Saturday, March 29, 2008

Ruang dan Peluang..Mahukah Kita Buang dan Terbuang???

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, anda memiliki ruang dan peluang untuk membaca nukilan saya kali ini.

Kali ini..mari kita buka ruang minda kita selaku mahasiswa agar minda ini berpeluang berfikir lebih jauh. Kita berfikir sejenak tentang ruang dan peluang.

Setuju atau tidak,ruang datang dulu sebelum peluang?
Contoh mudah, anda terperangkap dalam sebuah gua. Puas anda mencari, akhirnya anda temui sebuah lubang ( ruang ) untuk keluar dari gua itu ( peluang ). Senyum kepuasan pasti terukir..tapi tiba2 gegaran berlaku,lubang itu terkambus. Adakah anda memiliki peluang untuk keluar pada saat itu?

Sekarang mari kita sukarela mnjadi contoh dalam nukilan ini.

-Apa ruang yang ada di sekeliling aku???
-Adakah ruang itu memberi peluang kepada aku???
-Adakah aku mengambil peluang daripada ruang itu???
-Mahukah aku ' terbuang ' kerana membuang ruang dan peluang???

Dah dapat jawapan dari diri anda sendiri. Jika masih kabur...mari kita mggunakan ruang blogg ini untuk mmberi ruang kepada diri ini memahaminya.

-Contoh:

-Anda seorang mahasiswa. Ruang yg ada disekeliling anda cukup2 bnyk..masa khusus untuk mnuntut ilmu, kewangan biasiswa atau tanggungan ibu bapa, kondusi blajar yg selesa, didampingi ramai teman dan lain2 lagi.

-Ruang tersebut memberi peluang kepada anda untuk menuntut ilmu agama, mencari pengalaman, membina kendiri dan personaliti, mengasah bakat, menghubung jalinan ukhuwah, berpersatuan dan bermacam2 lagi selain menelaah buku pelajaran.

-Persoalan, adakah anda mengambil peluang dari ruang atau menutup ruang lantas membuang peluang??

-Jika ada membuang peluang itu, mahukah ada menjadi ' terbuang ' kerana mensia-siakan peluang.

Allah jualah pemilik segala ruang dan pemberi segala peluang.
Moga kita tak sia-siakan peluang semasa menjadi mahasiswa. InsyaAllah.

Thursday, March 27, 2008

RM 0.20 atau RM 2 juta..apa pilihan anda?

Assalamualaikum.

Apa kabo ( loghat muo ) mahasiswa semua? Bagaimana hari2 yg anda lalui?? Ada perubahan di sekeliling..?? Ada perubahan dlm diri anda??


Jom menilai diri seketika...( ramai di kalangn kita suke mnilai org lain, malangnya diri sendiri dirasakan sudah smpurna)

Mana satu hasil penilaian kita ? (sekadar contoh )

1) Duit aku makin bkurang..berat makin naik ...exam makin dekat... rambut makin pnjg...kerja makin bertimbun......hati makin lalai dari-Nya

2) Duit dalam simpanan makin bertambah...berat bdn berlebihan dah kurg... persedian exam makin mantap... rambut ku telah tersisir kemas...tugasan telah ku sempurnakan....hatiku terasa smakin dkt dgn Pencipta

Byk lg aspek yg boleh dinilai..( sebanyak aspek yg anda selalu menilai org lain )

Jom berfikir sejenak!!!!

Kita berbicara soal NILAI seketika..

RM0.20 dan RM 2 juta...mane yg lebih bernilai????
Mesti ramai yg cakap RM 2 juta lg bernilai..setuju tak???

Sebenarnya..
Nilai bukan diukur dengan kuantiti..tapi kualiti..
Kita ambil contoh tadi, seorg hartawan yg mnggunakan RM 2 juta untuk membina rumah mewah untuk bermegah2 dan seorg miskin mnyumbgkan RM 0.20 untuk mmbina masjid. Mana yg lebih bernilai..????

Sebaliknya..jika hartawan itu mnyumbg RM 2 juta untuk mmbina masjid, itu adalah lebih bernilai.. tak perlu dibandingkan dengan si miskin..dia memg tak mampu nak mnyumbg sbnyak itu, cukup sekadar kemampuan. Sesungguhnya, Allah yg berhak mnilai amal mereka.

Begitulah diri kita..ukuran nilai diri kita bukan berdasarkan pandangan mata kasar yg didorong nafsu..tapi nilailah diri kita mgikut neraca agama Allah.

