Friday, August 7, 2009

Tutup?

(i)

Pertamanya, maaf kepada yang mengikuti blog ini kerana sudah lama terhenti gerak isi tulisnya.
Maaf juga dipinta kerana blog ini hampir berubah wajah, hanya berlegar sekitar isu persatuan sahaja.

Saya ada berfikir untuk menutup blog ini buat sementara, mungkin dalam tempoh yang lama.
Mungkin setahun, mungkin selamanya.

Kenapa?

Kerana bagi saya,blog tidak boleh bersifat penulisan yang melepaskan batuk di tangga,
kerana ia adalah lambang kepada keperibadian penulisnya.

Ada realiti yang berlaku dalam trend penulisan blog jika diamati secara teliti.
Di saat kuasa blog memuncak tinggi dalam siasah politik, ramai yang terjun ke lapangan ini meskipun tidak pernah menaip langsung di papan kekunci. Memilih untuk terpilih.
Kesannya, semakin lama tulisan blognya kendur, hilang ditelan masa hingga tidak diupdate berbulan lamanya.
Bukankan itu lambang peribadi seorang pemimpin, jika blog peribadinya bersawang, seolah-olah dia tidak bijak mengurus masa.

Saya berfikir buat kali kedua.
Menutup blog ini bukan jalan penyelasaiannya.
Menutup blog ini bermakna menutup ruang untuk saya menyampaikan sesuatu walaupun sekelumit cuma.
Menutupnya hanya merencatkan latihan penulisan saya.
Memang kesibukan itu adalah "isteri" saya buat masa kini yang akan sentiasa menemani.
Saya yakin ini adalah pelajaran terbesar buat saya yang kerdil ini untuk mengurus masa.

InsyaAllah, saya akan cuba.

( ii)

Buku yang baru dibeli ketika bercuti ke Mecca Mall minggu lepas.
Sebelum ini hanya mendengar namanya, dan saya tidak pernah membaca lanjut tentang penerima anugerah nobel keamanan ini.

Seorang wanita non-muslim yang berjuang demi rakyat hingga sanggup dipenjarakan.
Amat malu jika menjadi seorang lelaki muslim yang paham akan kewajipan berjuang, tetapi hanya memeluk tubuh, lesu dan kaku.

( iii )

Beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma.
InsyaAllah, mengikut perancangan, saya akan berpuasa dan beraya di Jordan.
Sama-sama kita membuat persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia.
Moga Ramadhan akan datang kita cuba lalui lebih baik dari Ramadhan yang lepas.


- Doakan situasi H1N1 terkawal di seluruh dunia.
- Mak dan abah meminang seseorang, hati gembira bukan kepalang, rupanya mimpi tanda hari dah siang. :)
- Melangkah dengan penuh gagah tidak akan berguna, jika hati tak tunduk kepada-Nya. Ya Allah, kuatkan hamba-Mu.

3 comments:

Anonymous said...

takde masa nk update pun janganlah ditutup blog ni..
bahasa blog ni indah sekali, takde entri baru, entri yg lame2 tu boleh dibaca lagi..

rasydan said...

jangan. naqeb jangan. if u're not here anymore...:(

naqeb, rasanya ko masih bole berlaku adil pada isteri pertama yg ko mungkin terlupa. isteri tu namanya minat.

mungkin ko masih belum dpt mmbiasakan diri dgn kerenah isteri kedua. nanti, lama2, insyaAllah..tenunglah balik isteri pertama tu...:) dan kembali semula di medan penulisan.

aku doakan yg terbaik, maka kau harus buat yg terbaik!

Naqeb Sulaiman said...

anonymous dan dan,
terima kasih atas pendapat.
IAllah, akan ku teruskan berpena. :)