Monday, August 10, 2009

Warkah Cinta

Assalamualaikum.

Apa khabar kau jauh di sana? Yang sedang memegang penjuru dunia, untuk dikibarkan ke langit angkasa , agar bisa kau tembus syurga dengan redha-Nya.

Aku di sini baik-baik sahaja. Menanti khabar gembira yang menyala dan senyuman manis kau yang berbunga. Biar jauh di mata, aku bisa membaca gerak tari kau di kancah juang yang terlipat dengan onak dan badai menggila, yang terhambur dengan kaca dan permata.

Warkah yang sebaris kata ini hanya sekadar mahu menyapa di saat kau terleka, menghelus udara saat kau sesak antara timbunan rasa, memeluk dingin kau di saat panas kau menjamah.

Kalau kau resah dan gundah, seolah-olah mahu tumbang dan rebah,
Kau harus ingat dahulu kala, yang kau pernah memasak teguh cita-cita bersulam cinta-Nya.
Kau pernah melipat warkah kalam janji, lau kau kirim ke lembah bakti di hadapan seribu tentera sejati,
Kau pernah menghunus senjata ke udara, lalu kau bersuara memecah sunyi alam bergema.
Lalu, mengapa harus kau rasa lemah, sedang Dia yang mentakdirkan kau melangkah di jalan ini.
Jalan yang tiada masa untuk dikhianati meski seminit cuma, lorong yang tidak dihampar permaidani merah.

Aku sarankan untuk kau tenang seketika, sedut segenap udara, dengar unggas melagukan sukma di rimba,
Pejamkan mata, larikan jiwa resah jauh-jauh dari tubuh,
Masukkan kembali nyawa yang hilang dari jasad yang malang,
Biar bangkit semula kesateria yang tegar berjuang.
Bangkit!!

Sekadar ini aku coret buat kau yang bernama aku.
Lepaskan gundahmu kepada Dia.
Biar cinta-Nya jadi bekal buatmu tenang di bumi terhampar indah.

Aku lari laju dahulu. Kalau kau sudi, kejar aku.
Moga bertemu di taman itu.

Yang benar;
Sahabat yang menyintaimu demi cinta itu.

2 comments:

dan said...

aku mahu duduk dahulu, menghirup udara Dia, mencerna urna dunia, mencari matlamatku sebenar-benarnya.

bila aku yakin sudah ketemu, dan minda tanpa celaru, akan aku kejar engkau dengan langkah baruku.

naqeb, aku dah bukak balik blog, tapi cuma tinggalkan ulasan2 buku aje. ntah aku akan sambung atau tak, skrg belum lagi kut. masih 'berehat'. link pun tukar: http://helaianrindu.blogspot.com/

teruskan menulis sahabt!

mahasiswa said...

ok. akan ku tunggu kau kembali melangkah laju.

helaian rindu yang terbang menggapai qalbu. :)