akan memastikan penduduk mendapat maklumat tentang semua aktiviti dan operasi yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran itu.

Tuesday, May 13, 2008

Tentang Pena Ini..


Assalamualaikum.

"Erti hidup pada memberi, biar pun hanya secawan kopi." Saya tertarik dengan kata-kata Ustaz Hasrizal, penulis Saifulislam.com.

Catatan kali ini sekadar ingin berkongsi kenapa saya menulis di blog ini.

Alhamdulillah, sudah dua bulan saya menulis dan belajar macam mana untuk menggunakan ruang blog Dari Mata Pena.. Ke Aspirasi Mahasiswa ini sebaik mungkin.Masih banyak yang perlu dipelajari. Kenapa menamakan blog ini sedemikian rupa?? Saya akan jelaskan sebentar lagi. Teruskan membaca andai mahu mengetahui..

Sekadar ingin berkongsi, saya merupakan seorang yang suka mengeluarkan pendapat melalui pidato dan debat. Penglibatan saya dalam perdebatan dan pertandingan pidato banyak memberi ruang dan peluang untuk saya membina keyakinan bagi melontarkan pendapat dan berucap di hadapan orang ramai. Namun saya sedar, kebolehan dan kemampuan berucap tidak mencukupi seandainya diri ini umpama tin kosong,bunyinya kuat tetapi tidak memberi apa-apa erti. Banyak yang masih perlu dipelajari. Namun kekurangan itu tidak menghalang untuk memberi.

Kenapa memilih menulis di blog?

Adakah kerana blog semakin popular selepas pilihan raya yang ke-12 sehinggakan diwujudkan slot khas bersama blogger di RTM?

Adakah kerana blog mudah popular apabila diselitkan dengan isu-isu panas yang menyentuh sensitiviti sesetengah pihak?

Mungkin persoalan di atas merupakan antara sebab yang mendorong seseorang menulis di blog.

Saya memilih menulis blog kerana Ruang dan Peluang. Di mana ada ruang di situ wujudnya peluang. Jika sudah mampu, mahu jadi penentu. Sebagaimana yang kita tahu, penulisan juga salah satu cabang dari dakwah. Dakwah untuk mengajak manusia kembali kepada Tuhan.


Firman Allah yang bermaksud:

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah."
( Ali 'Imraan : 110)


Kenapa Dari Mata Pena..Ke Aspirasi Mahasiswa?

Dari Mata Pena.. = wadah penulisan saya
Ke Aspirasi Mahasiswa.. = cita-cita dan matlamat semasa bergelar penuntut ilmu

Setiap apa yang kita lakukan perlu ada matlamat. Jika anda seorang pelari , matlamat anda adalah untuk menuju ke garisan penamat. Anda akan terus berlari di trek dan tidak akan menyimpang ke kanan dan ke kiri. Begitu juga dengan penulisan, perlu ada matlamat kenapa menulis dan ke mana arah tujuan penulisan tersebut. Moga penulisan itu mampu memberi erti pada diri dalam menuju aspirasi.


Saya rasa cukup sekadar ini perkongsian dari insan yang baru menceburi dunia blog. Mohon tunjuk ajar dan teguran dari teman-teman. Sama-sama saling memberi dan berkongsi, moga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang tidak rugi.



-Pena ini hanya mengukir, moga kita berfikir

Sunday, May 11, 2008

Aku..andai..

Sekadar renungan..

Aku tidak mampu membuka kunci..
andai tangan masih bergari..

Aku tidak nampak realiti..
andai aku masih bermimpi...

Aku tidak akan sampai ke puncak..
andai aku selalu katakan tak nak...

Aku tidak mampu difahami..
andai aku tidak mahu memahami...

Aku tidak mampu merasa..
andai aku tidak mencuba...

Aku tidak paham maksud bait-bait ini..
andai aku membaca dengan pemikiran yang terhenti.....









Thursday, May 8, 2008

Menuju Puncak




Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sedar atau tidak kita telah memasuki bulan Mei 2008, semester kedua bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi sesudah berakhirnya final exam yang bakal menjelma dua minggu lagi. Masa terus berlalu dan tidak akan kembali, tetapi mahukah kita terus menjadi kaku dan lesu ibarat denyutan nadi telah terhenti??

