Monday, September 7, 2009

Selamat Datang



Alhamduillah.

Bilangan pelajar Melayu di Irbid sudah mula bertambah lebih kurang 30 orang.
Masih ada lebih kurang 180 orang pelajar baru masih belum tiba.
Kami di sini sedia menanti kalian semua, saya doakan perjalanan kalian ke bumi Irbid ini selamat.

Begitu juga buat sahabat-sahabat yang sedang bercuti di Malaysia.
Saya rindukan kalian yang mewarnai bumi Irbid ini.
Buat masa kini, sukar untuk melihat wajah Melayu yang biasa memenuhi syari3 jamiah.
Panasnya bersalam tangan di Masjid Jamiah juga tidak sehangat biasa dek kurang bilangan kita.

Namun, sunyi ini hanya sementara sahaja.
Ya, insyaAllah dengan izin-Nya.

Bumi Irbid ini akan dipenuhi semula oleh warga Malaysia.
Jumlah kita bakal mencecah 600 orang.
Kuantiti kita akan bertambah mendadak, moga kualiti juga mampu ditingkatkan.

Barat VS Timur Tengah

Saya yakin masing-masing yang akan menyambung pelajaran ke timur tengah seperti Jordan, Mesir, Syria, Madinah dan lain-lain lagi ada tujuan dan matlamat kita sendiri.

Ada yang memasang cita-cita untuki faqih dalam bidang agama meski bakal bergelar doktor perubatan mahupun pergigian.
Ada yang berniat untuk bertalaqi dengan sheikh-sheikh besar bagi mengisi ruang selepas kuliah wajib.
Masing-masing ada cita-cita, ada harapan yang dibawa.

Saya pernah berbincang denagn kawan saya tentang satu isu.

Isu tentang pandangan tentang graduan dari luar negara.

Lihat sahaja cerita-cerita di kaca televisyen, kalau mahu tunjukan watak yang tidak baik, yang terpengaruh dengan budaya asing, maka nama-nama Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah lain akan dijadikan contoh.
Pulang dengan pakaian yang tidak cukup kain, bahasa Melayu sudah hilang bunyi aslinya, bahasa Inggeris yang longahtnya mengalahkan pemilik bahasa itu sendiri, kurang kefahaman agama dan hilang jati diri.

Jika ada watak yang cacat celanya bila pulang dari luar negara, pasti ada keperluan untuk tunjukkan watak yang hampir sempurna pula. Begitu bukan pasangannya?

Lalu, munculah watak lelaki yang baik akhlaknya, tinggi budi pekerti dan luas ilmu di dada yang berlatar belakangkan pendidikan dari kuliah di Mesir, Jordan , Madinah dan Syria.
Maka cerita itu hampir sempurna, ada watak yang negatif dari barat dan yang positif dari Timur Tengah.

Sempurnakah?

Benarkah semua itu?

Atau hanya diwar-warkan sahaja, sekadar pemanis cerita atau bual bicara yang tidak ada hujung pangkalnya.

Sudah beberapa drama yang saya telah tonton menunjukkan situasi yang serupa.
Seolah-olah telah menggariskan sempadan pemisah, pulang dari sini menjadi wali,
pulang dari sana menjadi hina.

Saya tidak mahu memberikan jawapan, kerana jawapan kadang-kadang tidak memberi makna kerana sesetengah orang akan berhenti untuk berfikir apabila disuap denagn jawapan yang belum tentu tepat dan benar.

Oleh itu saya lontarkan persoalan.

1) Benarkah yang melata di bumi Timur Tengah itu semuanya menggunakan peluang yang terbentang luas untuk mendalami ilmu agama? Atau ada juga yang sekadar hadir dan berfoya-foya memandangkan wang di tangan sudah bertambah?

2) Semuakah yang berhijrah ke Eropah itu hilang jati dirinya? Benarkah yang di Barat sana tiada ruang untuk mendalami ilmu agama?

Ah.

Jangan bertanya tentang orang lain, tuju sahaja buat diri kita di mana kita berada?

Benarkah apa yang kita cita-citakan itu kita benar-benar mahu laksanakan?
Atau hanya sekadar pembohongan besar dari diri kepada diri sendiri.

Jangan bohong.

Jujur pada diri.

