Sunday, June 22, 2008

2008..

2oo8. Tahun yang menyaksikan begitu banyak perubahan telah berlaku di tanah air Malaysia. 8 Mac lalu mengukir sejarah apabila parti pembangkang berjaya menawan 5 buah negeri. Sejurus selepas itu, penubuhan Pakatan Rakyat diisytiharkan. Tidak dilupakan, barisan kabinet telah berjaya dibentuk oleh Barisan Nasional walaupun dengan saiz yang kecil sedikit. Blog juga berjaya meraih tempat di barisan jentera media massa berikutan ia memainkan peranan dalam pilihanraya yang lalu.

Hari demi hari,semakin banyak perubahan berlaku. Laungan ramai pihak untuk mengkaji dan memansuh akta-akta yang tidak relevan seperti AUKU dan ISA semakin bergema, namun kini masih dipandang sebelah mata. Isu tatacara pemakaian pelajar perempuan Islam yang dibangkitkan oleh PKPIM kini masih menyepi.

Nun di hujung selatan Semenanjung Malaysia, Pulau Batu Puteh kini berada dalam lipatan sejarah Singapura. Isu projek khinzir di Selangor juga pernah mencetus kontroversi beberapa bulan yang lalu. Kini, kenaikan harga petrol sebanyak 40% ,dari RM1.92 meningkat kepada RM2.70 juga mengukir sejarah kenaikan harga bahan bakar tersebut yang tertinggi di negara kita sejak sekian lama. Meninjau lingkungan minggu ini, Parti Maju Sabah (SAPP) , satu parti dari komponen Barisan Nasional mencuri perhatian apabila menyuarakan rasa tidak percaya terhadap kepimpinan Pak Lah.

Berfikir..

Lambakan fakta dan senario di atas bukan untuk menyalahkan sesiapa dan menyebelahi mana-mana pihak. Fakta itu sebahagian dari ilmu yang bermanfaat, dan ilmu yang bermanfaat berhak dimiliki oleh sesiapa. Apa kaitan politik dengan kita??

Saya tidak berniat untuk menulis tentang politik, saya bukan ahlinya. Namun selaku pewaris mata rantai perjuangan kepimpinan masa hadapan,ada beberapa perkara yang perlu kita cari dan gali,walau kita masih digari.

Kita sering menunding jari ke arah sesiapa apabila berlaku itu dan ini. Tidak kira di atas mahupun di bawah. Malangnya, ramai yang kurang berminat dan muhasabah diri. Begitu juga dalam aspek kepimpinan, ianya bukannya sesuatu yang datang secara semula jadi. Mana mungkin seseorang mampu menjadi pemimpin yang baik sekiranya dia terus memegang jawatan tertinggi tanpa melalui berberapa proses iaitu menimba pengetahuan dan pengalaman.

Leaders are made, they are not born. They are made by hard effort,which is the price which all of us must pay to achieve any goal that is worthwhile. - Vince Lombardi

Pengetahuan

Lambakan isu semasa di atas termasuk dalam aspek pengetahuan. Pengetahuan semasa.
Mungkin ada yang berkata, " Alaa, aku belajar kat luar negara. Tak de kaitan sangat dengan aku. ". Kita perlu sedar, kepimpinan bukan persoalan beberapa hari , namun ia membawa kesan jangka masa yang lama. Kita akan pulang juga ke tanah air, dan masing-masing berperanan sebagai pemimpin,tak kira di bawah,mahupun di atas, tetap memimpin.

"Kamu sekalian lebih memerlukan seorang pemimpin yang adil daripada seorang pemimpin yang banyak berbicara. " kata-kata Saidina Uthman bin 'Affan.

ADIL. Adil bukan sama rata. Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya mengikut syariat agama Allah. Adil lawannya zalim. Zalim adalah mungkar, dan perlu dicegah. Untuk berlaku adil, ilmu menjadi teras. Ilmu yang membawa kita mengenal Yang Maha Menghisab. Ramai pemimpin yang tidak berilmu, maka hasilnya haru biru, celaru..

Pengalaman

"Bagaimana aku dapat memerhatikan keadaan rakyatku jika aku tidak merasakan apa yang mereka deritai ". - Saidina 'Umar Al-Khattab.

Barangsiapa menginginkan jerih payah & kerja yang serius daripada pengikutnya, maka ia harus menjadi contoh pertama dalam bekerja. - Qanun Pemimpin Islam.

Pengalaman itu satu bekalan. Bagaimana seorang itu boleh melintas sungai yang besar andai dia tidak tahu berenang. Bolehkah kita mengiktiraf seseorang itu tahu berenang sekiranya dia tidak pernah berenang. Seandainya sampan tersedia, belum tentu dia berjaya ke seberang sana.

Begitu juga dengan kita, banyak situasi yang bakal kita harungi memerlukan untuk kita bertindak selaku pemimpin. Daripada sekecil-kecil urusan diri kepada sebesar-besar urusan yang melibatkan komuniti. Oleh itu, sifat seorang pemimpin perlu diasah dan digilap mulai awal. Alam mahasiswa belum lagi dikatakan terlewat untuk membina potensi untuk menjadi pemimpin. Banyak ruang dan peluang yang tersedia, yang menjadi penentu adalah mahu.

Rasulullah Pemimpin Terulung

Firman Allah bermaksud :
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." ( Al Ahzab : 21 )

Salam dan selawat buat baginda Rasulullah, utusan Allah yang bersusah payah dan banyak berkorban demi menegakkan dan mencambahkan benih Islam ke segenap pelusuk dunia. Baginda merupakan tauladan yang terbaik dalam memacu pentadbiran negara. Penubuhan negara Islam Madinah dan hikmah di sebalik perjanjian Hudaibiyah menjadi bukti kebijaksanaan Rasulullah.

"Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." bisik Rasulullah kepada Saidina Ali sebelum kembali bertemu Allah.

Moga kita mampu mencontohi kepimpinan Rasulullah. InsyaAllah..

6 comments:

sahabat said...

Salam. Tertarik dengan pertanyaan mahasiswa dlm post ni, "apa kaitan politik dgn kita?"

Nk tahu kaitannya kena tahu la apa bendanya politik tu. Bagi ana, politik tu sbhgn drpd hidup kita. Sebahagian daripada kehidupan kita hari2. Pasti ada politiknya. Cuma istilah politik yang biasa dgn umum ialah politik dlm pentadbiran.

Ana tringat kata2 tok guru MB Kelantan, bahawa politik ni adalah sebahagian daripada Islam. Dalam Islam tu ada politiknya. Jadi mcm mana nk pisahkan politik dgn Islam?

Anonymous said...

Salam. sekarang ni ramai yang pandang politik itu sehala, dan dipisah dari agama. Teringat dahulu ada kenyataan dari seorang pemimpin yg islam tidak boleh mengatasi politik. Inilah kesan sekularisme. Wallahu'alam.

hamba ALLAH said...

salam. ingin bertanya pendapat. ana tidak minat dengan apa-apa hal yang berkaitan dengan politik. tidak minat langsung. kalau buka laman web berita harian, nampak sahaja berita poilitik, ana akan terus close. bagi ana, umur ana ini, masih tidak sesuai untuk fikir semua soal itu. ana hanya fikir belajar sahaja. apa pendapat enta?

mahasiswa said...

Wasalam. Pada pndangan ana,jika kita tak ambil tahu tentang politik sekarang, nanti bila dah nak mengundi,tunaikan kewajipan,baru terkial-kial nak tahu sape yg perlu diundi untuk kebaikan semua. Lagi satu,isu politik bukan melibatkan pemimpin2 saje,impaknya kepada semua. isu minyak,isu akta2 yg kurang relevan, isu agama Islam,ia melibatkan rakyat termasuk kita. di sinilah kita perlu peka. konsep belajar bukan sekadar meghadap buku sahaja, belajar perlu meghadapi realiti, realiti yang nyata. Wallahu'alam.

hamba ALLAH said...

maaf kerana banyak bertanya. tapi, bagaimana mahu mengaitkan soal politik dengan semua benda yg enta sebutkan itu? contoh: isu minyak, isu akta-akta yang tidak relevan, isu agama islam. ana masih bingung. bukankah sudah cukup jika kita setakat tahu berita yang umum sahaja?

mahasiswa said...

Tak mengapa bertanya,daripada bersifat tidak peka. Tak cukup jika kita sekadar tahu berita umum, sekarang ni segala berita dipolitikkan,tak kira di akhbar dan juga di tv,kebenarannya masih belum pasti. Isu2 yg menjadi contoh itu semuanya berkaitan dengan pentadbiran negara(politik). Kita pelu menilai isu2 berdasarkan prinsip agama . Isu2 itu bukan isu yg melibatkan seorang dua,ia melibatkan semua. Tak dapat tidak,kita perlu peka. sekadar pndapat ana untuk dikongsi.