Tuesday, May 25, 2010

Kau dan Aku : Bertemu di Sana


Sahabat, teman, kawan, kenalan,
apa sahaja istilah yang kita berikan, mereka merupakan sebahagian dari cerminan kehidupan.
Yang memberi impak dan yang sepatutnya diberikan impak.

Kalau yang hidup jauh di perantauan, terpisah beribu batu dari keluarga tercinta,
mereka adalah pengganti keluarga, yang menggembur baja jiwa manusia yang fitrahnya tak mampu berdiri utuh dan teguh dengan berdiri seorang diri.

Ramai yang komen dan merungut dikurniakan kawan yang selalu menghadiahkan masalah,
kawan kadang-kadang bertukar lawan, yang sayang itu semakin hilang, marah diundang. Perang!!

Andai berlaku masalah antara kita dengan dia yang dilabel sebagai sahabat,
nilai semula asas hubungan yang terbina.
Kerana pandainya dalam pelajaran?
Ramahnya dia saat kali pertama bersua muka?
Rajinnya dia memberi hadiah?
Kayanya dia untuk kita menumpang mewah?

Kalau asbab itu dijadikan gelang dan rantai persahabatan, di saat apa yang kita sukai padanya itu berlaku pergi, dihempas badai yang menggila, lalu semudah itu terputusnya akuan saudara?

Kalau begitu, lebih murninya anak-anak kecil yang punya rasa untuk berbicara dengan sahabat seumur dengannya, biar dengan bahasa suara yang dua-duanya masih belum sempurna dibandingkan si tua yang bersahabat atas dasar yang tidak relevan dalam setiap saat dan ketika.

Lalu untuk apa ertinya memateri janji sebuah menterai persahabatan, samaada meluah jujur seperti sesama hawa, ataupun sesama adam yang diam-diam memendam rasa.

Bukankan muslim itu bersaudara?
Ikatan aqidah yang menyatukan langkah jasad dan jiwa.
Syurga itu destinasi yang ingin digapai bersama.

Lalu, untuk apa selalu melihat salahnya kawan,
lupa menilai sudahkan aku menepati ciri kawan yang aku impikan.

Mengapa harus putus asa mengajak dan memberi manfaat buat teman,
sedang tahu hidayah itu milik Allah, dan kita hamba si pengusaha.

Nilailah persahabatanmu, sejauh manakah kukuh asasnya hingga bisa membawa janji
bertemu kau dan aku di syurga sana.

4 comments:

syafiek said...

mantop la abg naqeb...dah macam john gray ana tengok

dan said...

aku rasa, kebanyakan (atau semua Tuhan saja yang tahu) kawan yang aku ada sekarang ini..aku hanya berkawan kerana mereka exist at the same time and/or at the same place saja.

sudah cuba perbetulkan niat, tapi bila berada bersama kawan-kawan sebab itu berubah kembali, tak seluruhnya pun, ada sikit. susah benar nak ikhlas ni.

apapun terima kasih, entri yang sangat cantik aku kira.

pokok tin.. said...

nicely written..

dh mcm ustaz pahrol juoi, penulis buku nota hati seorg lelaki..

muhasabah yg cantik..
jazakallah..

Naqeb Sulaiman said...

syafiek:
awak baca buku john gray yang mana satu?

dan:
aku doakan bertemu kawan yang menghidupkan hati satu hari nanti.
isteri juga boleh jadi kawan kan? ( lari topik :p )

doa banyak2 agar disatukan hati dengan kawan2, kita doa nak jadi baik, doakan juga kawan jadi baik.

doakan aku ye dan. nak exam dah ni minggu depan.


pokok tin:

baru baca satu buku ustaz pahrol juoi, memang best dan mengesankan.

baru belajar menulis, bagi langit dan bumi nak dibandingkan dengan die.
moga bermaanfaat.