Saturday, August 7, 2010

Emak


Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak membekukan diri dihadapan skrin komputer untuk menonton sebarang movie, hujung minggu yang lapang semalam saya putarkan sebuah filem yang saya sedari kemunculan di muka buku sahabat saya.

Emak Ingin Naik Haji

Entah mengapa, mendengar tajuk ini sahaja membuat hati saya tersentuh, apatah lagi usai menontonnya.
Tajuknya sudah menggambarkan harapan besar seorang hamba Allah yang bergelar ibu untuk menunaikan rukun Islam kelima.

Kisah ringkas si Emak yang hatinya sudah lama berada di Tanah Haram, meskipun jasadnya masih belum mampu untuk ke sana. Disimpannya wang bertahun-tahun namun masih belum mencukupi, dan disaat itu pula, wang itu terpaksa dikorbankan untuk membantu cucunya yang sakit.

Titisan air mata yang jatuh ke helaian Al-Quran cukup mengharukan, menggambarkan tulus ikhlasnya Emak mahu menunaikan Haji sebelum nyawa dipanggil pulang Ilahi, namun dia redha dan sabar.

Si Anak, pelukis dan penjual potret jalanan dapat membaca isi hati ibunya, dan berusaha untuk menunaikan hasrat ibunya. Hinggakan di saat satu ketika dia terlanjur untuk merompak namun dibatalkan hasrat hatinya dengan hidayah Allah.

Ibu, syurga di bawah telapak kakimu

Filem ini merangkumkan usaha untuk memenuhi tuntutan dan keikhlasan dalam mengerjakan suruhan Allah.

Emak, walaupun hidup dalam keadaan susah, dia berusaha bekerja, mengumpul wang demi melunaskan rukun Islam kelima.

Anak, meskipun hidupnya payah, dia berusaha untuk memenuhi hasrat ibunya.

Cerita ini bagi saya mewakilkan secebis harapan seorang hamba ikhlas dalam memenuhi perintah Allah.
Juga mewakilkan tanggungjawab anak untuk menunaikan hasrat ibu dan bapa.

Anak-anak, kadang-kadang sudah merasa cukup dewasa, sudah bebas memilih jalan hidup, hingga melupakan isi hati dan harapan orang tua.
Mereka sedari kita lahir ke dunia, telah mengorbankan begitu banyak juzu' kehidupan mereka demi anak-anak tercinta, mengapa kita pula gagal dan ego untuk membaca isi hati dan harapan mereka.

" Emak mungkin tak mampu melewati samudera yang luas itu untuk pergi ke tanah suci, tapi emak yakin Allah pasti tahu, hati Emak sudah lama ada di situ, sudah lama ada di situ..... "


~ filem Indonesia memang berjiwa, kenapa filem kita masih di takuk lama?

7 comments:

oyop said...

kat malaysia t...pass kat aku...hehe

Naqeb Sulaiman said...

kalau nak tengok cepat, search kat youtube je ;)

tepianmuara said...

~ filem Indonesia memang berjiwa, kenapa filem kita masih di takuk lama?


betul, bang.
skrip selalunya mantap.
maknanya dalam, atau sekurang-kurangnya adalah maknanya.

umairahnorazman said...

laju dakwah d indonesia kan. wasilahnya cukup kontemporari-filem dan novel. tp xkurang juga yg berunsur tahyul dan syirik, makin mejadi2 sinetron sebegitu ditayangkan d tv msia, smpaikan drama msia pun bnyak berunsur syirik dan tahyul tu.

selamat menghadapi peperiksaan, selamat menikmati Ramadhan
dan selamat pulang ke Malaysia
Allah kan bsama sepanjang perjalanan.

Anonymous said...

ttapi, mesej yang disampaikan di sini agak kurang bertepatan dengan anjuran Islam kerana Khalifah Umar Abdul Aziz pernah berkata dalam satu qaulnya yang masyhur, "Lebih baik memikirkan wang untuk dilaburkan kepada yang memerlukan berbanding pergi ke Baitullah Al Haram" kerana itu, di zaman pemerintahannya, tidak ada seorang pun yang miskin

Naqeb Sulaiman said...

anonymous:
mengikut pemerhatian saya,
apa yang saudara ulas tu,
ada ditunjukan dalam cerita ni,
watak Emak yang sanggup gunakan duit tabungan haji untuk bantu biayai kos rawatan cucunya, dan bantu jiran yang susah.

waallahu'alam.

udeng said...

filem malaysia juga berjiwa,tp biasanya yg berjiwa tu tak laku