Monday, August 18, 2008

Setahun berlalu..Menuju Halatuju


Alhamdulillah.. hampir genap setahun saya meniti sebuah perjalanan kehidupan di bumi Jordan, yang tidak pernah dibayangkan dalam kamus hidup saya tatkala meniti alam persekolahan. Namun, inilah bumi yang akan saya pijak untuk terus meniti alam ilmu kedoktoran.

Peguam, engineer..itulah antara pilihan hati untuk membawa diri meniti usia sebelum bertemu Tuhan. Namun, Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya-Nya. Jordan University of Science dan Technology, universiti yang kini bertapak di hati. Setahun sudah berlalu.

Hijrah

31 ogos 2007, tanggal yang cukup bermakna apabila saya dan rakan-rakan berlepas dari KLIA menuju ke Amman dengan menaiki charter flight, sejarah baru buat kami. Saya teringat lagi bahang kehangatan yang dirasai tatkala menjejakkan kaki di lapangan terbang Jordan. Di sambut oleh senior-senior yang banyak membantu sepanjang keberadaaan di sini. Hidup di dalam ruang lingkup PERMAI yang banyak mengajar erti hidup bermasyarakat. Terima kasih khusus buat semua senior.

Halatuju

Aku bakal bergelar doktor! Hati saya berbicara tatkala melewati pintu gerbang JUST. Fatrah semester pertama membawa seribu kenangan kerana proses asimilasi budaya berlaku tatkala ini. Budaya masyarakat Arab di sini banyak berbeza ditambah dengan bahasa ammiyah yang tidak dapat tidak perlu dikuasai bagi penuntut ilmu sini. Teringat saya apabila mendapat seorang kawan baru, pelajar Arab Jordan. Pada mulanya, saya cuba berbahasa Arab ammiyah dengannya, namun dia lebih cenderung berbahasa Inggeris. Sedar. Penguasaan bahasa saya lemah. Perlu ditingkatkan.

Mengenali gerak kerja persatuan

Saya akui saya seorang yang banyak berbicara. Zaman sekolah saya dipenuhi dengan kenangan di atas pentas, pidato dan debat satu perkara yang sukar dipisahkan dalam hidup ini hatta telah berada di sini. Alhamdulillah, di sini saya berpeluang menceburi gerak kerja persatuan. Teringat saya sewaktu pertama kali menjadi pengerusi majlis secara formal di sini, saya jadi gemuruh dan kelam kabut walaupun saya sudah biasa berbicara secara secara spontan . Tersasul. Setelah dikaji, saya lemah dalam aspek formaliti. Perlu dibaiki. Kini saya diamanahkan menjadi pimpinan PERMAI, saya merasai gerak kerja sebuah persatuan yang menguruskan sejumlah besar pelajar Malaysia di bumi Jordan. Diri kerdil ini cuba melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

Pulang..datang

InsyaAllah.dua hari lagi saya akan pulang ke pangkuan keluarga selama sebulan. Rutin? Ada yang menjadikannya sebagai rutin tahunan.Pada saya ianya tidak salah seandainya masa keberadaan di Malaysia digunakan sebaik mungkin. 26 ogos ini, warga PERMAI bakal menerima kehadiran ahli keluarga yang baru. Moga kualiti ahli mampu ditingkatkan selaras dengan peningkatan kuantiti. Moga sama-sama kita menghidupkan Ramadhan yang bakal tiba walau kita berada di mana jua.


-sekadar berkongsi sedikit catatan perjalanan di sini..

2 comments:

dan said...

hai adikku yang satu ni..memang petah berbicara. Dari apa yang ditulis pun dah tahu. Bagus2.

Oh, dua hari lagi? Kiranya hari Rabu ke? Tak sabar le tu..

Moga berjaya dalam semua yang diceburi! berlatih cakap banyak2..biar sampai orang ingat ko ni gila..biarkan apa diorang kata!!!!!!!!!

haha..merepek je..

c's said...

huhu.. adik x rpe adik la Dan.. matang dari yang lebih tua, naik segan kita dibuatnya..

act betullah, dh biasa buat spontan, dgn format bahas biasa tuh, susah plak ble ada draft text formal. act pnh jd MC utk mjls formal kat mesir, ada tersashul plak.. gemuruh plak datang bkn men.. aisehh.. isk..isk..

btw, keep on da path taken.. bittaufiq in undertakings.. n welcome back to msia..