Wednesday, April 14, 2010

Perhentian


Bicara soal perhentian segalanya ada kaitan dengan sebuah perjalanan, yang ada destinasi akhir, dan ada titik mula kaki menghala langkah.

Sedar atau tidak, kadang-kadang kerana terlau ghairah melangkah dan berlari, ada ketika kita akan hilang arah dan punca, tidak jelas apa yang dikejar di depan mata.

Manusia ramainya terpedaya dengan dunia, memandang dunia dengan kaca mata dunia, hingga mengkaburkan hati dan diri yang menuntut untuk mengejar akhirat sana.

Sedar atau tidak, dunia itu adalah alamat, dengan erti kata adalah petanda bahawa di hadapan sana ada destinasi, akhirat yang tiada hujungnya. Alamat bahawa dunia ini ada Maha Pencipta, lalu kenapa harus si hamba hina sujud kepada dunia, walhal ia hanya ciptaan yang akan musnah di hari yang telah dijanjikan Dia.

Dari Johor mahu ke Perak, singgah sebentar di restoran jejantas di Melaka, kagumnya pada persinggahan itu yang makanannya enak-enak, lazat, di situ bertemunya teman lama, cinta lama berputik kembali, di situ adanya rumah rehat yang katilnya empuk, jumpa kawan seperniagaan lalu bersembang bagaimana mahu untung niaga dengan jalan mudah sambil mengunyah makanan segera, sudah letih dan ngantuk, tidur dan terus tidur, hingga lupa destinasi ke Perak yang sepatutnya dia usaha untuk tiba.

Begitu juga dunia dan seisinya, ia adalah ladang akhirat, tempat kita menanam dan berusaha,
tuaian hasil di sana.

Ambilah masa untuk berhenti seketika, untuk memuhasabah langkah, mencerahkan jalan yang di hala, meskipun masih punya kudrat dan tenaga, merenung diri dan apa yang telah dilalui dengan kaca mata hati adalah suatu keperluan, seperti berhati-hatinya kita ketika melangkah di jalan berduri.

Jangan kita berhenti berlari dan memilih untuk putus asa dek kerana hilangnya kudrat upaya dan kaburnya matlamat jalan yang dilangkah, atas sebuah sebab KESOMBONGAN untuk memuhasabah.


Bersabarlah, dan terus melangkah.

3 comments:

dan said...

pernah juga seorang alim mencerahkan kami dalam bidang ini, katanya:

"bayangkan di perhentian itu, kita bukan sekadar berehat, tapi tiba-tiba membeli sebuah katil dengan tilam empuk, menanam di sekelilingnya bunga-bungaan dan pepohon menghijau...tidur dan berhibur menikmati keindahan, akhirnya jadi terlalu leka dengan kerehatan di persinggahan; samalah seperti di dunia kita terlalu asyik dengan kenikmatan, sampai lupa satu tujuan."

ketika itu syarahnya bersahaja, tapi intonasinya menyindir pedas diri!

*Naqeb, maulidur Rasul kali lepas, aku tayangkan video sajak "Lagukan CIntamu ke Angkasa" di YouTube ko dalam majlis jamuan kecil-kecilan kami di sini tak lama dulu. Harap tak kisah :)

(aku terbaca ada peluang di shoutboxmu? sahutlah! :D )

faiq zaini said...

shukran abg naqeb..

mahasiswa said...

dan,
kena bayar komisen ni tayangkan video aku. hehe.

masih dalam berfikir tentang tawaran tu. doakan ye.

faiq,
afwan :)