Kali ini saya ingin menulis tentang perkara yang kita sering lalui dalam sehari-hari, sekadar untuk peringatan buat diri dan anda semua.




Saya pasti anda mengetahui apakah nama menara tersebut. Menara Kuala Lumpur yang terletak 515 meter dari aras laut dan berketinggian 421 meter merupakan salah satu mercu tanda kemajuan lahiriah bandaraya Kuala Lumpur.

Kali ini, saya tidak berhasrat menceritakan tentang menara ini, tetapi menara ini cuma menjadi gambaran tentang topik kali ini, Ketinggian Dan Pandangan.

Dua situasi berbeza :

1. Kita berada di bahagian bawah menara :
ketinggian = 94 meter dari aras laut
Kapasiti pandangan : Terhad - sekitar kawasan bawah menara dan Bukit Nanas

2. Kita berada di puncak menara tersebut :
ketinggian = 515 meter dari ars laut
Kapasiti pandangan : Luas : Sekitar bandaraya Kuala Lumpur

Apakah kaitan dengan situasi kita selaku mahasiswa??

1. Ketinggian kedudukan kita boleh diterjemah sebagai ilmu dan pengalaman.

2. Pandangan kita boleh diertikan sebagai bagaimana kita menilai dan memahami sesuatu sesuatu perkara.

Sedar atau tidak , banyak perkara gagal untuk kita fahami kerana kegagalan kita bermula seawal kita memilih untuk berada di bawah dan malas berusaha untuk menaiki ke puncak. Ramai yang rasa selesa berada di bawah, kerana merasakan untuk naik ke puncak memerlukan tenaga dan masa. Walhal mereka tidak cuba mencari ruang dan peluang yang tersedia bagaimana untuk sampai ke atas dengan mudah dan menjimatkan masa. Bukankah lif sudah tersedia?

Kita terjemahkan dalam kehidupan kita, ramai di kalangan manusia gagal memahami sesuatu perkara disebabkan mereka tidak berilmu dan berpengalaman. Sedangkan peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman terbentang luas di depan mata. Kebanyakan mereka ada kemampuan tetapi yang menjadi penentu adalah kemahuan.

TETAPI..

Sekiranya kita telah berada di puncak, kita mampu melihat pemandangan yang luas dan indah di sekitar kota raya Kuala Lumpur. Namun tidak bermakna kita mampu menilai dan membuat analisa di sebalik pandangan tersebut. Bagaimanakah corak kehidupan warga kota, kadar jenayah, keruntuhan ahlak dalam kalangan remaja dan lain-lain lagi.

Ilmu sahaja tidak mencukupi untuk memahami sesuatu perkara. Pegangan aqidah dan agama yang kukuh amat penting dalam menjadi necara penilaian dan perlaksanaan kita.

Orang yang bersungguh-sungguh dengan pegangan agamanya, semakin bertambah ilmunya semakin ingat akan Penciptanya.
Orang yang lalai dengan pegangan agamanya, semakin bertambah ilmunya semakin lupa dari Penciptanya.

Sama-sama menuju puncak...

Saturday, May 3, 2008

Tag??

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, KARISMA ( Karnival Sukan, Akademik dan Budaya 2008) di Irbid baru sahaja melabuhkan tirainya. Moga tautan hati bisa dijalin walau kita telah bersaing dalam usaha merebut menjadi yang terbaik. Kilauan emas tidak membawa apa-apa erti seandainya ukhuwah diletakkan di tepi.


Minggu lepas saya telah diberi tag oleh seorang sahabat, " mahu tahu apa fikiran mahasiswa kita nih ", itu katanya. Setiap orang punya rasa dan kemahuan berbeza, mungkin anda punya jawapan sendiri.

Soalan Pertama :

+ Name 4 things that need to be invented +
Need bererti perlu. Maka kita perlu melihat kepada keperluan untuk mencipta sesuatu.


1. Saya mahu mencipta satu formula bagaimana nak menghasilkan penulisan yang menarik yang mampu memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Kenapa? Kerana masyarakat sekarang tidak gemar membaca bahan ilmiah, ramai yang cenderung kepada bahan bacaan hiburan yang penuh dengan cerita artis, gosip yang tidak membangunkan minda. Mungkin sudah ada penulis yang sudah memiliki formula tersebut, tetapi jika semua dikalangan kita mencipta formula dan mengaplikasikan dalam penulisan kita, bukankan itu lebih baik dan mampu merubah fenomena membaca yang membuang masa.


2. Saya mahu mencipta sebuah sistem pengajian universiti yang memiliki sistem pendidikan yang seimbang dari semua aspek. Kenapa? Senario sekarang menyaksikan gejala keruntuhan moral berlaku dikalangan pelajar IPT yang mempunyai daya intelek yang tinggi tinggi, tetapi ketandusan rohani. Mungkin kerana disogok dengan ilmu tetapi tidak diberi panduan bagaimana cara menggunakan ilmu tersebut.


3. Saya mahu mencipta kamus elektronik yang memuatkan semua bahasa di dunia termasuk bahasa isyarat . Bahasa mampu menghubung sesama manusia , mampu memahami bangsa lain. Sebelum minta difahami, mari cuba untuk memahami. ( sekarang dalam usaha memperbaiki bahasa ammiyah Jordan )

4. Saya mahu mencipta kejayaan dalam hidup di dunia dan akhirat. Mencipta kejayaan bukan satu perkara mudah. Kejayaan bukan bererti kesenangan dan kemewahan. Ramai yang menganggap mereka telah berjaya apabila bergelar doktor, engineer dan hartawan. Namun hakikatnya,kejayaan adalah apabila memperolehi keredhaan Tuhan.


Sebanyak manapun kita merancang untuk mencipta, kita hanya berusaha, Allah yang menentukan, kerana Dia yang Maha Pencipta.



Soalan Kedua:

+ Name 4 things that should never have been invented +



Bila kita mengatakan tentang perkara atau alat yang tidak sepatutnya dicipta, kita jangan memandang dari satu sudut iaitu memandangkan keburukan alat atau perkara tersebut semata-mata, tetapi yang lebih penting kita perlu memandang dan menilai tujuan dan cara penggunaan perkara yang dicipta.


1. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata sehingga menutup ruang dan peluang pemikiran mahasiswa untuk maju dan berkembang.

2. Mencipta hiburan dalam pelbagai bentuk yang tidak membawa mesej positif malah melalaikan manusia dari melaksanakan pelbagai tanggungjawab.


3. Mencipta rekod dunia yang tidak membawa apa-apa manfaat kepada sesiapa . Rekod yang dicipta bertujuan mencari publisiti dan wang adalah sia-sia.

4. Mencipta atau mereka berita palsu ( fitnah ) untuk tujuan menjatuhkan orang lain dan mencapai kemenangan.



Soalan Ketiga :

+ Name 3 things I do not know about you +


1. Sesiapa termasuk saya tidak tahu bilakah nyawa akan bercerai dari tubuh ini melainkan Dia.

2. Apakah yang bakal berlaku pada saya hari esok?

3. Apa yang sedang saya fikirkan sekarang?



Pengetahuan manusia terbatas, sesungguhnya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui dan luas pengetahuannya.

Soalan terakhir :


+ Name 5 snacks you enjoy +


Lays, Alaska, Aiskrim Eisberg,Potato Chips dan biskut Dance.


Snack?? Makanan ringan..berkhasiat ke? Bukankan terdapat snacks yang mengandungi bahan pengawet dan perwarna tiruan, terdapat juga mengandungi gizi yang tidak seimbang.
Nasihat kepada diri sendiri, cuba kurangkan makanan ringan.




Alhamdulillah, selesai tugas ini, mungkin anda boleh bertanya soalan tadi kepada diri anda sendiri, sekadar menggerakkan akal untuk berfikir agar tidak kaku dibawa arus yang tidak bertepi..