Friday, July 2, 2010

Usikan jiwa

Cuti tinggal sehari lagi. Lusa, summer semester yang akan melengkap tahun pengajian ketiga saya akan bermula. Masa berlalu dengan pantas, sudah separuh perjalanan saya untuk menggapai segulung ijazah, dan separuh masa juga yang saya habiskan berkelana dan menjejak liku imu dan menghidu bau pengalaman di dataran Syam ini.

PERMAI

Nama yang terpahat di hati saya, yang cukup mengusik jiwa.
Entahlah, sejak kali pertama menjejakkan kaki sebagai sanfur di sini, hingga kini memegang taklifan sebagai Presiden yang hanya berbaki lagi 15 hari, PERMAI itu cukup dekat di hati.

Di PERMAI ini saya mengenal ragam-ragam manusia, wajah-wajah sahabat yang sentiasa menghulur salam dan senyuman. Di sini saya cuba mencari dan membina diri.

Hari ini, timbalan saya sudah pulang ke Malaysia, sebagai graduan dan ulama' muda yang bakal menyumbang bakti. Jangan ke sana pula sudahlah.. :)

Minggu lepas ramai senior-senior saya lepaskan dengan pelukan, mereka berangkat pulang.
Tiada air mata yang bergenang di kaca mata Ray Ban saya, kerana saya percaya,
kita berpisah di sini, bertemu di sana.

Di sini, ukhuwah kami terbina, 600 lebih pelajar Malaysia yang berhimpun di bumi Irbid ini memasang tekad mengejar cita-cita, untuk menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara, juga keluarga.

Melihat adik-adik yang dulu terkial-kial mencari arah jalan di Simsimah, kini sudah mula mengorak langkah mengexplore dunia Irbid, membuat saya senang hati dan gembira. Teruskan melangkah, bak kata blog Abang Mun.

Melihat abang-abang dan kakak-kakak yang menggenggam ijazah, sama ada dalam bidang agama, perbankan, kedoktoran dan pergigian, membuat hati rasa terharu dan bersemangat untuk mengikut jejak mereka.

Ah..warna-warna di Irbid ini cukup mendamaikan jiwa.
Masalah yang ada kita atasi bersama, suka duka, sunyi sepi, ketawa ria, itulah bekalan kenangan yang akan dibawa pergi bersama segalas tanggungjawab apabila pulang ke tanah air nanti.

Buat kawan-kawan, terima kasih kerana mewarnai hidup ini.

~ terfeeling pula malam ni... ~
~ esok AGM MPPM, dan ku serahkan segala pada-Nya ~
~ menghitung hari... ibu sudah memanggil pulang ~

4 comments:

Anonymous said...

salam tahniah dan takziah...

sekadar mengingatkan apa yang pernah dik0ngsikan dahulu :

Apabila taklif digalas, wala’ bertapak,
Ummah ini sudah bersuara,
Betapa mereka memerlukan kamu,
Menjadi pemimpin yang terbaik untuk ummah yang terbaik,
Moga lakaran sejarah Sultan Muhammad Alfatih terukir kembali,
Moga sinar syabab tak tumpah Salehuddin Al Ayyubi menjengah setiap sudut masa kini,
Moga srikandi fatayatt melengkap perjuangan,
Laksana Ratu Saba’ yang punya segala,
Tapi hidup tetap untuk Dia,
Iras bijaksana bak Sayyeda Aisyah,
Dan ummah terbaik muawwilin,
Menjadi acuan kita semua,
Dan moga mereka yang mengikuti sunnah Baginda,
Memegang tampuk takhta,
Bukan untuk diri mahupun perkara materi,
Tapi adalah untuk Mardhati Ilahi.

Ameen-

445 am
11072008
MS c’s radin

bittaufiq naqeb dalam MPPMJ khususnya dan dalam semua perkara amnya, m0ga dipermudahkan oleh Yang Maha Esa

kami sedia meny0k0ng dan membantu bila2 diperlukan insha allah~~

Naqeb Sulaiman said...

terima kasih atas sokongan.
bittaufiq juga buat awak dalam segala urusan mendatang.

sama-sama usaha jadikn lapangan persatuan di jordan medan untuk membina jiwa-jiwa khalifah dan daie.
iAllah.

Berusaha menjadi yang terbaik said...

ayo terus berkorban untuk kemenangan dan kejayaan ^_^
akhmad06.student.ipb.ac.id

ainshams said...

salam tahniah naqeb!!
buat yg terbaik, insya Allah pasukan korang mampu..
http://mataamatberharga.blogspot.com/2010/07/bekalan-pemimpin.html