Monday, August 17, 2009

Bab*

Bab* : Ibu....ibu...... ( berlari dalam keadaan tercungap-cungap )

Ibu bab* : Kenapa?? Ada apa sampai anak ibu ni menjerit-jerit.

Babi * : Fuhhh.. macam ni. Tadi masa saya ke ladang Pak Din cari sedikit makanan untuk alas
perut, saya dengar Pak Din berbual dengan Mak Melah pasal kita?

Ibu bab* : Pasal kita? Biar betul?? Kita kan dah tak kacau kebun diorang. Ish...

Bab* : Sebenarnya bukan pasal kita bu. Pasal selsema babi. H1N1 kalau tak silap bunyinya.

Ibu bab* : Owh. Kenapa? Bahaya sangat ke? Ke diorang takut sebab namanya pun ada nama kita. Yela, diorang ni kan allergic bab halal haram, babi anjing ni kan.

Bab* : Bahaya gila penyakit ni bu. Dengar cerita, anggaran 5 juta manusia Malaysia boleh dijangkiti. Sekarang ni ramai yang dah mati.

Ibu bab* : Ha.. teruk betul macam tu. Mesti manusia sekarang risau , yelah perkara melibatkan kesihatan, nyawa, ekonomi negara, sape yang tak risau kan. Tapi.....

Bab* : Tapi apa bu??

Ibu bab* : Penyakit yang tak nampak kesannya, yang makin barah dalam komuniti manusia, diorang buat tak endah, sebelah mata pun tak pandang, malah makin dibiarkan merebak.

Bab* : Penyakit apa tu bu??? Macam serious je bunyinya.

Ibu bab* : Hedonisme.

Bab* : Aiks.. pelik je bunyinya. Ada kaitan dengan spesies kita ke ni? Takutnye....

Ibu bab* : Ishh..tak kan lah semua yang tak baik tu kita jadi puncanya. Ni yang ibu nak buat demonstrasi. Macam ni, hedonisme ni budaya yang mengagung-agungkan hiburan, menjadikan hiburan sebagai matlamat hidup.

Bab* : Owh... macam rancangan tuttttttt........ yang popular ke tu bu?

Ibu bab* : Yup, dan yang sewaktu dengannya. Kalau nak tau lagi, tunggu jela merdeka nanti. Mesti banyak konsert-konsert yang ditaja. Nanti adalah manusia-manusia yang miskin bajunya berisi perut dengan janin entah dari mana asal usulnya. Yang jantan kenyang puaskan nafsu belangnya.

Bab* : Dah macam spesies binatang je kalau macam tu kan ibu?

Ibu bab* : Entahlah. Tapi itulah realiti. Harapnya manusia ini akan buka mata, biar tahu penyakit macam ni juga berbahaya. Harus tangani kedua-duanya.

Bab* : Ehh... ibu. Saya kena pergi dulu ni.

Ibu bab* : Nak pergi mane tu?

Bab* : Ada orang panggil saya. Ibu pun tahu kan, diorang ni kalau bergaduh, mesti pangil kita kan. Anjing pun kadang-kadang kena panggil juga. Minta diri dulu.

Ibu bab* : Ok. Baik-baik. Jangan sampai kena bunuh. Tak larat ibu nak pergi mahkamah, leceh!

8 comments:

umairah said...

Tahniah,
tazkirah yang sangat bermakna!
Selamat menghayati ramadhan dan teruskan menulis..
pulang ke tanah air tak tahun ni?

dan said...

eh? haha. takkanla bila org sebut nama bab*, sekor bab* kena terus pegi ke tmpat kejadian? macam mana anak tu tau dia yg kena panggil, bkn bab* lain? :P

cane h1n1 sekitar bumi urdun? pakai topeng x?

ramadhan kareem, jaga kesihatan yea. :)

mahasiswa said...

Umairah.
moga dapat manfaat.
selamat juga melalui tarbiyah ramadhan.
InsyaAllah, tak pulang coz dah pulang dah bulan satu lepas.

dan,
betul juga cakap ko..hehe
cuba bayangkan kalau sorang yg mencarut bab*, semua bab* pergi kat dia, mesti tobat tak sebut lagi.hehe

Alhamdulillah, H1N1 kat sini masih terkawal, kes tak banyak mcm kat msia.

ramadhan kareem, jaga juga kesihatan tubuh dan jiwa mu. :)

syah said...

ak tibe2 terasa sayu nak tinggalkan mahasiswa ni sesorg kt irbid..isk2..silap2, kawen die ni kang..haha..

afiqsaleh said...

satira politik yg kronik..

syabas naqib..sketsa BAB* ni

hihi..kelakar pun ada,

yg penting maknanya!

mahasiswa said...

syah,
apa yang awak merapu ni.
kalau sayu, boleh je delay tiket ke bulan satu tahun depan. amacam? berani?? hehe

afiqsaleh,
satira politik? menarik istilah tu.
moga bermanfaat. :)

warkahskrin said...

Perenggan ketiga, erlepas juga huruf 'i' pada bab* tu..

mahasiswa said...

Anda memang pembaca yang teliti. :)