Wednesday, May 28, 2008

Ayamsiswa..apakah itu??

" Mak, nanti bila angah dah besar, angah nak belajar kat oversea. Angah nak jadi doktor..". Ramai ibu bapa pasti tersenyum apabila anak-anak mereka menyatakan hasrat untuk belajar hingga ke menara gading. Bagaimana agaknya riak wajah mereka seandainya anak mereka tidak berniat lansung untuk belajar..

Mari kita soroti sejenak perkembangan dunia pengajian tinggi di Malaysia. Baru-baru ini kerajaan mengumumkan peningkatan peluang melanjutkan pengajian di ipta bagi lepasan SPM di Malaysia dari 25,476 tempat kepada 30,757 tempat bagi sesi 2008/2009. Namun tidak dilupakan, kuota biasiswa JPA kepada pelajar bukan bumiputera ke luar negara juga telah dinaikkan dari 10% kepada 45%. Tambahan pula,tindakan pembatalan memorandum persefahaman (MoU) antara institut pengajian tinggi tempatan dengan Universiti Al-Azhar di Mesir bagi program-program Pengajian Islam di Malaysia pasti membawa kesan dalam corak sistem pendidikan di Malaysia. Hari demi hari, banyak perubahan berlaku dalam sistem pengajian tinggi di seluruh dunia. Ramai yang berlumba-lumba dan bersaing untuk menempatkan diri dalam bidang yang dicita-citakan. Kita sering mendengar, menuntut ilmu sampai ke menara gading..namun, takut-takut ramai yang kecundang dek tertusuk gading kerana terlalu leka dan alpa kerana belajar semata-mata untuk mengejar.



''Arghhh..exam nak dekat.. ".keluhan dari hati mahasiswa-mahasiswa sering timbul menjelang musim peperiksaan. Rasa terikat telah mengongkong kita daripada memandang konsep belajar dari sudut pelbagai hala. Adakah proses belajar cukup sekadar mendengar teori, praktik di makmal dan memuntahkan segala macam fakta semasa menjawab peperiksaan. Sesudah habis exam dan graduate , hari-hari dilalui ibarat ayam daging, walaupun dikeluarkan daripada sangkar, duduk termenung untuk disembelih walaupun matanya sedang menatap sendiri rakan-rakannya yang telah putus nyawanya seekor demi seekor.





Belajar untuk belajar


Satu soalan untuk ditanya. Wujudkah individu yang membelek akhbar setiap pagi hanya semata-mata untuk mengeja setiap huruf dalam akbar itu. Kalau adapun, mereka pasti tergolong dalam kalangan individu yang baru belajar membaca. Contoh :



Kerajaan tidak lagi diam diri
Oleh ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan berdiam diri lagi dalam menghadapi ledakan tohmahan di alam siber yang bertujuan meracuni pemikiran rakyat.

Mahukah kita menjadi pembaca yang hanya mengeja satu persatu huruf,,,..k..e..r..a. ..j..a..a..a..n...kerajaan..dan terus mengeja..?


Ataupun pembaca yang membaca untuk mendapatkan maklumat, tetapi menerima bulat-bulat maklumat tersebut tanpa membuat pertimbangan dan penilaian sendiri, ibarat lembu dicucuk hidung?


Tidak mahukah kita menjadi pembaca yang membaca untuk mengetahui dan menilai sebelum menerima lantas memberi untuk berkongsi?



Dalam bergelar status mahasiswa Muslim, langkahan kaki kita ke alam universiti bukan sekadar belajar bidang yang kita ceburi seperti perubatan, pergigian, syariah,ekonomi, kejuruteraan dan lain-lain. Sedar atau tidak, banyak perkara yang kita boleh pelajari sepanjang proses belajar.


Kesibukan itu satu pelajaran, untuk belajar mengurus masa sebaik mungkin.
Kegagalan itu satu pelajaran, untuk belajar memperbaiki kelemahan.
Kejayaan itu satu pelajaran, untuk belajar erti kesyukuran.



