Sunday, May 23, 2010

Dewasa

Baru habis satu novel yang dipinjam dari 'Amani ', memang teruja. Ringkas, sempoi dan bermakna.
Menitip pesan hidup secara senyap dan bersahaja.
Mengisah akar cinta pasca nikah.

Saya petik satu kata-kata ' Semua orang belajar, semua orang membesar, tapi tak semua menjadi dewasa. '
Ayat ini agak signifikan buat diri saya di saat ini, menembak tepat ke kepala untuk memikir-memikir sejauh manakah manusia 20-an ini sudah menjadi dewasa. Dewasakah manusia-manusia di sekitar pusingan hidup di sini?
Semalam, saya berbincang dengan seorang kawan, persoalan ini turut dia timbulkan.
Makin menembak kepala!

Apa kayu ukur dewasa?
Sudah nampak tua dimamah usia?
Atau banyak ilmu dan pengalaman di dada?
Badan sudah meninggi, kumis dan jambang mula memenuhi muka?

Dewasakah kita?
Bersediakan kita untuk menjadi dewasa?

..........................

~ 2 Jun, examku bermula. doakan ya ! :)
~ adik2ku akan berkhatan 5 jun ini, sudah dewasakah mereka?? ;)

6 comments:

OyOp said...

ok...exam aku start 5hb....waaa!!! byk sgt name ubat kene hafal nie

dan said...

dewasa bersifat relatif. bermakna, kayu ukur dewasa ditentukan oleh seseorang individu. kalau aku, aku bandingkan diri aku dengan orang yang boleh berfikiran jauh, boleh buang persepsi dan preconceived ideas and feelings, yang berfikir terbuka, dan boleh aplikasi ilmu dalam hidup dengan berkesan..emm banyaknya tapi aku tak kecukupan benda2 tu, yang bagi aku menampakkan diri aku lebih dewasa kalau aku punya semua tu.

bergantung pada individu!

tapi apa salah menjadi kanak2? hehe =P

wala' said...

jom counter strike..boleh wat head shot..menembak tepat dikepala..hehehe

Anonymous said...

aA+bB by Hlovate?

* Sejak bila Anas jadi Amani ni? Anas anak Papa.. ;)

mahasiswa said...

Oyop :

good luck cik oyop. ko balik msia tak raye ni?

dan :

ayat ko dan memang menunjukkan kedewasaan.
kanak-kanak memang best. semalam ziarah umah ustaz yang ada anak2, rasa macam nak curi satu bawa balik uma. hehe

wala':
tak pandai main la.
lagipun nak dekat exam ni. hehe

anonymous:

siapakah kamu?
headboy atau ex-taiko??

Anonymous said...

teringat pesanan syed Qutb

"Usia bukan bilangan waktu tapi bilangan kesedaran"

kesedaran....?

anda sendiri tafsirkan...