Thursday, February 19, 2009

Aku cari bahasa dan jiwa

Isu bahasa belum selesai, perjuangan agar bahasa kita tidak dirobek oleh bahasa penjajah masih mendapat tempat di media bahasa, meski kini disudut sisi, kerana hal politik yang semakin kucar-kacir dan mual lebih mendapat liputan lantas menjadi litupan isu bahasa .

Aku cuba jadi pencinta bahasa. Hati aku berkata untuk mencintai alat pengantara antara aku dan semesta sepanjang darah merah yang mengalir di tubuh pinjaman ini. Bahasa itu yang mendidik, yang menyuntik, untuk melahirkan manusia cerdik, namun ia bukanlah jurus bahasa yang mengherdik. Aku cintai bahasa yang molek.

Saat aku melihat Sasterawan Negara, A.Samad Said di kaca televisyen dalam sidang akhbar mempertahankan hak bahasa Melayu, aku kagum dengan patah dan bilah bicaranya, dia hanya manusia yang berdiri dengan kaki bahasa yang berjati, lalu bicaranya berisi. Tokoh tersohor itu bimbang akan bahasa kita yang akan tenggelam seperti karamnya tulisan jawi dalam ceracakan media dewasa kini.

Aku lebih gemar tokoh seperti ini, dari mereka yang berlumba memegang tampuk kuasa, namun pidatonya entah ke mana, isi bersepah-sepah, diksi yang tidak bercamb
ah dan disalah guna, akal-akal dalam berbicara, dan paling dangkal dan mengjengkelkan, bahasa kotor yang tersohor juga yang terpalit dibibirnya. Apa yang penting bagi mereka, penyokong bersorak ria sambil melaung tanda sokongan tanpa sempadan.

Bahasa itu indah.

Bahasa itu bagi aku bukan untuk telinga semata-mata. Kita manusia,
bukan haiwan dan ternakan yang bila dibunyikan hon, baru terhegeh-hegeh melintas jalan, jangan sama diri kita seperti itik pulang petang.

Pada persepsi aku, bahasa itu tepatnya untuk akal. Akal itu untuk berfikir agar kita sentiasa berzikir. Biar otak ini penat untuk memahami susanan bahasa yang bermakna daripada berlenggang membaca atau mendengar sekadar halwa tel
inga, kemudian hilang entah ke mana.

Bila alam berbicara

Cuba kau bayangkan, kalau bumi ini dipinjamkan bahasa. Adakah telinga-telinga capang manusia akan mendengar..

"Wahai manusia, jutaan terima kasih tidak terhingga kerana kebaikan dan ihsan kau terhadap aku. Kau memang makhluk bersyukur."

Jika pepohon kecil di rimba memiliki kemampuan bicara , ada
mungkin kita bisa mendengar seperti ini ?

"Aku gembira, aku tidak berduka, kerana manusia banya
k berjasa kepada nenek moyangku selama ini."

Jangan kau bermimpi mendengar pujian ini. Kalau manusia sendiri yang meluah, belum tentu yang sejenis sudi menadah telinga, ini pula mahkluk bisu yang sering kita mangsakan mereka.

Kini, aku cuba mencari bahasa, agar aku bisa mendengar rintihan bumi, tangisan udara dan esakan tanah. Aku juga mahu menangkap bait tangisan
jiwa si jutawan haloba dan kidung girang si fakir di sudut dunia.

Aku cari jiwa yang hilang .

akhirnya ia bermusafir juga ke bumi Irbid

Terima kasih Rasydan atas pemberianmu,
kalau kau lakarkan pelangi, aku tulis keindahannya.

4 comments:

dan said...

naqeb.

rasa mahu sebut nama ini selalu. sebab nama ini satu bahasa yang indah dalam hidupku.

:)

Amalina Ismail said...

Apalah ertinya sebuah bangsa andai tak punya bahasa...
Malah, bahasa menunjukkan ketamadunan sebuah negara...
Tanpa bahasa..tiadalah tamadun..maka kemodenan yang ingin kita capai hanyalah mimpi...

Anonymous said...

tak sangka sebegitu sekali.. terbang jua kamus tersebut di bumi sana ya.

bahasa memang indah.

apapun, sampai sekarang aku masih terkilan tidak dapat menyelami lughatul jannah.
*masih jeles pada kome yg ke bumi anbiya*

Naqeb Sulaiman said...

dan,
aku sering gunakan namu dalam nukilan ku, sebagai penghubung dua ayat..hehe :)
kem salam kat ahli rumah, rindu korang.

Amal mina,
bahasa jiwa bangsa,
lantas apa tubuhnya?

adiLa,
bahasa itu indah jika berseni dengan tujuan mulia.

insyaAllah, moga dimudahkan jalan buatmu mendalaminya satu hari nanti. bittaufiq. :)