Monday, December 21, 2009

Teman Setia

Memang saya impikan hidup ini ada teman setia, yang mendampingi di saat dan ketikanya gembira itu menjelma, apatah duka membalut rasa.

Manusia itu memang tidak sempurna bukan?
Perlu saling memperlengkapkan demi menempuh jauhnya perjalanan.

Dan kini, sudah lebih setengah purnama hidup saya didamping setia, yang saya pegangnya hampir setiap masa . Ke sini sana.

Kredit buat MPKJ

Ujian ini tanda kasih Allah.
Saya yakin dan percaya.
Dia menegur saya.

Ramai yang bertanya, apa cerita dengan keadaan kaki saya.
Saya juga tidak boleh memberikan jawapan yang pasti, apa puncanya lutut kanan ini tidak boleh dibengkoknya sepenuhnya ( flexsor ) dan lurus setegaknya ( extensor ), hujung bulan ini baru boleh diketahui dengan melakukan Magnetic Resonance Imaging (MRI).

Macam best je..huhu

Mujurlah tarikh MRI yang asalnya dijadulakan bulan dua dapat dipercepatkan ke hujung bulan ini hasil pertimbangan pihak hospital, kalau tidak, bertongkat tiga bulan jawapannya.
Sudah macam pemain bola profesional pula gayanya :P

Alhamdulillah, kekurangan saya untuk berjalanan ditampung oleh kesungguhan rakan-rakan disisi untuk bawa saya terus berlari. Saya tidak dapat berkunjung ke rumah mereka, rumah saya dikunjung hampir setiap hari. Nikmat hidup berukhuwah memang tak terkata dan tercurah oleh bicara.

Pernah saya terfikir, Allah baru tarik nikmat satu kaki buat sementara, belum lagi nikmat-nikmat yang lain.

Memanga manusia ini lupa, bila sudah ditarik, baru terasa.

Pesan saya buat abang-abang dan adik-adik, hati-hati dalam keghairahan bahang PSL'10 ok. :)

Ok, berhenti dulu di sini, menulis untuk kurangkan sedikit rasa mencuit-cuit di kaki ini.
Menulis memang melegakan. Cubalah kalau tidak percaya!

- terima kasih buat yang menerima saya seadanya.
- tongkat kanan sudah dimiliki, menunggu masa kehadiran sayap kiri

6 comments:

c's said...

syafakallah

:)

Anonymous said...

Gaya tulisan seperti sudah ada calon yang berkenan di hati. Sudah jumpa bakal sayap kiri,peneman diri, dikala ramai di kala sunyi? Siapalah insan bertuah empunya diri? :)

Din Paiman said...

adess tetiba masuk bab sayap kiri..

moga dipermudahkan..

mahasiswa said...

c's: syukran

anonymous :
siapalah insan malang yang kena ganti tongkat saya :p

din paiman:
amin. ;)

Anonymous said...

sayap kiri?? mcm fhm je..hehe
Aku penah bt MRI dulu..Mule2 mmg tkot.. tp lame2 biase je..Dalam tu sangat sejuk dan gelap.
Get well soon. :)
-diba syieda-

mahasiswa said...

diba syieda,
ujian yang Allah bagi kat aku,tak sehebat yang ko berjaya lalui. kerdil diri ini.

syukran.