Sunday, March 23, 2008

Bersuara Atau Membisu..Apa Pilihanmu??

"Gelap!!!! .... Bekalan elektrik di sekitar syari3 jamiah, irbid terputus. Suasana malam yg sepi berubah sekelip mata. Org2 Arab di sini mula bersuara, pelbagai bunyi kedengran, tepukan dan sorakan seolah-seolah meminta hak elektrik mereka dikembalikan segera. Dari tingkap rumahku, kelihatan seorang pmuda arab menaiki bumbung bngunan hadapan sambil 'bersuara'. Tidak sampai 5 minit kmudian, hak mereka dikembalikan, arus elektrik terus mngalir, keadaan pulih sediakala, bagi mereka yg sdg study, peluang diguna sbaiknya...bagi yg terleka di alam maya..moga tidak terleka selamanya."

Ini kisah picisan yg teramat kecil dari kisah-kisah hak dan suara pjuangan di seluruh dunia. Bukan hendak menyalahkan sesiapa..cuma mari muhasabah diri bersama. Kenapa bila kesusahan sedikit yg menimpa diri kita,kita lantang bersuara..tak tahan mnanggung susah.

TAPI..bila kesusahan menimpa org lain, kita membisu..membatu. Walhal kesusahan itu dialami saudara seaqidah Islam kita. Keperitan rakyat Palestin yg menjadi perlarian biarpun di tanah sendiri tak diambil berat kita. Tiap hari darah mjadi pnyubur tanah disana, linangan air mata dan esakan anak kecil mjadi peneman hari-hari mereka.

Banyak lg pencabulan hak ummat Islam berlaku di seluruh dunia. Masalah ini bukan dibatasi oleh negara dan bangsa, tapi perlu dikongsi atas dasar seaqidah.

Namun kita disini, diberi nikmat pancaindera dan hati , tapi masih ada yg gagal merasa dan bkongsi keperitan mereka. Hiburan diutama..internet disalahguna. Membisu...malah ada yg mnutup telinga.

'Bersuara' bukan bererti menjerit hingga hilang suara. Ada yg bg alasan, apa bole aku buat?? 'Bersuara' boleh diterjemah sebagai menzahirkan suara hati untuk membela agama dalam pelbagai cara..penulisan, pecakapan, perbuatan dan pelbagai cara lagi. Menjadi mahasiswa yg mengutamakan hak Allah dan peka kpd masalah ummat juga adalh cara untuk kiata bersuara.
Ruang dan peluang telah tersedia. Setelah bersuara..tindakan perlu mnyusul pula. Kita mulakan dengan waqi3 setempat kita, tarbiyah diri perlu ditingkatkan dan mgajak sahabat2 ke arah perjuangan.

Firman Allah yg bermaksud:

2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? 3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. ( As-Saff: 2,3 )

Moga kita mampu 'bersuara' dan menjadi pelaksana..bukan pembisu dan tidak peka. InsyaAllah.


1 comment:

c's said...

salam.. ya akhie.. awat na tak bagi tahu buat blog nih??? hihi.. btw, keep up!!