Tuesday, December 15, 2009

Perubahan : Realiti VS Teori

Susahnya nak berubah, tidur lagi best..Zzzz


Saya suka berbicara soal perubahan, walaupun saya tahu berubah itu bukan sesuatu yang mudah,
tidak semudah mengubah warna baju yang kita pakai pada hari ini kepada yang lebih terang pada keesokan hari.

Dan hasil pemerhatian saya, ramai yang sudah mula untuk mengubah keadaan dan kondusi,
mahukan perubahan itu dan ini, kalau dulu tidak ada, kini mahu menjelmakannya, kata sesetengah orang, kita jangan terlalu ikut tradisi, nanti sampai bila kita akan berada di takuk yang lama.

Mentaliti

Saya sedang cuba untuk menembak mentaliti dalam ruang lingkup kehidupan saya sekarang ini.
Alhamdulillah, sudah nampak orang disekeliling berbicara soal mentaliti.
Soalnya, mentaliti itu harus diubah dari mana ke mana, dari apa kepada apa?

Dari yang jadi kelaziman, tetapi sebenarnya satu kezaliman kepada yang apa yang patut dan hak tetapi telah lama terbantut dan terpijak .

Agak berbelit-belit?

Saya kongsikan satu contoh yang agak klise bagi sesetengah orang, tapi susah untuk dibuktikan bahawa Melayu bukanlah pelakunya.

Program 8 pagi.

Aku datang 8.30 la, budak-budak lain mesti lambat juga.


Mula 9 pagi.


Yang datang 8 pagi jadi mangsa.


Yang datang 8.30 pagi jadi pemangsa.

Zalim bukan?


Itu baru bicara soal masa.

Bagaimana berbicara soal mengubah suasana dan budaya.
Yang ala-ala sekolah agama, ingin diubah menjadi realiti yang lebih nyata.
Baru mencabar, baru real live. Tidak hidup dalam mimpi indah. Nada sesetengah yang menuntut perubahan.

Hidup dalam Teori VS Realti

Ada orang yang mengeluh, hidup dalam biah yang baik-baik sekarang ini, semuanya terjaga,
nanti bila sudah terjun ke alam pekerjaan yang realiti, mana ada semua ini.
Nanti boleh culture shock.

Apa tindakan yang relevan?
Haruskan kita ubah budaya sedia ada agar menjadi 'realiti' .
Atau kita kekalkan budaya sedia dan nafikan perubahan yang ingin dibawa oleh sesetengah pihak yang nampak kepentingan untuk mengubah keadaan yang difikirkan relevan untuk kehendak semasa.

Bagi saya, saya tidak nafikan betapa pentingnya untuk kita mengubah sesuatu.
Saya tidak suka kita buat sesuatu kerana ia adalah budaya yang telah diwariskan.

Mewarisi tanpa kefahaman.
Dan akhirnya kita juga terperangkap di tengah jalan.

Dan tidak lupa juga,
dalam membawa perubahan , haruslah dengan kefahaman.
Agar kita tidak sesat dan menyesatkan.

Kalau dikaji, kebanyakan perubahan yang ingin dibawa bukanlah satu perkara yang baru.
Tetapi lebih kepada mengembalikan semula apa yang sudah dikaburi dan ditinggalkan atas dasar kejahilan dan kekaburan hasil kesilapan kita sendiri dan juga serangan musuh di luar sana.

Soal hidup dalam biah yang terjaga, ada pihak yang menegur kalau kita membuat salah,
bukankah itu teori yang harus direalitikan setiap masa, masa kini dan juga masa hadapan nanti.
Cumanya, semua kita harus melakukan atas dasar ilmu dan kefahaman, bukan ikut-ikutan semata-mata.

Kitalah yang harus mencorakkan suasana, jangan kita harapkan suasana yang membentuk kita sepenuhnya, kerana di saat kita terdampar di lembah yang tiada halangan dan sekatan untuk melakukan apa sahaja, mahukah kita larut dan sebati, hilang jati diri.

Jadikan neraca pandangan Allah sebagai garis panduan untuk kita melangkah.

2 comments:

ayyash said...

salam alaik..
saya setuju dgn point anda perubahan dengan ilmu dan kefahaman bukan ikut-ikutan..
akhir-akhir ni, entri2 anda byk berbicara soal perubahan..kene dgn suasana dan ruang lingkup pemikiran dan tingkah masyarakat irbid yg rata2nya sudah mula keluar dr kotak dan lubang masing2..sudah mula py keberanian utk mengekspresikan kata dan perbuatan..mungkin boleh diketengahkan ke dlm ruang forum permai tajuk perubahn ni..kemana hala tuju perubahan yg diinginkan ahli..btw, bittaufeq ala kulli hal..

mahasiswa said...

wasalam.

terima kasih atas cadangan.
perubahan positif memang harus difikirkan bersama, dan diusahakan bersama.