Thursday, July 31, 2008


Gambar mata..

Key chain yang baru diperolehi menarik perhatian saya. Ia diberi oleh seorang senior Arab tatkala baru memasuki science hall 2 untuk menghadiri kuliah Biochemistry.

Merenung sepotong ayat Al-Quran yang tertera pada key chain tersebut:

"Katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka( daripada memandang yang haram ), dan memelihara kehormatan mereka. " (An-Nur:30)

KEMPEN

Alhamduillah, dalam kalangan masyarakat mahasiswa yang hanyut dibuai trend hedonisme, masih ada lagi pihak yang sedar akan tanggungjawab melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Mungkin usaha sebegitu dipandang ganjil oleh sesetengah pihak, namun nilainya besar dan makruf di sisi Islam.

Kita??

Ya, memang di sekolah dulu adanya badan dakwah dan persatuan-persatuan agama yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dakwah ini. Namun kita perlu sedar, tanggungjawab ini bukan digalas apabila kita memiliki pangkat. Sekali dilafaz kalimah syahadah, amanah Allah ini wajib dilaksana walau di mana kita berada.

PEMAKAIAN

Trend masa kini. Semua nak didedahi. Itulah realiti kini.
Teringat saya akan isu etika pemakaian pelajar islam di Malaysia yang dibangkitkan di Malaysia oleh PKPIM. Sepi..

Andai di zaman sekolah dulu, kita ada etika pemakaian, yang perempuan Islam kena bertudung, kalau di sekolah agama perlu tudung labuh. Berbaju kurung. Bagi yang lelaki pula, berbaju kemeja dan berseluar slack, perlu kemas, rambut tidak boleh panjang dan lain-lain lagi. Tetapi sejauh mana perkara ini dipraktikkan setelah masuk ke alam mahasiswa.

Tidak dinafikan, alam universiti memang tidak sama seperti alam sekolah. Kita kurang terikat dengan etika pemakaian, malaha ada universiti seolah-olah memberi kebebasan sepenuhnya buat pelajar untuk berpakaian mengikut citarasa. Kesannya, maksiat mata berleluasa bagi yang tidak menjaga pandangannya.

Kita perlu sedar, sejauh mana pun kita perolehi kebebasan, kita masih lagi dibawah ajaran Islam. Syariat pemakaian telah ditunjukkan oleh Allah kepada kaum adam dan hawa. Kenapa masih memilih trend yang menjerumuskan diri kepada kemudharatan.

Sama-sama kita mengikut syariat Allah dan menjaga penglihatan kita.

No comments: