Friday, June 27, 2008

RM 1 juta

Duit!
Item paling famous di dunia, hingga mampu memasuki ke dalam mimpi orang yang lena dan juga jaga. Peralihan sistem batter ke arah penggunaan mata wang dalam proses jual beli barang telah membawa satu revolusi dalam peradaban dunia. Lihat sahaja buktinya, jika dulu makanan,hasil tenunan, rempah ratus dan tembikar diperdagangkan sewaktu zaman kesultanan Melayu Melaka, kini, maruah dan tubuh badan juga turut menjadi barang dagangan dalam era pemerintahan Putrajaya. Segalanya berubah..

RM 1 juta..

'RM1 juta insentif atlet negara menang emas di Olimpik '.
Memang satu tawaran yang menarik, namun dikhuatiri akan jadi terbalik. Mampukah kuasa ganjaran tinggi mampu meningkatkan kesungguhan dalam latihan, ataupun semakin mengkaburkan pandangan. Semudah itu habuan dari RM160,000 dinaikkan ke angka yang mampu membawa gelaran jutawan sedangkan rakyat kini menjadi mangsa kenaikan harga minyak yang mendadak. Renungkan..

4 comments:

Anonymous said...

Agak-agaknya mahasiswa2 kita ni akan belajar berhempas pulas kalau kerajaan bagi habuan RM1juta bagi mereka yg dapat masuk dean list..??

Faaiz Al-Hijriy said...

lepas ni leh wat paperwork...cadangan yg bagios XD

hamba ALLAH said...

salam. nampaknya ana sudah jumpa blog yang boleh buat fikiran ana jd global. bagus usaha enta. pastikan blog ini sentiasa di-update dengan berbagai informasi baru.

mahasiswa said...

Wasalam. InsyaAllah.Teguran dan komen amat dialukan untuk memperbaiki kekurangan.