Wednesday, November 24, 2010

Bunga


Aku tidak berniat untuk mencatas bunga bermekaran,
Cuma mahu menyusun dalam satu barisan,
Agar mengindah hias taman impian,
Mewangi menebar aroma ketenangan,
Buat anak-anak kecil memburu harapan,
Demi kehidupan yang dijanjikan Tuhan.

Taman ini milik semua,
Untuk kita mengindah dan membaja,
Benih yang bisa menumbuh dan bercambah,
Melahirkan pohon rendang dan berbuah,
Memberi manfaat buat semua.

Bunga yang bermacam jenis itu,
Meski berbeza warna,
berlainan aroma,
tumbuhnya berhajat yang sama,
mengindah taman mengharum udara,
demi damai dan permai semua.

9 comments:

1st komen said...

mendalam puisi ni..

"menyusun dalam satu barisan"

cume apabila bait ni teros disoroti, kelihatannya ia agak idealistik.. celebrate diversity!!

2nd komen said...

kenapa bunga?

3rd komen said...

mungkin tak semua jenis bunga sesuai & serasi disusun dalam satu barisan

Naqeb Sulaiman said...

to 1st komen :
kerana celebrate diversity la,
perlu menyusun dalam satu barisan.
kalau satu bunga sahaja yang mahu diraikan diversity miliknya, tapi bunga tu tak fikirkan tentang keindahan taman apa gunanya??

to 2nd komen:
bunga? ia boleh jadi indah bila dijaga, boleh jadi mencemar mata jika silap susun aturnya.

to 3r komen:
kalau rasa tak sesuai bunga tu,
jangan menganggu barisan bunga2 yang lain.
dan menyusun barisan tu adalah satu seni, kena bijak, tak semestinya tegak, yang penting mengutamakan apa yang lebih utama.

4th komen said...

ada bunga yang ingin memiliki taman eksklusifnya sendiri, bagaimana?

indah dan permai itu sendiri pun subjektif, kan?

Naqeb Sulaiman said...

kalau mahukan taman yang ekslusif, memang takde masalahnya. nama pun dah ekslusif, buat apa dihebohkan kewujudnya, bukankan masih boleh memberi aroma. cumanya bila berkembang di taman yang sama, tidak mahu mengikut waqi' taman dan orang yang ditaklifkan menjaganya.

memang indah dan permai itu subjektif, tapi subjektif itu masih terikat dengan norma-norma sekeliling.

5th komen said...

Biarpun semuanya bunga tapi masih, spesisnya berbeza-beza.
Tumbesaran tak sama, dan mungkin juga tumbuh pada musim yang berbeza.
Asasnya tetap memerlukan air,tanah, matahari dan zat-zat yang lain.

Persoalannya, seseuaikah ditanam semua bunga dalam taman yang sama?

Maaf, saya tidak berniat menimbulkan sebarang kontroversi, cuma dalam keadaan yang berbeza, perlu dilihat dalam sudut pandangan yang berbeza.
Atau ertikata lain, fiqh waqi'

Saudara benar,mengutamakan maslahah yang utama itu lagi utama, saya setuju poin itu.

tepianmuara said...

alahai cik bunga.

sampai begini kau buat manusia bicara...

oh, saya orang muda, mungkin tak layak menyambung kata.

-hormat tuan taman-

Naqeb Sulaiman said...

5th komen,
takpe, mengutarakan pandangan adalah untuk mencerah pemikiran.tkasih atas pandangan.

tepianmuara:
tiada istilah tua dan muda,
tuan taman mengalukan pendapat sesiapa :)