Friday, April 18, 2008

Tidur...Zzzzzzzz


Assalamualaikum.
Alhamdulillah..kita masih bisa berbual..walau tanpa suara.. Mari jadikan pembacaan anda dua hala..bukan sekadar membaca..tapi menjawab dan berfikir seketika..moga otak anda tidak tidur..sedangkan anda dalam keadaan jaga.

Kali ni, suka saya berkongsi tentang TIDUR...... Tiap2 hari kita tidur..tidur..bangun..tidur..bangun...tidur.................................
Dari sudut phisiology..tidur terbahagi kepada dua:

1. Slow-wave sleep (SWS)- 80% waktu tidur orang dewasa. Senang untuk dikejutkan. Penting untuk memperbaharui proses biochemical dan phisiology.
2. Rapid eye movement sleep ( REM )- 20% waktu tidur orang dewasa. Mimpi berlaku pada waktu ini. Penting dalam proses pelarasan struktur dan chemical yg diperlukan proses belajar dan ingatan.

Kini kita singkap dari sudut senario tidur dalam jaga...

Sedar atau tidak, ramai di kalangan kita yg boleh dikategorikan tidur..walaupun fizikalnya sedar.
Kerana wujud beberapa persamaan diantara si jaga dan si tidur..


- orang yg sedang tidur tidak sedar dan ambil tahu keadaan sekeliling, namun lebih teruk..ada orang yg tidak tidur tetapi tidak peka dan bersifat individualistik

-orang yang sedang tidur kadang2 mengalami mimpi tanpa diundang, namun lebih teruk..ada orang yg tidak tidur asyik mencipta mimpi-mimpi indah dan panjang angan-angannya..

-orang sedang tidur tidak membuat apa-apa kerja atau tugasan,namun lebih teruk..ada orang yang tidak tidur tidak mahu membuat kerja malah lari dari tanggungjawab

-orang yang sedang tidur senang untuk disedarkan apabila dalam keadaan slow-wave sleep ( SWS )..namun yang lebih teruk ..ada orang yang tidak tidur sukar untuk disedarkan apabila dia melakukan kesilapan hatta sedang ditimpa kesusahan.

Jom kita nilai diri kita..kita sedang berjaga atau boleh digelar si tidur sebenarnya...??????
Tepuk dada, tanya minda.. jika minda tidak berbicara..mungkin anda masih tidur agaknya.


-sekadar cetusan pendapat dari insan yang berusaha tidak tidur di waktu jaga.

1 comment:

Hanan_Mahmood said...

like this entry.

di dalam jaga ku termimpi-mimpi.

mmng rmai yg sdang brmimpi dlm jaga.

brangan physio nk markah tinggi, tp x bertindak utk stdy. (peringatan utk diriku sndri)

slm imtihan.