-Dari Mata Pena.. Ke Aspirasi Mahasiswa

Tuesday, March 25, 2008

Dulu...Kini..ubah atau statik?

Assalamualaikum..

Banyak telah berubah..

Di Jordan...

-Dahulu, baju sume tebal2,menggigil, kini keringat peluh mula kelihatan ...dan terbaru..suhu turun kembali
-Dahulu harga brg di jordan mahal ...skrg brtambah mahal ..gas naik...sume naik..biasiswa blum naik
-Dahulu subuh pukul 5 lebey, sekarang 4 suku

Di Malaysia..

- Dahulu ade 1 kerajaan negeri pembgkang..sekarang dah 5
- Dahulu kes culik kanak2 kurang..sekarang mnjadi2..
- Dahulu ulama' dihormati..kini pemergian artis lebih ditangisi

Di Dunia...

- Dahulu rakyat Palestin memiliki tanah..kini menjadi perlarian tanah sendiri
- Dahulu musuh menentang Islam dengan mengangkat senjata...kini idealogi dan teknologi senjata mereka


Perubahan yg sy nyatakan hanya sebagai contoh..hakikatnya banyak lg perubahan yg telah berlaku di seantero dunia. Byk perubahan yg berlaku di sekeliling kita..baik positif ataupun negatif.

Mari muhasabah diri..sejauh manakah kita peka akan perubahan itu??
Mari ukur diri...adakah kita bersedia untuk mghadapi perubahan itu??
Mari soal diri...mahukah kita berubah dan mnjadi pengubah??

Sedar atau tidak, ramai di kalangan kita yg masih berada di takuk yg lama...malas untuk berubah..berubah untuk kebaikan diri pun ada yg malas..apatah lg nak ubah kondusi masyarakat sekelilingnya..

Perubahan sikap adalah penting sebelum mgubah perkara lain..
Contoh yg mudah..kalau seseorg biliknya kotor..kalau dikemas dan dibersihkan..akan kotor smula..coz sikap malas dan pengotor tidak diubah. Ini tak bermakna bilik tak perlu dikemas, kerana usaha tersebut sbagai tarbiyah dalam mgubah sikapnya.

Contoh lain..kalau melihat byk masalah dan jenayah yg berlaku dalam masyarakat setempat.. ubatnya bukan skadar mmbuat undg2 dan mnangkap pnjenayah..tapi yg penting mengisi jiwa2 masyarakat dengan tarbiyah ruhaniyah.

Firman Allah yg bermaksud:

11. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. ( Ar-Ra'd : 11 )

Sama kita berusaha agar hari ini lebih baik dari smlm dan hari esok lebih baik dari hari ini. InsyaAllah.

Sunday, March 23, 2008

Bersuara Atau Membisu..Apa Pilihanmu??

"Gelap!!!! .... Bekalan elektrik di sekitar syari3 jamiah, irbid terputus. Suasana malam yg sepi berubah sekelip mata. Org2 Arab di sini mula bersuara, pelbagai bunyi kedengran, tepukan dan sorakan seolah-seolah meminta hak elektrik mereka dikembalikan segera. Dari tingkap rumahku, kelihatan seorang pmuda arab menaiki bumbung bngunan hadapan sambil 'bersuara'. Tidak sampai 5 minit kmudian, hak mereka dikembalikan, arus elektrik terus mngalir, keadaan pulih sediakala, bagi mereka yg sdg study, peluang diguna sbaiknya...bagi yg terleka di alam maya..moga tidak terleka selamanya."

Ini kisah picisan yg teramat kecil dari kisah-kisah hak dan suara pjuangan di seluruh dunia. Bukan hendak menyalahkan sesiapa..cuma mari muhasabah diri bersama. Kenapa bila kesusahan sedikit yg menimpa diri kita,kita lantang bersuara..tak tahan mnanggung susah.

TAPI..bila kesusahan menimpa org lain, kita membisu..membatu. Walhal kesusahan itu dialami saudara seaqidah Islam kita. Keperitan rakyat Palestin yg menjadi perlarian biarpun di tanah sendiri tak diambil berat kita. Tiap hari darah mjadi pnyubur tanah disana, linangan air mata dan esakan anak kecil mjadi peneman hari-hari mereka.

Banyak lg pencabulan hak ummat Islam berlaku di seluruh dunia. Masalah ini bukan dibatasi oleh negara dan bangsa, tapi perlu dikongsi atas dasar seaqidah.