9 comments:

Anonymous said...

x semua yg berada di timur tengah itu menggunakn sebaik2nya peluang yg diorg ad..diorg tau peluang tu ad,tp kdg2 beri alasan "ak bukan jenis yg mcmni,ak x boleh la nk ubah diri ak tetiba jd baik pi dgr mne2 ceramah la,ak mmg dr mesia pakai tudung bawal,x kn tetiba ak nk pakai tudung segi labuh or labuh plak,hipokrit la nnt"..
dah tu ap tujuan korg dtg ke timur tengah ni?gunakn la peluang yang terbentang luas ni utk mentarbiyahkn diri ke arah yg lebih baik..
tp kdg2 ak sdr jd pelik,mereka yg pi bljr di timur tengah seolah2 cuba menongkah arus..balik mesia saqofah diri masih ditahap lama,tiada peningkatan..tp,ble ak tgk kawan2 ak yg balik belajar dr eropah,mereka lebih berpengetahuan agama dr sahabat2 ak yg belajar di timur tengah x kira sama ada ilmu agama.medic or dentistry..
sama2 muhasabah diri balik..bnyk lg kekurangn yg kte ad dan sbnrnye peluang utk memperbaiki diri tu ad kt depan mata especially dak2 timur tengah..

mahasiswa said...

* komen dari entri sbelum ini yang berkaitan isu ini :

shamel said:

weyt xkan r dak2 y g barat sume prangai buruk2 je do?
leksza
g middle east envi baek pon ku rase xd r sume hafiz quran pon

mahasiswa said...

yup,
mane2 same je.
timur tengah tenagh tempah para nabi,
dan jangan lupe tempat kaum dilaknat Allah juga.

di barat pula aku dengar,Islam semakin berkembang pesat.

Islam itu bukan pada tempat khusus,
ia di mana-mana.

dan saya rasa kita kena jelas dari segi berubah mengikut keadaan atau berubah atas dasar kefahaman.
saya akan tulis tentang ini. IAllah.

sekadar buka minda. :)

adiLa said...

betul3.. (gaya upin + ipin)

jawapan sy untuk soalan no.2 : tidak semestinya benar.

dan said...

tapi, aku tetap rasa takut jika tergelincir di benua sana.

mahasiswa said...

adila,

terima kasih atas perkongsian jawapan.selamat memburu cita-cita.

dan,
jika takut tergelincir,
peganglah tali Allah seerat-eratnya.
Aku doakan kau istiqamah.
doakan aku juga.

c's said...

Kenapa tergelincir?
1.Mungkin kerana berasa hidup dalam zon selesa dan tiada rasa perlu berbuat apa-apa [Jujur. Kadang saya sendir terasa begini]
2.Mungkin segelintir pihak yang agak paranoid yang membawa kepada pengekangan kemajuan aspek lahiriah manusia di timur tengah. [wallahua'lam]

Kenapa di Europe kini semakin pesat membangun cara hidup dan pengamalan Islam?
1. Baru rasa izzahnya mengamalkan Islam yang shumul. Ditengah kota yang jauh dari fitrah iman lantas memprotes persekitaran dan menjadi insan yang lebih baik. Belajar menghargai.
2. Freedom concept. Buatlah apa-apa yang dimahukan, ikutlah. Ke kiri ke kanan, bergantung. Tiada siapa yang menghalang selagi mana tiada ancaman. Mungkin

:D

Anonymous said...

aku still xfaham. apsal kite mesti nilai n judge sum1 based on ape y kte nampak kat pandangan mata kite ttg org tersbut ek? layak sangat r kite ni?

"tp kdg2 ak sdr jd pelik,mereka yg pi bljr di timur tengah seolah2 cuba menongkah arus..balik mesia saqofah diri masih ditahap lama,tiada peningkatan..tp,ble ak tgk kawan2 ak yg balik belajar dr eropah,mereka lebih berpengetahuan agama dr sahabat2 ak yg belajar di timur tengah x kira sama ada ilmu agama.medic or dentistry.."

mahasiswa said...

ni soal mentaliti yang terbentuk tanpa kita sedari.

kat mana tmpat ade baik dan buruknya.

kalau duduk di timur tengah, tapi yang buruk diambilnya, sia-sia.

kalau duduk di eropah, yang buruk di ambilnya sia-sia.

kalau duduk tak kira dimana, explore peluang ilmu sebanyak mungkin, itu yang terbaik.

saya menulis ni bukan untuk cetuskan provokasi mana temapt yg bagus.
cuma membuka minda,
jagan berada di zon selesa.

harap jangan salah paham.
mentaliti harus diubah.