Thursday, June 17, 2010

Hati

Hati.

Bila ia berbicara, minda tidak perlu runsing untuk menyusun kata.Tanpa kita sedar, bibir mengungkap makna seribu bahasa. Segala-galanya bermula apabila ia menjerit ke seisi dunia ,“ Aku rindu pada jalan benar yang harus jasadku tempuh. “

Aku hanya manusia yang bernafas dalam jiwa hamba. Ya! Tidak lebih dari itu.Hanya peminjam dari Tuan Empunya yang maha kaya. Di atas dunia yang ku pijak ini, banyak lompang yang telah ku lalui, banyak tikungan yang menghias masa ku yang sekelumit ini.Aku percaya setiap manusia itu memiliki jalur hidup yang berbeza. Ada yang bermula dari lembaran putih, dicorakkan dengan warna indah dan anggun oleh ibu dan bapa, lantas menjadi manusia berguna pada bangsa, agama dan negara. Ada juga yang sebaliknya, kelam dari cahaya, hilang ditelan masa. Bagaimana jalur hidupku? Kau pula bagaimana ?

Sewaktu kecil, aku selalu bercita-cita untuk menjadi si dia, sesudah meningkat sedikit dewasa aku mahu pula jadi si dia yang lain. Ah, hidup ini memang aneh, banyak yang mahu kita kejar, banyak yang kita lipatkan dalam impian. Oleh kerana terlalu banyaknya yang kita mahukan, hingga kita lupa apa yang sebenarnya hati kita rindukan. Ya! Rindu.

Kau pula bagaimana agaknya? Sudahkah kau gapai apa yang kau impikan sekian lama? Atau kau tak punya masa untuk menilai apa yang telah berada di dalam genggaman?Atau kau tidak pernah menyimpan sebarang impian yang mahu diubah menjadi kenyataan? Pernahkah kau tanyakan semua itu pada hati kau yang satu ?

Atas dasar rindu pada apa yang aku mahu, aku tuliskan helaian-helaian ini sebagai pengubat rasa yang membungkam jiwa. Semoga di saat aku membacanya, aku bisa nilai kembali setiap langkah yang aku buka, setiap masa yang aku guna. Hidup ini harus dimuhasabahkan senantiasa. Jika tidak, kita akan hanyut dengan arus dunia dan akhirnya lemas tanpa kita sangka.

Buat kau yang membaca, semoga ada ranting-ranting dan dedaun rasa yang boleh kau ambil sebagai bekalan di perjalanan yang panjang. Apa yang berlaku pada aku adalah milik aku, namun kau berhak mengambil pengajaran dari itu.

Semoga helaian-helaian rindu ini akan membuka hati kita agar mencari erti sebuah cinta yang hakiki.

“ Rindu pada damai hembusan Tuhan, membuat kita bernafas dalam jiwa hamba “


~ ni copy paste dari koleksi-koleksi tulisan reject, tak sempat nak menulis.. sori :)

~ esok last paper : etika perubatan

~ esok kembali menjadi presiden untuk sebulan berbaki

~ esok mula cuti dua minggu yang menggembirakan barangkali


2 comments:

dan said...

wah. helaian-helaian rindu! hehe =P
aku pun berharap helaian-helaian rinduku menjadi muhasabah diri selalu..

selamat menyempurnakan tugas berbaki, selamat bercuti. jaga diri selalu naqeb :)

(kalau dah terima tawaran syarikat, jgn lupa bgtau..hehe)

Naqeb Sulaiman said...

hehe..
jangan saman aku ye amik2 trademark ko . :)

thanks.

~ masih dalam pertimbangan..rasa macam tak mampu.. ~
dan doakan yang terbaik ye buat aku.
aku doakan ko.

semoga berjumpa di syurga sana. Amin.