Saturday, November 6, 2010

Kembali

Jujurnya, saya hilang kudrat untuk menulis.
Hilang jiwa untuk membaitkan apa yang ada di minda dan jiwa, untuk diiramakan dengan sentuhan bahasa di halaman maya.

Fasa perubahan 'kerjaya' saya dari alam pra-klinikal masuk ke alam klinikal mengambil sedikit masa untuk saya mengatur gerak langkah, mencerahkan jalan yang berbaki, serta menerima hakikat-hakikat yang telah diberikan oleh Dia.

Kini, halaman ini akan cuba saya semai kembali, untuk mengajak diri, sahabat-sahabat berfikir sejenak, dan berkongsi ruang nafas yang kita lalui, demi menjejak roh pengorbanan, selagi nyawa dikandung badan.

3 comments:

Nizam said...

Salam...
Aik jangan hilang kudrat plak Qeb...
Aku sentiasa follow blog ko...
hehe. Erm bila balik?
Join reunion x-sk sengkang?

mahasiswa said...

wasalam.
tgah mengumpul tenaga :)

baru balik, takkan nak balik lagi :)

bila reunion x-sengkang ?

Nizam said...

Ktorg datang braye umh ko tp ko xde....
tetiba ko menghilang ae...
Erm x silap aku bln 6 2011....
Try cek kt fb...