Saturday, May 21, 2011

CITA-CInTA



Ingat lagi zaman sekolah sekolah rendah dahulu kala, saat masih lagi badan gebu-gebu, muka comel-comel berseluar biru, berbaju lengan pendek putih susu . Kebiasaanya ada satu masa, hujung sesi tahun barangkali, cikgu darjah akan menghulurkan kad rekod pelajar, warna kuning kalau tidak silap. Antara kotak yang perlu diisi dalam kad tersebut adalah CITA-CITA . Ada tiga pilihan kalau tak silap saya ( maaf, agak susah nak ingat zaman kanak-kanak ni, banyak sangat kenangan terindah ).

Yang bestnya, setiap tahun akan diminta mengisi apa cita-cita yang bermain di minda, jadi boleh nampaklah sejauh mana konsisten apa yang dicita-citakan oleh murid-murid sekolah rendah.
Seingat saya, saya pernah tulis nak jadi Angkasawan, Saintis, Polis dan beberapa lagi yang saya sendiri lupa. Tapi Angkasawan dan Saintis antara yang kosisten selama 5 tahun di sekolah rendah.

Naik ke sekolah menengah,, melalui hari-hari indah zaman pra-remaja tanpa sebarang cita-cita, apatah lagi cinta :) Yang bermain di kepala adalah PMR, menjalani hidup di asrama yang penuh warna warni. Angkasawan dan Saintis sudah diwariskan pada adik-adik kecil saya untuk memasang mimpi di alam sekolah rendah mereka.

2005, kaki melangkah ke kolej itu yang banyak mengajar saya. Membuka mata akan beberapa makna, soal cita-cita, soal CINTA. Namun, masih lagi tiada sesuatu yang saya cita-citakan untuk menjadi apa. Lepas SPM, sudah mula memikirkan bidang apa yang akan diambil. Sudah mula kembali memasang cita-cita. Pernah terlintas di kepala untuk ambil perundangan syariah setelah berkenalan seorang peguam syariah yang sedang menguruskan kes artis popular, namun semangat itu tidak bertahan lama.

Dipendekan cerita, berbekalkan keputusan SPM di tangan, cita-cita dan impian mahu menjadi apa masih tak kelihatan, saya mencuba untuk mencari dan menggapai apa sahaja peluang yang ada. Mahu ke Mesir, lalu mengisi borang JPA Timur Tengah. Mahu mencuba menjadi guru Fizik, mohon program ijazah perguruan luar negara. Alhamdulillah, dapat dua-dua, cumanya bukan ke Mesir, tapi ke Jordan, negara yang saya tak terfikir untuk jejakan kaki di atasnya.

Dan kini, 2011, sedang mendaki di tahun 4 perubatan. Bidang yang tidak pernah terimpikan untuk melangkah di dalamnya. Alhamdulillah, aturan Allah.

Cita-cita untuk menjadi apa, menyimpannya adalah satu motivasi besar untuk kita terus melangkah. Namun, bila memiliki kejelasan untuk menjadi apa KERANA apa, kita akan lebih cekal dan tegar untuk terus melangkah dan menjadi apa sahaja, kerana yakin dan percaya setiap yang dilakukan akan bernilai ibadah.

Kalau dihitung, tidak semua orang berjaya menggapaikan apa yang dicita-cita dalam kerjaya,
mungkin disebabkan kerana halangan-halangan yang tidak dapat dielakan atas hakikat keupayaan manusia itu terbatas, seperti kemiskinan, kesihatan, peluang, keterbatasan tanggungjawab dan lain-lain lagi. Namun ramai yang tetap boleh berjaya walaupun di bidang berbeza kerana masih menyimpan intipati sebuah kalimah CITA-CITA.

Semakin kita melangkah, semakin horizon pandangan dan pemikiran akan terbuka luas.
Kaca mata kita akan lebih mencapahkan penglihatan, untuk melihat dunia yang terbentang dan seisinya, sejuta ruang dan peluang untuk dipilih dan direbut, untuk memaknakan sesuatu yang dinamakan CITA-CITA dan juga CINTA.

Memasang mimpi, dan terus berlari.
Mengejar pelangi, biarpun meredah hujan membasah bumi!

4 comments:

Unknown said...

saya pnah tles nak jd posmen.
dah x tau nak pleh apa. haha

Muhammad hamizan bin yusof said...

KB akn cuba tunaikan yg part saitis tu..tp angkasawan tu xdptlah, ye.nnt roket xnaik..huhu..betul tu...ms sekolah rendah tulaa cita2nya..bila dah form5 dah tukar..tibe2 nk jd dentist lak.last2 jd yg mula2 suka ms sekolah rendah dulu..xpe, rezeki masing2..:)

Anonymous said...

2005, kaki melangkah ke kolej itu yang banyak mengajar saya. Membuka mata akan beberapa makna, soal cita-cita, soal CINTA.- quoted


peh, hangat. hahaha
afiq yasim

Naqeb Sulaiman said...

faiq: posto2..ni mesti tengok cite ahmad albab :)

hamizan: yup. apa2 jangan dilupa sekolah terchenta.. hehe :) gd luck KB :)

afiq yasim aka pendebat terhangat :
CINTA vs cinta :)