Wednesday, May 14, 2008

Berfikir Sejenak..

Mahasiswa usia 19 tahun jadi Datuk Bandar Muskogee
- AP

MUSKOGEE, Oklahoma 14 Mei - Seorang mahasiswa berusia 19 tahun dipilih sebagai Datuk Bandar Muskogee, sebuah bandar kecil di timur laut negeri ini yang mempunyai penduduk seramai 38,000 orang.

John Tayler Hammons menerima 57 peratus undi menewaskan bekas Datuk Bandar, Hershel Ray McBride, kata Setiausaha Lembaga Pilihan Raya Perbandaran Muskogee, Bill Bull.
"Ini merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup saya apabila orang ramai memberi kepercayaan tinggi kepada saya," kata Hammons yang sedang mengikuti pengajian tahun pertama di universiti di Norman.

Dua calon itu bertarung pada pilihan raya tersebut bagi merebut jawatan bukan politik, dengan pusingan pertama menyaksikan tidak ada seorangpun berjaya memperolehi 50 peratus undi dalam pertandingan enam penjuru pada 1 April lalu.

Hammons yang akan mengangkat sumpah jawatan minggu depan berkata, beliau merancang untuk meneruskan pengajiannya dan bercadang untuk berpindah ke kolej yang berdekatan dengan Muskogee.

Hammons yang akan mengetuai sembilan anggota majlis perbandaran itu berjanji akan membentuk sebuah kerajaan yang telus dan terbuka dan akan memastikan penduduk mendapat maklumat tentang semua aktiviti dan operasi yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran itu.

1 comment:

Anonymous said...

and he's an intermediate gamer..just weird to think how could an immature brat like him can represent the city.is it the people or the former mayor sucks so much or him so outstanding...