Saturday, March 29, 2008

Ruang dan Peluang..Mahukah Kita Buang dan Terbuang???

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, anda memiliki ruang dan peluang untuk membaca nukilan saya kali ini.

Kali ini..mari kita buka ruang minda kita selaku mahasiswa agar minda ini berpeluang berfikir lebih jauh. Kita berfikir sejenak tentang ruang dan peluang.

Setuju atau tidak,ruang datang dulu sebelum peluang?
Contoh mudah, anda terperangkap dalam sebuah gua. Puas anda mencari, akhirnya anda temui sebuah lubang ( ruang ) untuk keluar dari gua itu ( peluang ). Senyum kepuasan pasti terukir..tapi tiba2 gegaran berlaku,lubang itu terkambus. Adakah anda memiliki peluang untuk keluar pada saat itu?

Sekarang mari kita sukarela mnjadi contoh dalam nukilan ini.

-Apa ruang yang ada di sekeliling aku???
-Adakah ruang itu memberi peluang kepada aku???
-Adakah aku mengambil peluang daripada ruang itu???
-Mahukah aku ' terbuang ' kerana membuang ruang dan peluang???

Dah dapat jawapan dari diri anda sendiri. Jika masih kabur...mari kita mggunakan ruang blogg ini untuk mmberi ruang kepada diri ini memahaminya.

-Contoh:

-Anda seorang mahasiswa. Ruang yg ada disekeliling anda cukup2 bnyk..masa khusus untuk mnuntut ilmu, kewangan biasiswa atau tanggungan ibu bapa, kondusi blajar yg selesa, didampingi ramai teman dan lain2 lagi.

-Ruang tersebut memberi peluang kepada anda untuk menuntut ilmu agama, mencari pengalaman, membina kendiri dan personaliti, mengasah bakat, menghubung jalinan ukhuwah, berpersatuan dan bermacam2 lagi selain menelaah buku pelajaran.

-Persoalan, adakah anda mengambil peluang dari ruang atau menutup ruang lantas membuang peluang??

-Jika ada membuang peluang itu, mahukah ada menjadi ' terbuang ' kerana mensia-siakan peluang.

Allah jualah pemilik segala ruang dan pemberi segala peluang.
Moga kita tak sia-siakan peluang semasa menjadi mahasiswa. InsyaAllah.

1 comment:

c's radin said...

Salam..

Memegang aspirasi mahasiswa~ ini macam siri dalam majalah..

hehe.. boleh la publish hard copy satu hari nanti..

Teruskan menulis~