Namun kita disini, diberi nikmat pancaindera dan hati , tapi masih ada yg gagal merasa dan bkongsi keperitan mereka. Hiburan diutama..internet disalahguna. Membisu...malah ada yg mnutup telinga.

'Bersuara' bukan bererti menjerit hingga hilang suara. Ada yg bg alasan, apa bole aku buat?? 'Bersuara' boleh diterjemah sebagai menzahirkan suara hati untuk membela agama dalam pelbagai cara..penulisan, pecakapan, perbuatan dan pelbagai cara lagi. Menjadi mahasiswa yg mengutamakan hak Allah dan peka kpd masalah ummat juga adalh cara untuk kiata bersuara.
Ruang dan peluang telah tersedia. Setelah bersuara..tindakan perlu mnyusul pula. Kita mulakan dengan waqi3 setempat kita, tarbiyah diri perlu ditingkatkan dan mgajak sahabat2 ke arah perjuangan.

Firman Allah yg bermaksud:

2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? 3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. ( As-Saff: 2,3 )

Moga kita mampu 'bersuara' dan menjadi pelaksana..bukan pembisu dan tidak peka. InsyaAllah.


CINTA

Antara 2 Cinta

Apa Yang Ada Jarang Disyukuri
Apa Yang Tiada Sering Dirisaukan
Nikmat Yang Dikecap Barukan Terasa
Bila Hilang Di Dalam Genggaman
Apa Yang Diburu Timbul Rasa Jemu
Bila Sudah Di Dalam Genggaman

Dunia Ibarat Air LautDiminum
Hanya Menambah Haus
Nafsu Bagaikan Fatamorgana
Indah Di Mata Namun Tiada
Panas Yang Membahang Disangka Air
Dunia Dan Nafsu
Bagai Bayang-Bayang
Dilihat Ada Ditangkap Hilang

Tuhan
Leraikanlah Dunia
Yang Mendiam Di Dalam Hatiku
Kerana Di Situ Tidak Ku Mampu
Mengumpul Dua Cinta
Hanya CintaMuKu Harap Tumbuh
Dibajai Bangkai Nafsu Yang Kubunuh

-Raihan



- Assalamualaikum..

Semakin meniti hari..semakin ramai di kalangan manusia ketandusan dan kesesatan dalam cinta. Ingin dikasihi, dan ingin mengasihi ...itulah yg mnjadi hadaf ramai mahasiswa skrg. Yg dah bekerja pula, jatuh cinta pada harta, sanggup buat-buat apa2 untuk mengejar harta, kemewahan adalah segalanya..akhirnya hukum agama tak dipandang walau sebelah mata. Yg paling sedih, terdapat pemimpin yg jatuh cinta pada nama,pangkat, kuasa..akhirnya nafsu mnjadi raja..dalam memandu pentadbiran negara. Kenapa semua ini terjadi???

Puncanya kerana tidak mencintai Tuhan pemilik segala cinta.

Jika manusia cinta akan seseorg, dia tak sanggup lukakan perasaan buah hatinya. Asyik teringat setiap masa. Sebaliknya, kalau benci kat seseorang, dia akan mngutuk, ingkar pada arahan adan kalau boleh nak lupakan terus org yang dibenci.

Persoalan 1 : Seandainya kita lupa pada Allah, alpa dalam mlksanakan perintah-Nya, adakah kita mencintainya-Nya, adakah kita layak dicintainya?

Persoalan ke- 2 : Seandainya kita ingkar pada arahan Allah, sering mlupakan Allah..mahukah kita dimurkai-Nya??

Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. ( As-Shaff: 4 )

Oleh itu, ayuh kita rebut cinta Allah, sama2 mengikat tali ukhuwah atas dasar aqidah . Jangan terperangkap antara dua cinta! Pilihlah cinta-Nya.

Di sini aku bermula.....

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. putaran masa yg silih berganti, nadi terus berdenyut tanda kasih-Nya kepada insan yg lemah ini. Akhirnya kesempatan diperolehi untuk menulis di blog ini. Ruang dan peluang tak boleh dipisahkan , kerana kewujudan ruang memberi peluang ..dengan keizinan Allah yg menguasai ruang dan memberi peluang, izinkan pengemis ilmu ini berkongsi pandangan dan ilmu agar kita punya halatuju. Dulu diri ini asyik berbicara, kadang2 sia-sia, moga nukilan pena kini membawa manfaat bersama. Teguran teman kudambakan dlm mgharungi hari-hari mendatang.

-Dari Mata Pena Ke Aspirasi Mahasiswa