Belajar itu satu proses yang berpanjangan, bukannya tindakan yang hanya memakan masa seminit, sejam, sehari mahupun setahun. Oleh itu, wajarkah kita meletakkan segulung ijazah sebagai tanda akhir kita sudah tamat belajar. Menyorot senario yang telah berlaku, timbul gejala bunuh diri di kalangan pelajar disebabkan tidak berjaya memperoleh target peperiksaan.


Meninjau situasi di Jepun, sebanyak 242 kes pelajar bunuh diri telah dicatatkan sepanjang 2006. Bibit-bibit senario ini mula keliahatan di Malaysia. Pada 19 November 2007, akhbar melaporkan seorang pelajar Tahun Enam ditemui mati tergantung dengan sehelai selimut dalam bilik di rumahnya di Pulau Pinang. Murid itu dikatakan kecewa dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Md Zain, berkata kes seperti ini berpunca daripada tekanan keterlaluan. Terdapat juga kes malang seumpama ini melibatkan golongan mahasiswa.


Belajar untuk memandu, bukan dipandu


Salah satu sebab kenapa ramai dikalangan kita tidak peka atau bersifat 'pekak' terhadap keadaan sekeliling semasa belajar dan terutamanya apabila menjelang musim exam ialah timbul rasa terikat dengan pelajaran. Apabila diminta untuk berkorban masa dan tenaga ke arah dakwah, persatuan dan sekecil-kecil urusan rumah , timbullah pelbagai alasan.

" Sorry, luse aku exam. Ko cari orang lain jela ye.".

"Maaflah, ana nak tumpu study, usrah lain kali ana join. "


Sememangnya tidak salah untuk menumpukan perhatian terhadap study, namun kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab yang terpikul dalam setiap insan yang bergelar hamba Allah. Sewajarnya, kita bersifat sebagai pemandu, memandu cara kita belajar dengan merancang dan menggunakan masa dengan sebaiknya, bukannya sebaliknya..


-salam imtihan buat semua. :)





7 comments:

c's said...

Salam..uhh,pedas2..byk lak 2 fakta kes..mgkn ini adlh slh satu akbt dri xm orientation,buatkn versatility 2 hlg..mgkn satu aspek yg blh dbncgkn dri pndgn fiqh awlawiyahny..buat sst mgkt prioriti..wallahua'lam

Naqeb Sulaiman said...

wasalam. pedas itu subjektif. ada yang suka,ada yg tidak. bila kita kate buat ssuatu mgikut prioriti,ramai yg salah myusun. bile kite katekan study itu utama sbgai pelajar,bukan bermakna tnggungjawb lain yg kdua.. wallahua'lam

c's said...

yerp.. betul2.. taklif kita kat sini pelbagai.. sbg hamba Allah, sbg seorang anak, sbg seorg shbt.. n di situlah keseimbangan yg ingin dicapai..

naqeb.. naqeb.. u r getting more serious.. pedas, u take it such a big word.. heh.. sbnrnya pedas tuh sebab terasa jer.. btw, tgh dlm perjalanan tls tentang futuur.. bru post satu siri, kalau ad kelapangan dtg ler tgk n komen.. tq

Anonymous said...


minta maaf. sy kurang jelas.

bila kita katakan study itu utama sbg pelajar, bkn bmakna tjawab lain yang kedua.

adakah mksud semua tjawab tu sbg pertama?

Naqeb Sulaiman said...

Maksud saya, sebagai pelajar,tumpuan kita memang untuk study, namun tanggungjawab lain tidak boleh kita abaikan atau pandang remeh (diletakkan di tempt yang kedua). Contohnya,seorang doktor perempuan ,tugas utama dia ialah merawat pesakit di hospital, adakah ini bermakna dia perlu meletakkan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu di tempat yg kedua. wallahua'lam

Anonymous said...


oh terima kasih atas respon dan pjelasan. smoga semua tjawab kita dapat dilaksanakan sesempurna mungkin.

Naqeb Sulaiman said...

InsyaAllah.