Wednesday, February 18, 2009

Kembali

Hela.

Lega.

Syukur, aku masih berumur.

Bangunkan aku kala dengkur.

Semester baru sudah ku jejak, meninggalkan liku lepas yang masih membekas.

Cuti di Malaysia aku?



Destinasi pertama sejurus tiba di Malaysia

Aku kagum dengan mereka, tabah dan cekal. Aku belum tentu setabah mereka..

Alhamdulillah. Ini sahaja yang aku rakamkan terpateri di lensa kamera, yang bakinya aku simpan dalam memori yang hanya sekelumit ini, agar aku rujuk kembali dalam rajuk dari benar yang aku lepasi.

Ini pula?


Terima kasih kalian yang memberi, akan ku kenang hingga nyawa bertukar mati.

Aku tidak membawa sebarang figura, maaf, harap salam terima kasih aku jadi galang ganti kenangmu atas ku.

Namun, aku masih meminta lagi dari kau yang ku gelar kawan. Aku mohon kau terus memberi sesuatu yang tidak dapat disentuh dan dipandang dengan pancaindera, namun bisa menyentuh pandangan mata hati. Acap kalilah memberi teguran, nasihat, biar keras asal aku bisa merubah diri khilaf kepada manusia insaf, yang tahu ajal bakal menjemput meski usia baru sejemput.

Jangan kau kedekut untuk melemparkan sepatah dua pandangan dan teguran kau biar kita berbeza. Aku tamak, kerana aku enggan rugi kala sudah digelar si mati. Biar kita saling memberi, jangan jadi si bakhil yang gila si pencinta materi.


-terima kasih atas kunjungan meski laman ini kian sepi. Akan ku cuba hidupkannya dengan bilah bahasa yang sedang dikaji.





2 comments:

إبن صالح=أنق صالح said...

naqeb...ni pusat hemodialisis ni kat shah alam kan??kat sebelah tu yang pakai kopiah tu bapa ana...haih..mcm mne leh teramek ni??hehe...

Naqeb Sulaiman said...

pusat ni kat tangkaklah,
yag pakai kopiah tu pengetua sebuah sekolah tahfiz.
kebetulan same.. ;)