Monday, January 25, 2010

Cukup yang tidak mencukupi


Pernah rasa sesuatu nikmat yang dinamakan sebagai 'cukup'.

Cukup duit untuk ronda-ronda Eropah.
Cukup makan dan pakaian berjenama.
Cukup masa untuk tidur dan bangun semula untuk mencari sesuatu untuk dikunyah.
Cukup-cukup markah untuk naik tahun berikutnya.
Cukuplah aku sudah sekali jadi pekerja program yang menyesakkan dada.

Sudah cukup. Tutup cerita.

Tahu kenapa ramai manusia yang merasakan dirinya sudah mencukupi,
sudah punya beberapa kerat yang dia cita-citakan, lalu dia rehatkan langkah,
kembangkan perut, lelapkan mata. Sebab sudah rasa cukuplah apa yang ada.

Kenapa?

Hidup mencari untuk diri sendiri
manifestasi mem
entingkan diri sendiri.

Pernah lihat si ayah yang sanggup melakukan dua, tiga kerja dalam sehari, hingga lebam biji matanya, walaupun jutawan tidak akan digelarkan kepadanya, dia tetap berkerja dan terus berkerja.

Kenapa?

Sebab dia tidak pernah rasa usaha dia sudah mencukupi, bukan untuk dirinya, tetapi untuk keluarga yang disayangi, isteri solehah yang dinikahi dengan janji sehidup semati, anak-anak yang diazankan dan diiqamatkan usai keluar menatap wajah dunia.

Pernah lihat seorang ibu yang bangun awal pagi menyiapkan segala macam benda,
menggosok baju anak-anak sekolah, menyiapkan sarapan pagi dan mengejutkan anak-anak dan menyuruh mereka mandi dan solat subuh dua rakaat sebelum suria memancarkan rona cahayanya. Lepas dihantar anak-anak ke sekolah, bergegasnya berkejaran ke kebun getah dengan membawa pisau toreh untuk membantu si ayah mencari selaut rezeki Allah.
Dia bekerja bukan kerana dia tidak rasa cukup dengan apa yang diraih oleh usaha suami tercinta, tetapi kerana dia tahu, 'cukup' itu adalah untuk anak-anaknya.
Atas dasar cinta dan kasih, mereka rela tidak cukup rehat dan hilang beberapa nikmat.

Kenapa ibu bapa begitu?

Hidup pada memberi, nilai hasilnya yang tiada galang ganti.

Apa signifikan meletakan perkongsian sebagai sebahagian dari kehidupan?

Kalau kita seorang penuntut ilmu, bagaimana mahu jadi manusia yang mampu menyampai dan menabur luaskan benih ilmunya pada komuniti seandainya usahanya hanya disasarkan untuk lepas peperiksaaan.

Bagaimana mahu jadi seoarang pekerja yang meletakkan pekerjaan pada satu nilai ibadah dan bentuk perkongsian manfaat kepada alam sejagat, sekiranya hadir berkerja sebagai satu rutin agar tidak dilabel ponteng, dan merasakan cukup apabila sudah selesai tugas meskipun hanya melepaskan batuk di tangga.

Sama-sama tanya diri,
sudah cukupkan apa yang kita miliki,
untuk dikongsi kelazatan manfaatnya buat insan-insan yang disayangi.

Atau sekadar, cukuplah dengan apa yang ada.

~bumi Irbid direzekikan curahan hujan. salji belum pasti bila turunnya~ ~teringat zaman-zaman kecil berlari di kebun getah menyelamatkan susu getah yang ralit mencurah di saat hujan membasah bumi Allah. rindunya ~

5 comments:

faiq zaini said...

Allahummagfirlana zunubana..
waliwalidina..

pohonbakti said...

bila rasa cukup pahala, malas berusaha mencari redhaNya.

Allah pesan pada nabi dan kita;
apabila selesai dengan sesuatu kerja, maka teruslah bekerja keras dgn kerja yg seterusnya. Rujuk 94:7

Bila rasa cukup dgn nikmat yg sedikit, hanya bisa mengecap nikmat[baca:dunia] yg sedikit jua.

moga semua mampu terus melangkah.

dan said...

wah. suasana kampung, di tepi jejeran pohon getah. tak pernah merasai waktu kecil sebegitu.

asyik berpindahlah katakan.

mahasiswa said...

faiq:
Amin.

pohon bakti:
terima kasih atas tambahan.
moga kita semua terus usaha.

dan:
kampung memang mendamaikan.
nanti datang uma aku,
akan ku abwah kau mengutip durian di sekitar rumah, ke bendang sawah memancing keli dan haruan. :)

ainshams said...

manusia takkan merasa puas.. sbb tuh perlu mencari & terus menggali..
namun, lafaz kesyukuran bermakna nikmat disandarkan buat Sang Pencipta.