Sunday, March 23, 2008

CINTA

Antara 2 Cinta

Apa Yang Ada Jarang Disyukuri
Apa Yang Tiada Sering Dirisaukan
Nikmat Yang Dikecap Barukan Terasa
Bila Hilang Di Dalam Genggaman
Apa Yang Diburu Timbul Rasa Jemu
Bila Sudah Di Dalam Genggaman

Dunia Ibarat Air LautDiminum
Hanya Menambah Haus
Nafsu Bagaikan Fatamorgana
Indah Di Mata Namun Tiada
Panas Yang Membahang Disangka Air
Dunia Dan Nafsu
Bagai Bayang-Bayang
Dilihat Ada Ditangkap Hilang

Tuhan
Leraikanlah Dunia
Yang Mendiam Di Dalam Hatiku
Kerana Di Situ Tidak Ku Mampu
Mengumpul Dua Cinta
Hanya CintaMuKu Harap Tumbuh
Dibajai Bangkai Nafsu Yang Kubunuh

-Raihan



- Assalamualaikum..

Semakin meniti hari..semakin ramai di kalangan manusia ketandusan dan kesesatan dalam cinta. Ingin dikasihi, dan ingin mengasihi ...itulah yg mnjadi hadaf ramai mahasiswa skrg. Yg dah bekerja pula, jatuh cinta pada harta, sanggup buat-buat apa2 untuk mengejar harta, kemewahan adalah segalanya..akhirnya hukum agama tak dipandang walau sebelah mata. Yg paling sedih, terdapat pemimpin yg jatuh cinta pada nama,pangkat, kuasa..akhirnya nafsu mnjadi raja..dalam memandu pentadbiran negara. Kenapa semua ini terjadi???

Puncanya kerana tidak mencintai Tuhan pemilik segala cinta.

Jika manusia cinta akan seseorg, dia tak sanggup lukakan perasaan buah hatinya. Asyik teringat setiap masa. Sebaliknya, kalau benci kat seseorang, dia akan mngutuk, ingkar pada arahan adan kalau boleh nak lupakan terus org yang dibenci.

Persoalan 1 : Seandainya kita lupa pada Allah, alpa dalam mlksanakan perintah-Nya, adakah kita mencintainya-Nya, adakah kita layak dicintainya?

Persoalan ke- 2 : Seandainya kita ingkar pada arahan Allah, sering mlupakan Allah..mahukah kita dimurkai-Nya??

Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. ( As-Shaff: 4 )

Oleh itu, ayuh kita rebut cinta Allah, sama2 mengikat tali ukhuwah atas dasar aqidah . Jangan terperangkap antara dua cinta! Pilihlah cinta-Nya.

2 comments:

Hanan_Mahmood said...

betul. sepatutnya kita sedar rasa cinta yg hadir pun sebenarnya dtg dari-Nya. Jd knp perlu hanyut dlm cinta sementara n lupakan cinta hakiki..

Anonymous said...


its just like when someone gave u a present. anda sygkn hadiah tu tp mesti anda lebih sygkn pemberinya. cm pelik gk la bila manusia ni sygkn manusia lbeh dr pemberi cinta.